Dinar Kuwait merupakan mata wang rasmi bagi negara Kuwait yang terletak di Teluk Parsi. Tahukah anda, nilai mata wang dinar Kuwait (KWD) lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (USD)?
Hari ini tukaran antara dua mata wang ini adalah sekitar 1 KWD bersamaan 3.30 USD. Bagaimana perkara seumpama ini boleh terjadi, seperti yang kita tahu semua mata wang dunia bergantung harap kepada keberkesanan USD.
Kalau nak tahu, ayuh soroti artikel ini.
Semua bermula apabila dinar Kuwait telah diperkenalkan dinar untuk menggantikan mata wang rupee Teluk pada tahun 1961 iaitu tahun sama Kuwait memperolehi kemerdekaan daripada Britain.
Bagi menguatkan dinar Kuwait telah dipadankan dengan pound sterling iaitu matawang rasmi Britain. Walau bagaimanapun kedua-dua mata wang tetap boleh digunakan rakyat Kuwait sehinggalah mata wang rupee mengalami susut nilai yang drastik.
Situasi Timur Tengah yang kurang stabil menyebabkan nilai matawang dinar Kuwait telah berubah banyak kali.
Misalnya pada 2003, Kuwait telah memadankan mata wangnya kepada dolar AS dan hal ini menyebabkan nilainya berubah menjadi 1 USD kepada 0.29 KWD.
Bermula sejak itu matawang dinar Kuwait berterusan meningkat sehingga mampu mengatasi nilai dolar AS. Memasuki tahun 2019, nilai matawang dinar Kuwait telah meningkat kepada 1 KWD bersamaan 1 USD.
Kenaikan mata wang Kuwait juga dibantu dengan kebergantungan terhadap petroleum sejak penemuan minyak di Bahrain yang membuatkan negara-negara Arab berlumba mencari sumber asli tersebut.
Buat pengetahuan anda semua, ekonomi Kuwait bergantung sebanyak 80 peratus dengan industri petroleum.
Permintaan minyak yang tinggi suatu ketika dahulu membuatkan nilai matawang Kuwait terus naik mendadak dan hanya berlaku sedikit penurunan tidak signifikan.
Walau bagaimanapun, penurunan harga minyak mentah dan serangan covid-19 membuatkan ekonomi Kuwait semakin lemah.
Jadi, Kuwait perlu berubah untuk mempelbagaikan sumber ekonominya bagi memastikan negara mampu untuk terus bertahan.
Salah satunya, Kuwait boleh memperkenalkan beberapa cukai untuk menutup defisit kesan daripada penurunan harga minyak.
Namun, Kuwait bernasib baik apabila memiliki salah satu dana terbesar di dunia yang bernilai sekitar $550 bilian iaitu Dana Generasi Masa Hadapan.
Dana ini banyak membantu ekonomi Kuwait dikala aktiviti ekonomi kurang bergerak angkara Covid-19. Dikhuatiri juga dana ini akan habis juga akhirnya jika Kuwait tidak mencari alternatif lain bagi meningkatkan ekonomi mereka.
Jadi, tidak guna jika nilai matawang tinggi melangit sekalipun jika hanya bergantung kepada satu komoditi sebagai sumber ekonomi. Apa-apa pun mesti ramai akan mahu kerja di Kuwait kerana 1 KWD bersamaan RM13.35.
Artikel ini juga boleh dibaca di portal kewangan dan ekonomi kami, The Outlook.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih