Memiliki kulit putih boleh dikatakan menjadi impian hampir setiap wanita di Asia. Ini kerana apabila wanita memiliki kulit putih ditambah lagi beberapa ciri seperti kurus dan tinggi, pasti mereka akan mendapat perhatian. Ditambah lagi dengan definisi kecantikan yang dipegang oleh orang kita beranggapan kulit putih adalah menawan. 

Buktinya, lelaki kalau nampak awek kulit putih, tinggi dan kurus pasti mata terus tak berkelip. Itu belum cerita lagi jika wanita berkulit sawo matang memenangi pertandingan ratu cantik. Pasti ada yang menentang dan menyatakan juri gila.

Hal ini menyebabkan ramai wanita di Asia sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata mahu kelihatan putih seperti mayat. Buktinya, orang Asia telah membelanjakan sekitar $18 bilion hanya untuk kulit putih sahaja. Malah 40% daripada populasi wanita di Malaysia, China, Jepun dan Korea Selatan memang taksub dengan kulit putih.

Persoalannya sekarang kenapa orang Asia anggap kulit putih sebagai lambang kecantikan?

Setelah Eropah bangun dari tidur yang panjang, banyak negara daripada benua itu telah pergi ke pelosok dunia untuk menjajah. Asia terutamanya Asia Selatan dan Asia Tenggara turut tidak terkecuali. Kehadiran mereka telah membuatkan banyak perkara di Asia telah berubah, salah satunya adalah warna kulit.

Penjajah ni sampai ke kulit pun deme boleh pengaruhi kita

Ketika itu orang Eropah digambarkan sebagai berkuasa dan bijaksana. Jadi apa yang mereka buat akan sentiasa menjadi ikutan seperti warna kulit sebagai contoh. Golongan B40 era penjajahan mula melihat kulit putih orang Eropah adalah sangat cool. Mereka beranggapan jika miliki kulit putih pasti mereka akan kelihatan berkuasa dan cerdik seperti orang Eropah. Mentaliti ini telah diturunkan kepada anak cucu sehinggalah ke hari ini.

Di China pula, ketaksuban terhadap kulit putih telah bermula sejak Dinasti Han. Ini kerana rakyat beranggapan kulit putih melambangkan status, kekayaan dan tergolong sebagai bangsawan. Jadi golongan bangsawan di China ketika itu sanggup sapu bahan kimia di muka untuk kelihatan putih. Kalau gelap sikit, mesti kena pulau.

Selain itu, orang Asia suka beranggapan bahawa kulit gelap ini adalah mereka yang bekerja sebagai buruh, petani dan nelayan. Tanggapan ini tidaklah pelik kerana sejak zaman berzaman, golongan tersebut sememangnya miliki kulit yang agak gelap sedikit kerana banyak terdedah dengan matahari. Masalahnya pula ketiga-tiga jenis pekerjaan tersebut suatu ketika dahulu berada pada hierarki paling bawah di Asia. Maka bermula dari situ orang Asia memang sangat mendambakan kulit putih. Lepas ini jangan pelik jika nampak orang berpayung dan pakai handsock.

Di samping itu, ketaksuban ini juga disumbangkan oleh lambakan iklan produk pemutihan kulit di televisyen dan media sosial. Jahatnya iklan ini adalah mereka banyak menggunakan model yang sememangnya berkulit putih. Apabila iklan itu diulang hampir setiap hari, mereka yang melihat terus merasakan kulit putih sememangnya cantik. Secara tidak langsung, mereka terpaksa habiskan duit untuk mendapatkan produk itu.

Apa yang menjadi masalah adalah lambakan produk timbang kilo pemutihan kulit di pasaran. Bagi yang kurang berkemampuan, produk tersebut akan menjadi pilihan utama mereka. Ya memang tak dinafikan terdapat produk timbang kilo yang boleh memutihkan kulit tetapi masalah kita tidak tahu apa kandungan bahan utamanya. Boleh jadi juga terdapat begitu banyak bahan kimia yang digunapakai. Pada akhirnya kita juga yang merana kerana terlalu inginkan putih, muka jadi seperti suster ngesot.

Kesimpulannya, kecantikan itu bersifat subjektif dan bebas. Definisi yang ditetapkan oleh masyarakat inilah yang sebenarnya membebankan kita terutamanya golongan wanita. Walau bagaimanapun hari demi hari, semakin yang sedar cantik itu bukan berkulit putih semata-mata. Berkulit warna apapun tetap cantik asalkan anda kemas dan pandai jaga diri sendiri.

 RUJUKAN

Martin, P. (2009, November 25). Why white skin is all the rage in Asia. The World. Dipetik daripada https://theworld.org/stories/2009-11-25/why-white-skin-all-rage-asia

Perez, D. (2019, Jun 27). Asia’s obsession with white skin and lightening products runs deeper than you think. Eco Warrior Princess. Dipetik daripada https://ecowarriorprincess.net/2019/06/why-asia-obsessed-white-skin-whitening-products/

Salva, A. (2019, Disember 2). Where does the Asian obsession with white skin come from? The Diplomat. Dipetik daripada https://thediplomat.com/2019/12/where-does-the-asian-obsession-with-white-skin-come-from/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply