Kesatuan Eropah (EU) merupakan satu gabungan 27 negara daripada 44 negara di benua Eropah yang dibentuk untuk bergerak dengan satu dasar. Bermakna kesemua negara miliki dasar yang sama dalam aspek ekonomi, undang-undang dan pelbagai lagi. Paling menarik adalah, negara-negara EU berkongsi satu mata wang yang sama iaitu euro. Jadi tidak perlu buat pertukaran wang untuk memasuki mana-mana negara EU dari negara EU lain.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa negara EU yang masih lagi tidak menggunakan euro. Seperti Britain yang sebelum ini menganggotai EU sememangnya menggunakan mata wang sendiri iaitu pound sterling kerana lebih kukuh. Negara EU lain pula macam mana?

1. Mata Wang Ditambat

Bulgaria yang menyertai EU sejak tahun 2007 sebenarnya sangat berminat untuk menggunakan euro. Namun sehingga ke hari ini, mereka tidak nampak keperluan untuk menukar mata wang. Ini kerana mata Bulgaria iaitu Lev telah ditambat dengan nilai setengah euro. Penambatan ini bermula ketika Bulgaria dilanda krisis ekonomi yang menyebabkan berlakunya hiperinflasi.

Jadi sebagai penyelesaiannya, Bulgaria perkenalkan mata wang baru dan terus tambatkan ke euro bagi memastikan hiperinflasi tidak berulang sekali lagi.

2. Kedaulatan

Sekali imbas, EU tidak nampak seperti sebuah gabungan ekonomi sahaja tetapi lebih kepada persekutuan. Buktinya. penggunaan mata wang yang sama dan boleh pergi ke negara EU lain tanpa visa kelihatan seperti sebuah negara persekutuan. Situasi itu yang membuatkan beberapa negara EU lain terpaksa memendam hasrat untuk menggunakan euro.

Hal ini demikian kerana, rakyat di negara seperti Republik Czech beranggapan penggunaan euro ibarat menyerahkan kedaulatan mereka kepada EU. Jadi setiap undian dibuat, pasti majoriti rakyat akan memilih untuk menggunakan mata wang sendiri.

3. Faktor Sejarah

Ketika era kegemilangan Empayar Austria-Hungary, Budapest iaitu ibu kota Hungary moden merupakan pusat ekonomi. Hal itu telah menjadikan Budapest sebagai salah satu hab ekonomi utama di Eropah. Namun, kemerosotan Empayar Austria-Hungary pada penghujung Perang Dunia Pertama telah bikin Budapest hilang taringnya.

Selepas itu Empayar Austria-Hungary telah berpecah kepada beberapa negara seperti Hungary moden. Baru sahaja nak menapak, Hungary telah ditakluk oleh Soviet Union dan berjaya bebas pada akhir Perang Dunia Kedua. Bermula sebagai sebuah empayar yang gemilang dan berakhir sebagai negara yang terpaksa bangun semula bikin Hungary semakin berhati-hati.

Oleh sebab itu, mereka tidak akan sesekali menerima unsur luar seperti euro. Andai kata euro menjadi mata wang mereka di masa hadapan kelak, itu seperti mengulangi kembali kejatuhan di masa silam.

4. Krisis Ekonomi

Ketika krisis ekonomi 2008 melanda negara EU lain dengan sangat teruk, Poland pula seakan-akan tidak terkesan. Situasi ini terjadi apabila nilai mata wang Poland iaitu Złoty telah turun mendadak. Tapi kalau nilai mata wang turun, pasti rakyat akan mengamuk dan kerajaan perlu naikkan harga barang?

Di Poland lain kerana krisis ekonomi 2008 telah membuatkan produk mereka lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa ekoran harganya begitu murah. Jadi tiada sebab untuk Poland guna euro dan jika berlaku kemelesetan ekonomi sekali lagi, pasti mereka akan perolehi begitu banyak keuntungan.

5. Taraf Ekonomi Tinggi

Denmark merupakan salah satu negara yang miliki taraf ekonomi dan taraf kehidupan yang tinggi. Semua ini berpunca daripada tindakan mereka yang mengutip cukai begitu tinggi lantas memulangkan kembali kepada rakyat dalam bentuk kemudahan infrastruktur dan pendidikan percuma.

Ditambah pula, gaji di Denmark lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat. Jadi untuk apa mereka nak tukar mata wang ke euro? Ini kerana tanpa euro pun mereka mampu jadi negara berpendapatan tinggi dan maju. Pertukaran mata wang seperti Denmark ingin downgrade standard yang telah mereka capai.

RUJUKAN:

iBanFirst. (2021, Julai 23). Central Europe: Which country doesn’t use the euro and why? Dipetik daripada https://blog.ibanfirst.com/en/central-european-countries-who-dont-use-the-euro

Mala, A. (2020, Ogos 19). European countries that don’t use the euro. World Atlas. Dipetik daripada https://www.worldatlas.com/articles/european-countries-that-don-t-use-the-euro.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply