Tahun 2020 ni kalau ada orang bersin semasa berada dikawasan awam, boleh memicu ketakutan. Sebab kita tak tahu samaada seseorang itu sihat atau tidak. Boleh jadi dia dah dijangkiti virus, boleh jadi tidak.

Bersin adalah satu cara tubuh mempertahankan diri daripada bahan yang merengsa atau iritasi hidung. Ianya berlaku secara semulajadi.

Partikel asing atau bendasing yang berada dalam dalam rongga pernafasan akan dikeluarkan melalui bersin. Ini untuk menghalang bendasing itu masuk lebih jauh kedalam tubuh.

Apabila bendasing memasuki hidung anda, ia akan berinteraksi dengan bulu hidung (nose hair) dan kulit halus yang melapisi saluran hidung anda. Satu maklumat akan dihantar ke otak dan secara semulajadi, tubuh akan bereaksi.

Contoh paling mudah, kita akan bersin bila menumis cili. Cili mengandungi bahan kimia semulajadi punca pedas iaitu capsaicin. Partikel ini akan merengsa bahagian hidung manusia.

Selain itu, manusia juga bersin apabila berada dikawasan yang berdebu atau berhabuk. Ini disebabkan bendasing iaitu habuk atau debu tu memasuki hidung.

Untuk sesetengah orang yang mempunyai alergi atau alahan kepada sesuatu, ianya juga boleh menyebabkan bersin. Antaranya ialah alahan terhadap debunga tumbuhan atau bau kulat.

Lain pula yang jadi bila seseorang mengalami selsema atau kesejukan. Bahagian saluran hidung akan dipenuhi cecair (mucus) dan tersumbat. Tubuh akan cuba menyingkirkan cecair yang memenuhi saluran itu.

Ada juga manusia yang bersin bila terkena cahaya matahari atau cahaya terang. Fenomena ini dipanggil reflek bersin solar (photic sneeze reflex). Ini penyakit keturunan, dihidapi kira-kira 17-35 peratus daripada populasi dunia. Kita mungkin tak perasan sebab bersin adalah satu kelaziman.

Rekod dunia dipegang oleh Donna Griffiths, mengalami bersin selama 978 hari. Dia bersin secara berterusan daripada 13 januari 1981 sehingga 16 september 1983.

Pernah dengar tentang jantung terhenti bila manusia bersin? Benda ni tak betul. Degupan tidak berhenti, cuma saluran pada jantung menyempit. Manusia juga akan menarik nafas panjang sebelum bersin.

Mata akan ditutup secara reflek semulajadi bila anda bersin. Ini untuk menghalang bendasing yang keluar melalui bersin memasuki mata. Titisan cecair yang mengandungi kuman dan bakteria boleh menyebabkan kerengsaan/ iritasi pada kornea mata.

Pernah cuba bersin sambil celik mata? Saya tak pernah…

Tahukah anda sekali kita bersin, lebih 100,000 titisan cecair (droplets) akan melayang keluar daripada hidung? dan kelajuan udara bertitisan ini adalah 160 kilometer/jam.

Titisan cecair ini turut mengandungi virus, bakteria dan kuman yang terkandung dalam tubuh kita. Sebab tu kita boleh dengar seseorang mengalami demam selsema bila dekat dengan seseorang yang selsema. Seorang pesakit Tuberculosis menyebarkan kuman apabila bersin. Paling terbaru, wabak virus corona yang melanda dunia.

Kalau nak bersin ditempat awam tu, tutuplah mulut.

Kalau ada sapu tangan, guna sapu tangan untuk tutup mulut. Kalau tak ada, boleh tutup guna tangan. Tapi pastikan basuh tangan lepas bersin, ataupun bersihkan tangan guna sanitasi tangan.

Lepas tutup guna tangan, jangan pegang merata pula. Nanti melekat cecair tu dekat tempat kita pegang, orang lain pula pegang benda tu.

Tutup mulut guna belakang siku pun boleh. Tutup mulut guna leher baju pun boleh. Nak masukkan kepala terus dalam baju pun boleh.

Bila nak bersin, jauhkan diri dari orang. Tundukkan kepala ke bawah, jangan dongak tinggi pula.

Asalkan cecair bersin tu tak tersembur ke muka orang.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.