Nak faham persoalan macam ni kena ada “historical thinking skills”.
Orang ada skill ni kalau aku sebut tahun 1814, dia dapat bayangkan rupa dunia waktu tu.
1814, UK dah jadi industrial empire. Negara “Malaysia” tak wujud lagi.
Bukan salah Malaysia. Starting point tak sama.
Negara Barat/Eropah macam UK ni mereka memasuki fasa negara (state) lebih awal. Lepas jadi negara, mereka mula memperluaskan kuasa, menjajah negara lain untuk memperkayakan mereka sendiri.
Ini dunia tahun 1914, sebelum berlaku P.eran.g Dunia Pertama. Nampak tak negara2 Eropah ni hampir menguasai satu dunia?
UK sendiri menguasai 1/3 dunia, bukan secara politik malah ekonomi. Sumber asli di Afrika, India, Tanah Melayu semua dijarah bagi menjana kekayaan UK.
Selepas P.eran.g Dunia Kedua tamat (1945), baru negara-negara Afrika dan Asia diberi merdeka.
Tapi negara yang baru merdeka ni tak akan mampu mencapai tahap sama macam negara penjajah sebab masih perlu deal dengan legasi penjajahan.
Ambil contoh Afrika, semasa penjajah datang, mereka belum masuk fasa negara (state). Masih masyarakat “tribe”.
Selepas UK datang, dia pergi gariskan tribe yang berbeza-beza ke dalam wilayah penjajahan yang sama. Contoh macam Nigeria.
So selepas UK belah, negara2 ni berdepan dengan masalah integrasi, sehingga berlaku p.eran.g saudara. So tak ada masa nak membangunkan ekonomi.
Di Malaysia, penjajahan UK meninggalkan legasi jurang ekonomi antara kaum, bandar dan luar bandar.
Disebabkan kemunduran, negara-negara ni masih bergantung kepada penjajah asal bagi tujuan ekonomi. Negara penjajah asal kekal maju, jadi “core”, manakala negara baru merdeka ni hanya setakat menjadi “periphery” bagi membekalkan sumber kepada negara maju.
Malah ada orang pernah buat estimate bahawa jumlah kos penjajahan UK ke atas India adalah sebanyak USD45,000,000,000,000 (45 trilion).
45 trilion tu lah yang memperkayakan UK dan jajahannya yang diberi keistimewaan seperti Canada, Australia & NZ (sebab sama-sama Englishmen).
Sampai hari ni pun ketidakdilan ni belum diatasi sepenuhnya. Adalah sekali sekala negara2 maju ni bagi “bantuan” atau “layanan khas” kepada “negara2 sedang membangun”.
Ada correlation antara underdevelopment dan penjajahan, dan juga legasinya.
Mungkin orang akan jadikan negara seperti Korea Selatan sebagai counter-example. Pernah dijajah, mundur tapi maju dalam masa yang singkat. So orang nisbahkan kemunduran relatif Malaysia kepada sikap rakyat, kononnya.
Yang itu pun ada kaitan dengan sejarah. Kemajuan Korea Selatan adalah disebabkan dasar diktator bernama Park Chung-hee yang membangunkan industri Korea melalui syarikat terpilih (chaebol).
Hasilnya, kekayaan Korea hari ni dipegang oleh chaebol. Rakyat sebenarnya miskin.
Malah pembangunan pun hanya terhad kepada kawasan Seoul dan Gyeongsang yang sokong Park. Jeolla yang lawan Park tak dapat pembangunan.
Hari ni pun ramai orang Korea panggil negara mereka sebagai “neraka” (Hell Joseon), ada yang sanggup pindah ke Malaysia.
Kalau lihat pada sejarah pembangunan Malaysia, kita pada 1980-an pun nak jadi macam Korea bangunkan industri. Tapi beberapa faktor seperti populasi telah membataskan potensi kita.
Sekarang kita berdepan pula dengan persaingan dari Vietnam & Indonesia yang tengah booming.
Malaysia boleh jadi maju, cuma mengambil masa. Dan soal maju ni relatif. Bila kita dah “maju”, negara lain pula dah jadi “lebih maju”.
Bukan salah sesiapa, tapi ada faktor “structural” seperti sejarah, geografi yang membataskan potensi kita.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih