Colombia adalah sebuah negara yang terletak di Amerika Selatan. Negara ini mengamalkan sebuah sistem pemerintahan berjenis republik secara berunitari.

Dan Ketua Negara ini adalah penunggang arus populis tanpa sebarang populariti politik asalnya. Namun sama seperti pemimpin-pemimpin sebelumnya, Presiden Ivan Duque Marquez turut berdepan dengan bala kemiskinan dan ketidaksamarataan ekonomi.

Duque.

Cuma bezanya, pentadbiran Duque adalah satu-satunya yang diuji dengan sebuah pande.mik. Apabila COVID-19 melanda, Colombia menerima nasib sama seperti negara lain: tiada persediaan lengkap.

Jumlah kes positif sekarang sudah mencecah 4.09 juta, dengan gelombang baru yang jauh lebih dah.syat untuk dibandingkan dengan tujuh gelombang sebelumnya.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Duque juga berdepan dengan siri tunjuk perasaan yang sudah lama mewarnai politik Colombia. Dianggarkan seramai sejuta orang sudah bangkit menentang Duque. Tunjuk perasaan ini berlarutan sejak 2019, tambah apabila Duque membentangkan usul kenaikan cukai (Acosta & Cobb, 2021).

Tidak cukup dengan itu, ramai sangat marah selepas pihak polis membµnµh seorang lelaki bernama Javier Ordonez. Lelaki ini berusia 46 tahun, ditangkap dua anggota polis yang meletakkan lutut diatasnya ala-ala George Floyd.

Sudahlah ditek.an, dua anggota tersebut menggunakan alat peren.jat (st.µn gµn) sampai Ordonez dalam keadaan nya.wa-nya.wa ikan merayu, “sudah. Jangan, sudah! Tolong. Aku tak boleh bernafas”.

Ordonez diren.jat 12 kali, sedangkan seorang manusia hanya boleh terima maksimum empat sahaja (BBC, 2020).

Pihak polis akan sentiasa nampak macam kuda tunggangan kerajaan tidak popular. Semua negara begitu, termasuk Malaysia. Jadi rakyat tidak nampak “polis bµnµh Ordonez.” Mereka nampak “kerajaan bµnµh Ordonez”.

Inilah latar kerµntµhan populariti Duque yang dianggap menghalalkan semua yang berlaku. Sudahlah apabila pihak awam berdemon.strasi, polis menggunakan kega.nasan. Memang lagilah orang bengang.

Kejadian Tem.bakan Helikopter Presiden

Ivan Duque menaiki sebuah helicopter bersama Diego Molano, Daniel Palacios dan Silvano Serrano. Mereka adalah orang penting dalam kerajaan. Molano memegang jawatan Menteri Pertahanan. Palacios pula menguruskan keselamatan dalam negeri. Maksudnya kuasa polis dan ten.tera berada dalam helikopter yang sama.

Tidak pasti siapa yang memberitahu siapa – tetapi tiba-tiba, beberapa das tem.bakan kena pada helikopter yang akan berlepas ini (The Star, 2021).

Pihak presiden menuduh Ten.tera Pembebas Kebangsaan (ELN) yang ternyata sangat janggal di Malaysia. ELN adalah sebuah kumpulan bersen.jata yang memulakan persengketaan dengan kerajaan Colombia sejak tahun 1964.

Banyak kumpulan menyertai perikatan bersama ELN, seperti Ten.tera Pembebas Popular (EPL) dan Tent.era Rakyat (FARC). Banyak pihak telah meletakkan sen.jata. Hanya ELN dan EPL sahaja sedang menentang Colombia. Mereka ini mewakili barisan sayap kiri dengan keinginan menjatuhkan kerajaan yang sebelum ini berdepan dengan sayap kanan seperti AUC, AAA dan CONVIVIR.

ELN mempunyai 2,500 anggota sahaja, membawa ideologi komunisme untuk membebaskan Colombia dengan teori Foco.

Tetapi kerajaan Colombia sudah menandatangani perjanjian genca.tan sen.jata dengan FARC yang berjaya mengakhiri konf.lik ini…. dengan ELN hanya perintang kecil yang tidak dapat menggµgat kedaulatan negara lagi. Namun dengan populariti yang ranap sebegini – tidak pelik jika mereka bertar.ing kembali.

Inilah masalah Colombia daripada dulu lagi. Rakyatnya sekarang sudah mencecah 50 juta orang, tergµgat angkara COVID-19 yang membµnµh.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Dengan konf.lik yang berterusan, tentu sekali kerajaan Duque sangat susah untuk mengagihkan vaksin apabila tiba masanya. Itu pun akan menjadi bebanan kerajaan, yang mana rakyat hanya akan mempersalahkan pemimpin… sama macam sebuah negara pasir berdengung, hutan bersiul dan pantai berbisik yang pemimpinnya asyik dipersalahkan sampai ramai dalam politik pakat menjadi gila lompat kerusi sana sini.

RUJUKAN:

Acosta, L.J., & Cobb, J. (2021, Mei 2). Thousands march in Colombia in fourth day of (ditapiskan) against tax plan. Reuters.

BBC. (2020, September 10). Colombia (ditapiskan): (ditapiskan) of man (ditapiskan) by police sparks (ditapiskan) (ditapiskan).

The Star. (2021, Jun 26). Helicopter carrying Colombia’s President Duque (ditapiskan) by (ditapiskan) in (ditapiskan).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.