Fiksyen sains banyak bercerita pasal implikasi pengklonan. Tengok saja siri televisyen Orphan Black dalam mana pelakon Tatiana Maslany rancak membawa 14 watak. Semua watak ini adalah klon hasil daripada sebuah projek jahat. Tetapi sejauh manakah kebenaran di sebalik usaha pengklonan sebegini besar? Atau soalan lagi tepat, kenapa sampai hari ini manusia belum diklon?

Sebenarnya pengklonan adalah sebuah definisi sangat luas. Sekadar satu perkataan untuk menerangkan tentang rangkaian sangat rumit. Segala proses yang diambil dalam usaha mengklon itu sendiri sememangnya susah. Walau bagaimanapun, matlamat akhir tetap sama – yakni menyalin (copying) sebuah fizikal secara genetik (Ayala, 2015).

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Proses salinan ini selalunya menggunakan teknik sel kulit dan sel ovum. DNA akan dikeluarkan daripada kedua-dua sel. Tetapi DNA sel kulit akan disumbat dalam sel ovum. Proses ini akan menghidupkan sel ovum yang dijaga dalam tabung uji. Kemudian nutfah tersebut akan disuntik masuk dalam rahim seekor betina.

Pemecahan somatik.

Itu kalau buat pada haiwan. Proses nutfah akan menjadi janin dalam rahim seorang wanita, kalau buat pada manusia.

Agama Alien Pernah Buat Klon… Katanya

Tidak ramai yang kenal agama Raelism. Agama ini bertuhankan makhluk asing dengan iman bahawasanya manusia dicipta oleh spesis luar planet Bumi (extraterrestrial species) bernama Elohim. Menurut Raelism, Elohim mempunyai teknologi luar biasa yang disalah erti sebagai kuasa ketuhanan. Dan setiap zaman, kaum Elohim menghantar wakil untuk bantu manusia. Bagi mereka, Gautama Buddha, Nabi Isa (as) dan Nabi Muhammad SAW adalah wakil kaum tersebut… dan satu hari, Rael sendiri akan turun menjadi nabi terakhir (Chryssides, 2003).

Malas cakap banyak. Korang fikir sendirilah.

Pada tahun 2002, tular berita yang pakar kimia Brigitte Boisselier berjaya mengklon manusia yang diberi nama Eve. Boisseler adalah seorang penganut Raelism yang tegar. Macam-macam dibentangnya – tetapi apabila disuruh serah bukti, Boisseler mengelak pula. Maka pengajaran daripada kisah Boisselier: jangan bercakap kalau tiada bukti (Goldenberg, 2003).

Apa Yang Susah Sangat

Konteks pasal Brigitte Boisselier dan agama UFO sebenarnya mudah. Kalau seorang saintis yang taasub pada agama cedukan gagal menyerah bukti, apa benda yang susah sangat dengan klon manusia? Ia bukan setakat isu etika semata-mata. Memang betul, hal etika itu sendiri sudah berangkaian. Namun saintis masih berbelah bahagi tentang implikasi dari segi kesihatan. Ada kajian menyatakan klon boleh menghapuskan penyakit genetik dengan cara pemisahan (Debashis, 2004).

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Cuma ada kajian lain berbeza pandangan, dengan hujah bersertakan bukti bahawa pengklonan akan meningkatkan risiko kecacatan dalam kandungan. Jadi bebas penyakit… tetapi cacat. Sengaja menciptakan manusia yang hanya perlu menanggung bala kesihatan sememangnya zalim.

Ketepikan kezaliman – apakah tujuannya? Kalau tengok dalam pengklonan haiwan, memang tiada faedah. Dolly misalnya adalah seekor kambing biri-biri yang diklon. Malangnya biri-biri ini dimatikan ketika berusia enam tahun… padahal purata jangka hayat biri-biri patutnya mencecah 12 tahun. Jurang yang separuh ini bukan setakat kebetulan. Kadar kematian dalam kalangan haiwan klon sememangnya tinggi.

Dolly the Sheep (kiri)

Jadi katakanlah 1,000 manusia diklon dan diambil sebagai anak angkat. Masuk saja usia 20-an, mereka sudah warga emas. Buktinya ada pada Dolly yang sudah menghidap penyakit tua (arthritis) ketika berusia empat tahun. Arthritis ini menjadi terlalu teruk dalam masa dua tahun sampai perlu dimatikan. Cuba bayangkan jika situasi sama terjadi pada 1,000 orang ini.

Maka pengklonan jatuh dalam kancah pendaratan Bulan: untuk apa nak kembali ke Bulan? Ada apa? Soalan sama ditanya pada pengklonan.

RUJUKAN:

Ayala, F. (2015, Julai 20). Cloning humans? Biological, ethical and social considerations. Biological Sciences. 112 (29): 8879-8886.

Chryssides, G. (2003). Scientific Creationism: A Study of the Raelian Church. Routledge. Halaman 45-61.

Debashis, S. (2004). Human cloning is justified in preventing genetic disease. British Medical Journal. 328 (7438): 484.

Goldenberg, S. (2003, Januari 7). Scientist cries hoax as cult fails to provide clone proof. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply