Serangga atau nama kelasnya ialah Insecta ialah satu-satunya kumpulan haiwan yang mempunyai bilangan spesis paling banyak di dunia, dengan bilangan sebanyak 1 juta spesis! Ini bermaksud separuh dari populasi dunia (manusia dan haiwan) ialah populasi serangga! Ya, lipas, ulat, semut, nyamuk, dan lalat yang korang sentiasa jumpa hanya sedikit saja dari seluruh populasi serangga.

 

Untuk trivia ini, saya ceritakan tentang kepelbagaian mulut setiap serangga. Kenapa mulut nyamuk yang muncung berbeza dengan mulut lipas yang bergigi? Kenapa mulut rama-rama mempunyai muncung yang bergulung?

 

Mulut serangga mempunyai lima bahagian iaitu labrum (mulut bahagian atas), mandible (rahang), maxillae (rahang untuk memegang mangsa), labium (mulut bahagian bawah), dan hypopharynx (lidah). Kelima-lima bahagian mulut ini berfungsi untuk mengunyah mangsanya. Contoh serangga yang mempunyai mulut sebegini ialah lipas. Serangga yang melalui fasa larva pun mempunya lima bahagian mulut ini.

 

 

Seiring dengan berkembangnya evolusi serangga, mulut serangga juga berubah mengikut diet serangga. Ada serangga hanya mengisap makanan berupa cecair. Seperti lebah, mandible mengecil dan labium memanjang menjadi bentuk straw. Jadi, labium berfungsi untuk menghisap madu dan mandible tidak lagi berfungsi untuk mengunyah.

 

Contoh serangga kedua ialah rama-rama di mana mandible hilang sepenuhnya, tapi maxillae memanjang menjadi muncung yang bergulung dan mempunyai cangkuk untuk rama-rama ini mendapatkan makanan berupa cecair dengan mudah. Contoh terakhir ialah lalat, labium berubah menjadi bentuk muncung seperti pembersih vakum yang mempunyai saluran bernama pseudotracheae, yang bertugas untuk menyedut serpihan makanan.

 

 

Banyak lagi contoh serangga yang mempunyai perubahan mulut yang ketara, tapi cukup empat contoh serangga ini saja, bagi korang nampak serangga yang nampak kecil, menakutkan, dan geli ini pun ada kepelbagaiannya demi survival selama berjuta-juta tahun!

 

____

 

Alam kehidupan ni sangat menarik. Sebab tu kami terbitkan BIOLOGIA yang bercerita macam-macam pasal haiwan. Jom beli di Shopee: https://bit.ly/biologiashopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply