Kalau kita imbas balik sejarah Eropah, pasti satu pola ketara akan muncul. Pola yang dimaksudkan itu adalah: hampir setiap beberapa dekad, mesti ada perang besar di Eropah.
Daripada Perang Salib, Perang Seratus Tahun, Revolusi Perancis, hinggalah ke dua Perang Dunia. Benua ini sentiasa bergolak.
Tapi persoalannya: adakah Orang Eropah memang suka berperang?
Atau ada sebab lain yang paksa mereka terus saling bercakaran sepanjang zaman?
Jawapannya ada pada peta dan karakter-karakter yang mahu kuasai dunia.
[Eropah: Bukan Satu Kuasa, Tapi Ratusan Negara Kecil]
Tidak seperti China atau Empayar Uthmaniyah yang bersatu bawah satu kerajaan besar, Eropah terpecah kepada banyak negara kecil yang padat, bersebelahan, saling curiga antara satu sama lain dan bermusuhan.
Sepanyol, Perancis, England, Austria, Jerman, Itali. Semuanya berdekatan, tapi sentiasa bertembung dari sudut kepentingan.
Setiap negara ada hajat nak jadi yang paling kuat. Dan bila ada satu negara yang mula kuatkan ketenteraan atau ekonomi mereka, pasti ada negara jiran yang mula rasa terancam.
Dari situ, terbentuk pakatan. Dari pakatan, lahir perlumbaan senjata. Dan dari perlumbaan itu, akhirnya meletup menjadi perang.
[Siapa Kawal Sempadan, Dia Kawal Eropah]
Wilayah seperti Flanders, Alsace-Lorraine, Rhineland atau Balkan bukan sekadar wilayah picisan di atas peta. Ia adalah kawasan rebutan kerana strategik dari sudut pertahanan, ekonomi dan laluan perdagangan.
Perancis dan Jerman misalnya, berkali-kali berperang kerana sempadan Rhine. England dan Perancis pula tak henti bergaduh kerana tanah di Normandy dan dominasi di laut.
Semua ini bukan soal dendam peribadi, tapi soal siapa kuasai Eropah.
[Dinasti & Takhta: Politik Keluarga yang Berdarah]
Di pentas Eropah yang sinonim dengan monarki, siapa kahwin dengan siapa dan siapa lahirkan anak siapa bukan hal remeh. Ia berkait dengan strategi dan kuasa.
Bila raja di sesebuah negara mati tanpa waris yang jelas, negara-negara besar lain akan berebut takhta itu.
Perang Warisan Sepanyol dan Austria tercetus hanya kerana isu siapa layak jadi raja. Tapi bila raja bertukar, sempadan pun boleh bertukar. Dan itu cukup jadi sebab untuk cetuskan perang.
[Penjajahan: Perang Melimpah ke Dunia Luar]
Bila Eropah mula menjajah, perang di antara mereka turut dieksport ke benua lain.
Perancis lawan Britain di Kanada. Sepanyol lawan Belanda di Filipina. Belanda lawan Portugis di Indonesia.
Lautan Hindi, Asia Tenggara, Afrika Barat, semua jadi medan perang baru antara kuasa Eropah.
Setiap pelabuhan atau pulau yang kecil boleh tentukan siapa yang lebih kaya, siapa yang lebih kuat.
[Perang Dunia: Kemuncak kepada Dendam Lama]
Ramai fikir Perang Dunia berlaku tiba-tiba. Tapi realitinya, ia hasil perebutan kuasa beratus tahun.
Britain, Jerman, Perancis, Rusia, Austria-Hungary. Semua mahu jadi kuasa dominan. Semua simpan curiga, dendam dan bentuk pakatan sulit.
Bila satu percikan bara berlaku di Sarajevo, seluruh fabrik Eropah terbakar.
Dan akhirnya, Eropah jadi pentas kepada dua peperangan paling dahsyat dalam sejarah manusia.
[Suka Berperang, atau Terpaksa?]
Orang Eropah bukan berperang sebab mereka benci sesama sendiri.
Mereka berperang kerana hakikat dan realiti geopolitik benua itu. Baik dari geografi, struktur politik hingga ke ekonomi. Itu semua menjadikan persaingan di Eropah sebagai satu norma.
Siapa lambat, dia akan ditawan. Siapa tak bersedia, dia akan kalah dan dipinggirkan. Jadi dalam dunia geopolitik, berperang bukan pilihan. Tetapi satu-satunya jalan untuk kekal relevan.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.