Ramai bosan kalau bercakap pasal keadaan dunia sekarang. Mana tidaknya – dua tahun sangkut cerita pandemik. Sekarang sangkut cerita harga barangan pula. Perbincangan kali ini takkan kupas pasal COVID-19 dan harga barangan. Sebaliknya kita akan tengok satu sisi pandemik yang kalian sendiri terlepas pandang. Sebelum 2020, statistik mendapati 1-dalam-6 kanak-kanak menghadapi tumbesaran terbantut seperti lambat bercakap misalnya (Zablotsky, et al., 2019). Namun kerana pandemik, angka ini naik dua kali ganda (Giesbrecht, et al., 2022). Puncanya adalah kerana hidup terkurung menyebabkan kurang pendedahan antara satu sama lain.

Konsep ini boleh digunakan untuk mempertimbang pokok perbincangan kali ini. Manusia prasejarah hidup dalam tiga zaman:

  1. Paleolitik (2.5 juta tahun yang lalu hingga 10000 S.M.),
  2. Neolitik (10000 S.M. hingga 4500 S.M.),
  3. Gangsa (3300 S.M. hingga 1200 S.M.)

Ikut garisan masa di atas, Zaman Paleolitik nampak jelas lagi panjang untuk dibandingkan dengan dua zaman yang menyusul. Ini adalah kerana perkembangan teknologi yang dijayakan kerana kepintaran manusia. Atau erti kata lain, manusia Zaman Neolitik lagi pintar berbanding manusia Zaman Paleolitik.

Memahami Satu Definisi Yang Rumit

Memang betul saintis tiada mesin masa. Mereka kena tengok dan nilai dari segi artifak prasejarah, seni lukisan dan imbasan rangka. Tiga perkara ini boleh memberi jawapan tentang akal dan kerohanian manusia prasejarah. Pertama sekali, otak manusia Neolitik didapati lagi besar untuk dibandingkan dengan manusia Paleolitik (Putt, 2017).

Perbandingan otak manusia moden (biru) dan neanderthalis (merah).

Dan dari segi ciri-ciri manusiawi pula, banyak perkara didapati berubah. Ciri-ciri manusiawi dipanggil “phenotype” dalam laras saintifik. Tetapi bukan semua dalam kalangan kita adalah saintis untuk faham definisi rumit. Maka kita guna “ciri-ciri manusiawi” saja… sekadar untuk memarhaenkan ilmu.

Ciri-ciri manusiawi mengambil kira tentang:

  • Faktor genetik dan persekitaran
  • Tabiat sosial dan kebudayaan
  • Cara pemakanan

Ingat. Pemakanan guna sudu menunjukkan manusia prasejarah bertambah pintar. Setakat ini sudu paling tua ditemui saintis berusia 21,000 tahun (McElwain, 2019). Jumpa pula di Rusia, tempat sangat sejuk yang mana manusia prasejarah guna untuk hirup sesuatu. Elemen kepintaran ada di situ. Kalau hidung sup pada beruk, silap-silap terbalik mangkuk sebab jari beruk hangus macam hati segelintir pembaca yang bengang kena tinggal kekasih.

Sudu prasejarah.

Penjelasan ini menunjukkan betapa pentingnya ‘ciri-ciri manusiawi’ yang konsisten mengukuhkan pandangan saintis: manusia prasejarah sangat pintar. Saintis daripada Nijmegen pula mendapati titik kepintaran manusia mula meledak sekitar 50,000 tahun yang lalu. Bermula zaman ini, genetik manusia mula berubah sampai kurangnya kolesterol jenis HDL. Kurangnya kolesterol ini bantu menguatkan daya pemahaman (cognitive functions) dalam kalangan manusia prasejarah (Kuijpers, et al., 2022).

Sudah pasti pengurangan ini mengambil masa sangat lama. Tetapi bukti arkeologi seolah-olah mengesahkan dapatan saintis-saintis Nijmegen. Walaupun Zaman Neolitik bermula 10,000 tahun yang lalu, kepintaran manusia sudah terbukti jauh lebih lama… dengan adanya sudu sejak 21,000 tahun yang lalu. Ertinya, manusia pada akhir zaman Paleolitik mempunyai segala-galanya sebelum Zaman Neolitik bermula. Mereka lebih sempurna saban zaman.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Penyempurnaan akal sebegini membalikkan kita kepada mukadimah perbincangan: interaksi menajamkan akal. Pada penghujung zaman Paleolitik, manusia prasejarah masih mengamalkan hidup berpindah-randah. Walau bagaimanapun, mereka tidak bergerak solo. Mereka akan menubuhkan sebuah kumpulan (dipanggil “band”) yang terdiri daripada 100 ahli (McClellan, 2006). Dan ada masanya, mereka akan bercampur dengan “band” lain untuk menjalankan aktiviti tertentu. Hasil daripada “banding” sebegini barulah mereka mula bertapak di satu lokasi yang kekal dan bergantung pada pertanian.

Pengajaran di sini jelas: manusia prasejarah guna akal sampai boleh membangunkan tamadun. Peliknya manusia moden buang akal di lantai dan tuduh penulis sains anjing saintis kafir.

RUJUKAN:

Giesbrecht, G., et al. (2022). Increased risk for developmental delay among babies born during the pandemic. PsArXiv.

Kuijpers, Y., et al. (2022, April 6). Neolithic made us taller and more intelligent, but more prone to heart disease? Radbound UMC.

McClellan, J. (2006). Science and Technology in World History: An Introduction. Johns Hopkins University Press. Halaman 6-12.

McElwain, A. (2019, Mei 27). How long have we been using cutlery? Irish Times.

Putt, S. (2017, Mei 8). How smart were early humans? ‘Neuroarchaeology’ offers some answers. The Smithsonian Magazine.

Zablotsky, B., et al. (2019). Prevalence and Trends of Developmental Disabilities among Children in the United States: 2009-2017. Pediatrics. 144 (4): e20190811.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply