Orang Inggeris bila datang ke Tanah Melayu, mereka sedar orang Melayu memang rajin dan ‘pantang duduk diam’.

Mereka nampak orang Melayu masuk hutan mencari akar kayu, mengharung laut mencari ikan, meredah sungai mencari bijih dan turun ke bendang membajak sawah.

Waktu senggang di rumah, orang Melayu bertukang, mengayam tikar, menenun kain dan mengait jala. Waktu malam pergi ke masjid, mendengar pengajian dan membaca Yasin. Memang rajin dan penuh dengan aktiviti seharian. Semua ini orang Inggeris nampak dan sedar.

Kalau dibaca kajian pengkaji-pengkaji Inggeris tentang Melayu seperti Crawfurd, Marsden, Raffles, Gardner, Newbold, Woolley, Linehan, Wheatley dan ramai lagi memang jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayu dulu adalah bangsa yang rajin dan kreatif.

Tapi kenapa sebahagian orang Inggeris seperti Swettanham mengatakan bahawa Melayu adalah bangsa pemalas? Mudah sahaja jawapannya, kerana orang-orang Melayu enggan menjadi buruh Inggeris, apatah lagi nak menggendong ‘kemalasan’ Inggeris seperti dalam gambar-gambar ini.
Jangan sesekali lupa, apa yang disebut oleh Sherard Osborn Royal Navy admiral and Arctic explorer, 1857 di dalam Quedah; or, Stray Leaves from a Journal in Malayan Waters mengenai orang Melayu..
“Seperti anjing jinak, penduduk asli diseluruh persisir laut Semanjung India menjilat tangan orang yang menyeksa dan menghina mereka: tetapi tidak begitu untuk orang Melayu; kita Orang-orang Inggeris harus jadi yang pertama untuk hormat kepada sebuah bangsa yang tak mudah menyerah kepada sebuah penindasan atau kezaliman.”

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Comments are closed.