Suatu ketika dahulu, Mcdonald’s ataupun Mekdi seringkali dianggap sebagai antara pihak yang menyumbang dana kepada Israel.
Malah dakwaan telah membuatkan Mekdi diboikot terutamannya di Malaysia tapi sayangnya tidak bertahan dengan lama.
Ironinya, orang Yahudi yang tinggal di Israel juga sebenarnya agak tidak menggemari Mekdi. Restoran makanan segera itu juga hampir gagal di sana oleh kerana pelbagai faktor.
Jadi apa faktor-faktornya:
1. Tidak Halal
Ketika Mekdi mula melebarkan sayapnya ke Israel pada tahun 1993, masyarakat di sana masih lagi tidak mampu menerima restoran makanan segera tersebut.
Ini kerana makanan yang dijual oleh Mekdi tidak halal ataupun tidak mematuhi peraturan kosher.
Sebagai contoh, cheese burger sangat tidak menepati konsep kosher yang diamalkan oleh masyarakat Israel. Mereka dilarang untuk memakan daging yang disertakan sekali dengan produk tenusu.
Bagi menyelesaikan masalah ini, Mekdi telah membuka restoran berkonsepkan kosher yang pertama pada tahun 1995.
Tapi masalah lain pula muncul kerana terdapat rabbi yahudi mendakwa masyarakat Israel tidak dapat membezakan antara restoran kosher dan bukan kosher.
Rabbi itu memberi amaran, jika Mekdi tidak selesaikan masalah ini mereka akan menerima nasib seperti Starbucks.
Mahu tak mahu, Mekdi terpaksa menukar warna kepada biru putih serta meletakkan perkataan “kosher” bagi memudahkan masyarakat Israel membuat pilihan.
2. Kurang Menyihatkan
Sebagai restoran makanan segera, kita semua sedia maklum makanan di Mekdi memang sangat tidak sihat.
Perkara ini mendapat perhatian menteri kesihatan Israel yang menggesa Mekdi diboikot selagi mana tidak menyediakan banyak makanan berkhasiat.
Bagi memastikan Mekdi tak lingkup, restoran makanan segera itu sedaya upaya menyediakan makanan sihat kepada masyarakat Israel.
Antaranya adalah dengan mengurangkan peratusan lemak tepu dan trans dalam makanan.
Tindakan Mekdi ini seperti sia-sia kerana kementerian kesihatan Israel masih lagi mengklafikasikan menunya sebagai makanan segera. Padahal Mekdi sudah memasukkan begitu banyak makanan yang sihat di dalam menu.
Secara sinis kementerian kesihatan Israel berkata. “hanya orang gila sahaja yang pergi Mekdi sebab nak makan kangkung”.
3. Kekejaman Terhadap Haiwan
Mekdi tahu di Israel terdapat begitu ramai golongan pemakan sayur. Jadi Mekdi telah memasukkan banyak hidangan berasaskan sayur di dalam menu.
Tapi sayangnya masih terdapat golongan pemakan sayur yang mendakwa Mekdi melakukan kekejaman terhadap haiwan.
Katanya, Mekdi telah membunuh haiwan hanya semata-mata untuk menghasil sebiji burger dan secawan roti.
Malah mereka juga menyatakan mainan dalam Happy Meal dihasilkan oleh buruh paksa di China.
Bermakna menikmati Mekdin seperti sedang membunuh haiwan serta mendera golongan pekerja.
4. Menentang Penjajahan Israel
Mekdi secara konsisten memang tidak pernah bersetuju dengan tindakan Israel yang gemar menjajah dan membina penempatan haram.
Oleh sebab itu, Mekdi tidak pernah terfikir untuk membuka cawangannya di Tebing Barat dan Bukit Golan. Tindakan ini membuatkan Israel berasa marah lalu mengugut untuk terus menguburkan Mekdi dengan memberikan sokongan kepada pesaing tempatan iaitu Burger Ranch
Buktinya Mekdi dilarang untuk merebut tender bagi membuka cawangan di Lapangan Terbang Ben Gurion.
Walau bagaimanapun, Mekdi kekal tenang kerana mereka masih memiliki banyak cawangan dan tetap dengan pendirian menentang penjajahan Israel.
—
Biarpun begitu, Mekdi akhirnya berjaya mengatasi semua masalah tersebut lantas menjadi restoran makanan segera paling unggul.
Mekdi bernasib baik kerana tidak jadi seperti KFC dan Starbucks yang terus terkubur ekoran tidak mahu beradaptasi dengan unsur-unsur tempatan.
RUJUKAN:
Estrin, D. (2016, April 22). Israel’s Health Minister to McDonald’s: ‘Not in our country’. NPR. Dipetik daripada https://www.npr.org/sections/thesalt/2016/04/22/475271835/israeli-official-denounces-mcdonald-s-as-junk-food-but-chain-fights-back
Filloon, W. (2016, April 13). Israeli government urges citizens to quit eating McDonald’s. Eater. Dipetik daripada https://www.eater.com/2016/4/13/11420656/israeli-government-eat-less-mcdonalds
Hacohen, H. (2017, Oktober 3). Fighting the evil clown: Israelis protest against McDonald’s. The Jerusalem Post. Dipetik daripada https://www.jpost.com/israel-news/fighting-the-evil-clown-israelis-protest-against-mcdonald-507339
Magid, J. (2021, Julai 28). How McDonald’s took the same stance as Ben & Jerry’s but avoided public backlash. The Times Of Israel. Dipetik daripada https://www.timesofisrael.com/how-mcdonalds-took-the-same-stance-as-ben-jerrys-but-avoided-public-backlash/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih