Tirai bagi zaman kolonialisme telah lama ditutup. Dan kesan daripada dasar-dasar antarbaangsa empayar yang menyertainya telah mencapai suatu takat didih dengan sebuah peperangan besar. Menurut seorang penulis Inggeris bernama Herbert George Wells, Perang Dunia Pertama merupakan sebuah “peperangan untuk menamatkan semua peperangan”. Sebelum pembunuhan Franz Ferdinand menjadi percikan api, minyak yang telah lama bertakung merupakan hasil usaha beberapa empayar. Antara permainan mereka dalam geopolitik antarabangsa ialah penjajahan.

Pemain-pemain utama dalam zaman ini ialah British, Belanda, Sepanyol, Portugis, Belanda dan Rusia. Selama beratus tahun empayar-empayar yang disenaraikan bertembung antara satu sama lain. Wilayah-wilayah yang menjadi rebutan imperialisme ialah Asia Tengah (Uzbekistan ke Afghanistan) dan Asia Selatan (India). Bermakna Perang Dingin yang ditanding antara Rusia dan Amerika Syarikat pernah berlaku antara dua empayar iaitu Rusia dan British.

Kedua-dua empayar ini sedang bangkit. Rusia takut kuasa ketenteraan dan perdagangan British, yang takut semangat juang Rusia dalam usaha menakluki “mahkota imperialisme” iaitu India. Dalam persaingan politik dan diplomasi ini, Rusia dan Britain masing-masing menggunakan negara sekeliling demi kepentingan sendiri. Dan Perancis dibawah Napoleon Bonaparte pun tidak mahu ketinggalan. Konflik berkemuncak sehingga berlakunya Perang Crimea.

Dan akhirnya meletus pula Perang Dunia Pertama yang mengakhiri kolonialisme. Banyak negara diisytiharkan merdeka daripada penjajah. Selepas berpuluh-puluh tahun ditinggalkan penjajah, setiap negara ini melaksanakan dasar sendiri. Namun jelas dan nyata, negara-negara jajahan British lebih kaya berbanding negara-negara jajahan empayar lain. Ekonomi Indonesia (Belanda) mungkin telah menyentuh angka trilion dalam nilai dolar. Namun dari segi setiap kepala (per capita), Malaysia (British) sebenarnya lebih dari dua kali ganda lebih kaya berbanding negara jiran tersebut.

Perbezaan yang sama boleh dijejak antara Malaysia dan Filipina (Sepanyol). Dan banyak negara bekas sentuhan British pun mempunyai kelebihan yang sama. Salah satu daripadanya ialah Israel yang pada awalnya hanya mampu menghulurkan gigi dan kaki palsu sebagai antara bahan untuk pasaran dunia. Ditertawakan, perubahan Israel boleh dikatakan “dari porselin ke plastik” dengan kebangkitan ekonomi start-up dibawah pengurusan Benjamin Netanyahu sebagai Menteri Kewangan.

Perkara ini berlaku disebabkan konflik dalaman politik British sendiri. Selama 200 tahun, rakyat di England keluar untuk mencari peluang di negara-negara jajahan. Di sebalik tirai besi yang menyaksikan kedatangan polis dan tentera bersenjata, British juga membawa kaum keluarga untuk tinggal jauh daripada masalah-masalah Perang Napoleon (1802-1813) misalnya. Tidak cukup dengan peperangan, mereka juga berdepan dengan pergesaran politik dalaman.

Migrasi yang sama tidak dilihat dalam Perancis, Belanda dan Jerman sebagai contohnya. Aktiviti Belanda hanya boleh dilihat di Afrika Selatan sahaja yang dibangunkan dengan pesat sambil menganak-haramkan (lebih teruk daripada menganaktirikan) bangsa tempatan. Maka pendatang-pendatang British ini membina tempat tinggal di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand, turut menghalau bumiputera tempatan juga. Idea dan teknologi British dicetuskan di negara baru. Dengan erti kata lain, mereka menerokai tanah baharu bukannya menjajah untuk ekonomi semata-mata.

Sumber dan pasaran didominasi dan dikawal mereka, tidak seperti empayar-empayar lain yang hanya mengambil kesempatan. Infrastruktur sosial dan fizikal menjaminkan kemandirian negara tersebut. Dan migrasi ini terhenti sekitar abad ke-18 untuk ditekankan terhadap Malaysia, India dan Mesir pula. Tetapi anak-anak muda sahaja dihantar, bukannya kaum keluarga yang memberikan peluang besar (tetapi terhad) kepada bangsa-bangsa tempatan. Memandangkan tanah-tanah ini tidak diterokai, British menekankan fokus terhadap ekonomi semata-mata.

Dan politik tempatan di Jerman dan Itali pula mula bergegar dengan ramai dalam kalangan rakyat mencari peluang di bumi lain. Sebahagian besar mendapatkan tempat teduh di Amerika Syarikat, yang sebelum 1905 tidak langsung menubuhkan rang undang-undang kewarganegaraan. Sesiapa sahaja yang berlabuh boleh bersaing.

Apabila British pergi, boleh dikatakan zon jajahan terbelah dua: antara kaya (Amerika Syarikat dan Australia) dan papa kedana (Zimbabwe dan Sudan). Perkara ini berlaku disebabkan dasar luar negara London sendiri. Yang kaya merupakan negara-negara diterokai, sementara kemiskinan melanda bagi negara-negara dieksploitasi ekonominya sahaja. Afrika Selatan dibedil teruk selepas Belanda mengangkat kaki.

RUJUKAN:

Quorra. https://www.quora.com/Why-do-the-former-colonies-of-Britain-tend-to-be-wealthier-overall-than-the-former-colonies-of-France-the-Netherlands-Spain-or-Portugal


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.