Setiap kali berlaku perang atau konflik besar antara negara, akan muncul soalan-soalan:
“Kenapa PBB tak buat apa-apa?”
“Kenapa negara besar suka buli negara kecil?”
“Mana undang-undang dunia?”.
Jawapan dia sebenarnya mudah, sebab sistem politik antarabangsa memang anarki!
Tapi jangan salah faham. Anarki di sini bukan bermaksud huru-hara atau kekacauan. Dalam sains politik antarabangsa, maksud anarki ialah: tiada satu kuasa tertinggi yang boleh kawal semua negara macam kerajaan kawal rakyat.
Dalam dunia antarabangsa, negara adalah pemain utama, dan masing-masing fikir untuk kepentingan sendiri.
PM Anwar Ibrahim baru-baru ini dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada 5 Mei 2025, memetik kata-kata Thucydides dari buku The Peloponnesian War:
“The strong do what they can and the weak suffer what they must.”
Kata-kata ini mencerminkan realiti pahit dalam sistem antarabangsa yang tidak seimbang hari ini. Kuasa besar bebas bertindak atas kepentingan sendiri, manakala negara kecil dan lemah sering menjadi mangsa.
Kenapa dunia kita begini?
Kalau dalam negara kita ada polis dan mahkamah, dalam sistem global tak ada ‘polis dunia’. PBB pun tak boleh buat keputusan tanpa persetujuan negara-negara besar. Kalau negara besar tak setuju, keputusan tu takkan ke mana.
Contoh paling jelas: tahun 2003, Amerika Syarikat serang Iraq walaupun PBB tak setuju. Ada siapa boleh halang? Tak ada, sebab AS adalah kuasa besar.
Inilah asas kepada teori Realism dalam hubungan antarabangsa. Teori ni kata: dunia memang anarki, jadi setiap negara akan utamakan kepentingan nasional.
Soal moral, undang-undang antarabangsa, atau idealisme, semua tu nombor dua. Yang utama: kuasa.
Sebab tu negara kecil selalu jadi mangsa. Mereka tak ada kuasa untuk lawan. Dan negara besar pula bebas buat apa yang mereka mahu, selagi mereka cukup kuat untuk hadapi sebarang akibat.
Usaha untuk wujudkan sistem global memang dah ada, macam PBB dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Tapi kuasa sebenar masih pada tangan negara-negara besar.
Bila ada sesetengah negara langgar resolusi PBB, tak kena apa-apa. Rusia ceroboh Ukraine, PBB hanya mampu kutuk. Amerika rilek buat sekatan ekonomi tanpa kelulusan PBB, kalau negara lain buat, terus dikira salah.
Dalam dunia hari ini, kuasa lebih penting daripada undang-undang. Selagi tiada kerajaan dunia yang betul-betul berkuasa, sistem antarabangsa akan kekal anarki.
Nak faham dunia, kena belajar fikir macam negara, bukan macam rakyat. Sebab dalam dunia anarki, yang lemah memang sentiasa jadi mangsa.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.