Dari jauh, dunia Arab nampamacam satu blok yang seragam. Bahasa mereka sama. Budaya mereka serupa. Agama majoriti pun sama, iaitu Islam. Tapi bila selami sejarah mereka, barulah kita sedar: realitinya, dunia Arab tak pernah benar-benar bersatu.
Kenapa boleh jadi macam tu?
Semua bermula lepas Uthmaniyah jatuh pada awal abad ke-20. Wilayah Arab yang dulu di bawah satu kekhalifahan, kini dipecahkan oleh kuasa Eropah. Perjanjian Sykes-Picot antara Britain dan Perancis membahagikan Tanah Arab kepada zon pengaruh mereka, tanpa ambil kira bangsa, budaya, atau sejarah setempat.
Dari sinilah lahirnya negara-negara seperti Iraq, Syria, Jordan dan Lubnan. Sempadan-sempadan palsu ini akhirnya menyemai benih perpecahan jangka panjang.
Melihat keadaan ini, muncul satu gerakan yang digelar Pan-Arabisme iaitu idea untuk satukan dunia Arab di bawah satu entiti politik. Ini bukan impian kosong, tetapi satu usaha yang benar-benar digerakkan oleh tokoh-tokoh revolusi dan intelektual Arab pada abad ke-20.
Antara tokohnya ialah Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir pada era 1950-an hingga 60-an. Beliau sangat berkarisma dan berpengaruh. Dengan semangat nasionalisme Arab, beliau cuba bina kesatuan antara Mesir dan Syria yang dikenali sebagai Republik Arab Bersatu.
Tapi sayangnya, kesatuan itu hanya bertahan dua tahun sebelum Syria menarik diri.
Apa yang menhalang Dunia Arab bersatu?
Pertama, kepentingan nasional. Setiap negara Arab ada pemimpin yang tak sanggup lepaskan kuasa demi kesatuan. Mereka takut hilang kedudukan dan pengaruh masing-masing.
Kedua, perbezaan ideologi. Ada negara cenderung ke arah sosialisme sekular seperti Mesir ketika era Nasser, ada pula yang konservatif dan pro-monarki seperti Arab Saudi. Ada yang mesra Barat, dan ada yang anti-Barat. Ini sukarkan kompromi politik antara mereka.
Ketiga, campur tangan kuasa asing. Amerika Syarikat, Britain dan Perancis tak mahu lihat satu blok Arab yang besar dan bersatu, kerana ia boleh ancam kepentingan mereka. Mereka tak mahu sumber minyak, keselamatan Y1sraul dan pengaruh geopolitik di Timur Tengah mereka terancam. Jadi mereka secara halus atau terang-terangan menyokong negara-negara yang mahu kekalkan status quo.
Akhirnya, dunia Arab kekal berpecah. Sejak era penjajahan sampai ke hari ini, kita saksikan perang saudara, rampasan kuasa, konflik antara negara jiran dan dominasi kuasa luar dalam urusan dalaman negara-negara Arab.
Walaupun impian Pan-Arabisme masih wujud, ia kini tinggal kenangan dan mimpi lama. Dunia Arab yang kuat dan bersatu kekal menjadi mimpi.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.