Baru-baru ini Mekdi Malaysia ada mengeluarkan dua menu unik iaitu nasi lemak butter chicken dan burger butter chicken creamy. Apabila dilihat melalui iklan, kedua-dua menu baru itu kelihatan sangat menyelerakan. Tapi sayangnya apa yang dibeli sangat mendukacitakan kerana pelanggan hanya dapat burger penyek butter kering dan nasi lemak ayam kuah butter tak cukup.

Hal ini bukan hanya berlaku di Mekdi sahaja malah terjadi di restoran-restoran lain. Seringkali apa yang dipapar di dalam iklan ataupun menu sangat berbeza dengan makanan didepan mata. Alasan yang sering diberikan adalah ilustrasi makanan dalam gambar ini hanya untuk tujuan iklan semata-mata.

Betul juga kerana makanan untuk tujuan pengiklanan dibuat dengan masa cukup lama dan diedit supaya nampak lebih menarik. Manakala makanan dekat kedai di masak dengan pantas dan memang tak sempat nak buat macam dalam iklan.

Dalam iklan punya lah sedap, sekali depan mata cuma burger penyek je

Walau bagaimanapun jangan terkejut kerana di Jepun, anda akan dapat makanan yang sama seperti dalam iklan. Sebagai contoh, anda order spicy double chicken mcdeluxe kerana dalam iklan nampak besar dan sungguh menyelerakan. Tunggu sahaja dalam beberapa minit, anda akan dapat burger yang sama persis iklan lantas membuatkan anda rasa berbaloi membeli Mekdi.

Persoalannya sekarang kenapa makanan di Jepun sama macam dalam iklan?

Semuanya bermula pada tahun 1917 apabila Soujiro Nishio mula menyedari tindakan kebanyakan restoran Jepun makanan sebenar sebagai display bagi menarik perhatian pelanggan sangat merugikan. Ini kerana makanan tersebut tidak dapat bertahan dengan lama dan mudah dihurung lalat. Bagi memastikan makanan sentiasa segar, pihak restoran terpaksa menukar display beberapa kali dalam sehari.

Menyedari masalah ini bakal membarah, Soujiro Nishio telah menggunakan lilin untuk menghasilkan replika makanan. Sejak itu semakin ramai orang yang mula mengikut jejak langkah dia dan salah satunya Takizo Iwasaki. Ketika inilah replika makanan berasaskan lilin ditambahbaik oleh Takizo Iwasaki agar kelihatan lebih realistik.

Apa yang Takizo Iwasaki buat adalah menyuruh isterinya mencari perbezaan replika makanan berasaskan lilin dan makanan sebenarnya. Isteri berpendapat tiada perbezaan yang ketara antara kedua-duanya. Berbekalkan keyakinan bahawa perempuan sentiasa betul, Takizo Iwasaki mula melobi beberapa kedai untuk menggunapakai replika makanan ciptaannya.

Hasilnya dalam yang singkat sahaja, begitu banyak restoran yang mula menggunakan replika makanan tersebut. Ditambah pula dengan kehadiran tentera Amerika Syarikat pasca perang dunia kedua, banyak kedai guna replika makanan sebagai display bagi memudahkan mereka memilih makanan.

Lama kelamaan replika makanan berasaskan lilin semakin tidak relevan kerana terdapat banyak isu yang mengganggu. Antaranya adalah agak mudah rosak terutamanya ketika Jepun memasuki musim panas. Sebagai usahawan, Takizo Iwasaki terus menjadikan plastik sebagai bahan utama dalam penghasilan replika makanan.

Secara tidak langsung, Takizo Iwasaki berani berubah untuk terus dikenali lantas menyelesaikan masalah pelanggan. Apa yang dilakukan Takizo Iwasaki telah memberikan banyak manfaat kepada restoran seluruh Jepun dan hasilnya syarikat Iwasaki Be-I menguasai hampir 60% pasaran replika makanan pada hari ini.

Jadi apa kaitan antara replika makanan dan makanan yang sama dalam iklan?

Jawapannya adalah banyak syarikat-syarikat dari cuba mengadaptasi apa yang diamalkan oleh restoran Jepun melalui replika makanan. Hal ini kerana sejak berkurun lamanya, masyarakat Jepun telah terdidik bahawa makanan yang dipamerkan melalui replika mestilah sama dengan apa di depan mata.

Jadi jika Mekdi Jepun beraksi seperti Mekdi Malaysia yang memberikan burger penyek kepada pelanggan, nescaya akan diboikot serta lingkup dalam masa begitu singkat. Berbekalkan tradisi ini, restoran-restoran dari luar terutamanya francais sedaya-upaya menghasilkan makanan yang sama seperti dalam iklan.

Macam ni baru puas hati

Ditambah pula, kesemua restoran di Jepun menggunakan cara ini untuk menarik lebih ramai pelanggan. Maka restoran-restoran ini akan bersaing sesama sendiri bagi menghasilkan makanan yang paling mirip dengan iklan. Berita baiknya adalah orang Jepun dapat menikmati makanan tanpa ditipu dengan alasan pengiklanan semata-mata.

Kesimpulannya apa yang berlaku di Jepun melibatkan proses yang sudah berlangsung beratus-ratus tahun lama. Apabila masyarakat sudah terbiasa dengan tradisi itu, mahu tak mahu sesebuah perniagaan itu perlu ikut. Berlainan dengan sebuah negara di Asia Tenggara kerana dari fast food membawa ke kedai tepi jalan, display sahaja hebat tapi makanannya jauh panggang dari api.


Sekiranya anda ingin jual buku secara online, jangan lupa yang delivery adalah bahagian yang penting.

Guna Delyva sebagai platform perbandingan harga rider & kurier anda untuk hantar buku kepada pelanggan!


RUJUKAN:

Garun, N. (2012, Jun 20). Why do McDonald’s products look different from their advertisements? Digital Trend. Dipetik daripada https://www.digitaltrends.com/home/why-do-mcdonalds-products-look-different-from-the-advertisements/

Henesy, D. (n.d). Fake food: The history and art of Japanese sampuru. Seconds Food History. Dipetik daripada https://www.secondshistory.com/home/fake-foods-sampuru

Ngo, H. (2021, Jun 21). The reason so many restaurants in Japan have plastic food on display. Tasting Table. Dipetik daripada https://www.tastingtable.com/901880/the-reason-so-many-restaurants-in-japan-have-plastic-food-on-display/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply