Konsep “migrasi” & “migran” atau lebih tepat “imigrasi” & “imigran” hanya wujud pada abad ke-19, apabila munculnya negara-bangsa (nation-state) yang ada sempadan jelas (defined borders) & kewarganegaraan.

Istilah imigrasi/imigran mula popular di US pada pertengahan abad ke-19 apabila orang Eropah berpusu2 pindah ke US, terutamanya orang Jerman & Ireland.

Maka perkataan imigran diguna untuk membezakan “native” & newcomer.

Jadi imigran basically orang yang give up kewarganegaraan asalnya untuk mencari kehidupan baharu di negara lain.

Balik ke Parameswara, adakah dia yang berpindah dari Palembang (menurut Suma Oriental) atau Singapura (menurut Sulalatus Salatin) ke Melaka adalah seorang imigran?

Dalam konteks ini, Parameswara bukan seorang imigran.

Sebab pada waktu dia sampai Melaka, Melaka belum dikuasai samada oleh Siam (Ayutthaya) atau Jawa (Majapahit).

Pesisiran pantai Melaka pada waktu tu dikawal oleh Orang Laut yang masih setia kepada Srivijaya, kerajaan yang dominate Selat Melaka sebelum kebangkitan Majapahit.

Maka mereka membantu Parameswara mendirikan semula kerajaan darah Bukit Siguntang – Kesultanan Melaka.

So kalau bukan imigran, apa istilah yang sesuai bagi Parameswara?

Settler – orang yang pergi ke satu tempat yang belum dibangunkan untuk membina penempatan (settlement) & kerajaan. Macam orang US berketurunan Inggeris (walaupun dengan merampas tanah Native Americans).

So adakah orang Jawa, orang Minangkabau, Bugis, Boyan, Kerinci semua merupakan imigran sebab mereka “berasal” dari “Indonesia”?

Pun bukan. Walaupun secara geografi mereka datang dari kawasan yang berada dalam Indonesia hari ni, tapi negara Indonesia hanya didirikan pada 1945.

Sedangkan proses pergerakan orang-orang Melayu (Malay race) dari satu tempat ke satu tempat dah berlaku sebelum 1945 lagi, malah sebelum penjajahan Belanda lagi.

Misalnya orang Minang dari Siak (Sumatera timur) berhijrah ke N9 pada zaman Kesultanan Johor Lama (1528-1855).

Dari sudut pandangan moden ia adalah imigrasi dari Indonesia ke Malaysia. Tapi di waktu tu, ia adalah internal movement sebab kedua2 kawasan dikuasai Johor.

So konsep imigrasi tak boleh dipakai ke atas pergerakan orang-orang Melayu sebelum tertubuhnya negara Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei selepas 1945.

Kalau ada orang Malaysia yang lahir di Singapura sebelum tahun 1965 tapi berpindah ke negeri Johor sebelum tahun 1965, dia bukan seorang migran, walaupun dari segi geografi, yes, dia berpindah dari Singapura ke Johor.

Kegagalan orang ramai untuk faham konsep imigran dan negara-bangsa ini dipergunakan oleh tentera di Myanmar (tatmadaw) untuk menyebarkan propaganda anti-Rohingya.

Tatmadaw mendakwa Rohingya adalah pendatang dari Bangladesh sebab dari segi bahasa, paras rupa dan agama, mereka lebih dekat dengan orang Bangladesh (Bengali) bukannya kaum Rakhine di Arakan.

Sebenarnya dalam sejarah, Arakan dari segi politik dan budaya memang lebih rapat dengan Bengal (kawasan Bangladesh). Kerajaan terakhir di Arakan, Mrauk U adalah negara naungan Kesultanan Bengal. Sebab tu wujud campuran antara Rohingya (Muslim) dan Rakhine (Buddhis) di Arakan.

Pada tahun 1785, Kerajaan Konbaung yang didirikan oleh kaum Bamar (Buddhis) menakluk Arakan.

Selepas British datang, British masukkan Arakan ke bahagian British Burma instead of British India.

So selepas India dan Burma merdeka, Arakan kekal dalam Burma (later Myanmar).

Manakala Bengal di India pula dipecahkan kepada West dan East Bengal. West Bengal dalam India, East Bengal dalam Pakistan (later merdeka pada tahun 1971 jadi Bangladesh).

Untuk mengukuhkan pemerintahan, elit Bamar di Myanmar mengamalkan dasar Burmanization (mewujudkan negara-bangsa Burma) yang lebih kepada Bamarization (memaksa semua kaum ikut bahasa dan budaya Bamar).

Rohingya dinafikan kerakyatan oleh tatmadaw sejak tahun 1982 sebab tatmadaw memerlukan sokongan Rakhine (Buddhis) untuk menghadapi pemberontak suku beragama Kristian seperti Chin, Kachin, Karen & Karenni; dan juga Muslim.

Sejak tatmadaw melepaskan sebahagian kuasa pada tahun 2011, mereka mula mengapi-apikankan sentimen nasionalisme Buddhis (terutamanya Bamar & Rakhine) melalui sami seperti Ashin Wirathu.

Ini adalah untuk mengekalkan pengaruh mereka & untuk checkmate reformis seperti Aung San Suu Kyi.

Suu Kyi adalah musuh tatmadaw. Tapi dalam isu Rohingya dia terpaksa berdiam diri sebab kebencian kaum Bamar yang melampau terhadap Rohingya & Muslim keseluruhan.

Lawan tatmadaw (macam dia buat selama ni), dia jadi hero. Tapi kalau lawan rakyat Bamar, dia akan dicemuh & dikeji.

Jadi sudah-sudahlah kata Parameswara migran, orang Melayu migran, Jawa migran, Minangkabau migran, Bugis migran.

Walaupun niat baik kita nak champion isu hak asasi, tapi jangan sesekali buat tafsiran sejarah yang salah. Hormati sejarah, santuni sejarah.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.