Pada tahun 2018, dunia dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki Jepun iaitu Akihiko Kondo telah mengahwini watak anime yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan iaitu Hatsune Miku. Hal ini memberi tamparan hebat kepada wanita yang seringkali mereject lelaki dengan kata-kata yang dangkal seperti “awak terlalu baik untuk saya”.
Persoalannya apa sebab Akihiko Kondo nak berkahwin dengan Hatsune Miku?
Ceritanya begini sejak dari zaman sekolah sehingga bekerja, Akihiko Kondo asyik dibuli oleh orang sekeliling. Tambah menghinakan lagi, Akihiko Kondo sering dipandang rendah oleh wanita. Perkara sedemikian rupa membuatkan keyakinannya semakin merudum sehingga membawa kepada kemurungan.
Namun, kemurungan itu hilang apabila Akihiko Kondo bertemu dengan Hatsune Miku yang pada mulanya digunakan untuk berbual kosong sahaja. Lama kelamaan Akihiko Kondo mula terpikat dengan perwatakan Hatsune Miku. Kehadiran Hatsune Miku telah membuatkan Akihiko semakin dapat kembali kepada kehidupan normal. Malah Akihiko Kondo sudah dapat mengatasi masalah-masalah yang berpunca daripada kemurungan.
Ditambah pula Hatsune Miku beraksi seperti wanita sebenarnya dengan seringkali mengungkap ucapan ketika waktu ingin tidur dan bangun tidur. Jadi perempuan reject banyak kali pun tak apa, cukup dengan watak anime sudah beri kebahagiaan. Itu menjadi sebab terkuat untuk Akihiko Kondo berkahwin dengan Hatsune Miku biarpun ramai ahli keluarganya menentang.
Sekarang ini persoalan paling umum adalah kenapa lelaki Jepun suka berkahwin dengan watak anime? Adakah mungkin wanita cantik di Jepun sedang dalam ambang kepupusan.
Jawapannya adalah kos sara hidup sangat tinggi di Jepun yang membuatkan perkahwinan bagi wanita hanya mimpi basah semata-mata. Hal ini demikian kerana kos sara hidup yang tinggi di Jepun telah memaksa golongan wanita untuk turut bekerja. Jadi mereka tiada masa untuk memikirkan tentang pasangan hidup.
Jika berkahwin pun, mereka hanya menambah beban kewangan ke atas diri sendiri. Ini kerana apabila sudah kahwin pasti akan melahirkan anak. Di sinilah, wanita Jepun perlu buat keputusan sama ada mahu menghantar anak ke pengasuh atau jaga sendiri. Kalau mahu memilih penghantar ke pengasuh, mereka perlu menyediakan wang sekurang-kurangnya $4000. Mahu tak mahu, wanita Jepun terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak.
Bila sudah berhenti kerja, masalah lain pula timbul iaitu pendapatan isu rumah berkurang sehingga menyebabkan mereka tidak mampu untuk bertahan hidup. Senang cerita, wanita Jepun beranggapan, perkahwinan akan menambah bebanan di bahu mereka yang memang sudah sedia tertekan. Jadi, tak payah kahwin dan hidup pun aman tenteram.
Bagi lelaki Jepun, tindakan wanita Jepun ini memberikan bala kepada mereka dan juga negara. Kenapa boleh sampai begitu pula?
Tindakan wanita Jepun ini membuatkan lelaki Jepun berasa sangat sunyi lantaran ketidakmahuan menjalinkan hubungan istimewa. Maka pilihan terbaik yang lelaki Jepun ada tanpa memberi kesan jangka masa panjang hanyalah watak anime sahaja. Kebetulan juga watak anime ini amat senang dikawal dan tidak menjengkelkan sebagaimana perangai sesetengah wanita di luar sana.
Implikasinya, perkara seumpama itu akan memberikan kesan buruk kepada negara Jepun pada masa akan datang. Berkurangnya jumlah rakyat Jepun yang ingin berkahwin menyebabkan kadar kelahiran di Jepun semakin menurun dengan drastik. Di samping itu, kadar populasi warga di Jepun telah meningkat saban tahun. Jika kerajaan Jepun tidak berusaha sehabis baik untuk mengatasi masalah ini, dikhuatiri negara tersebut hanya akan diisi oleh orang-orang tua sahaja.
Kesimpulannya kepada anda semua, jika direject dengan kata-kata hinaan sekalipun jangan sampai terfikir mahu berkahwin dengan watak anime. Buktinya bahawa kamu tidak akan mati lantaran dibunuh olehnya.
RUJUKAN:
Obuno, Y. (2022, Januari 11). What happened to the Japanese man who ‘married’ virtual character Hatsune Miku? The Mainichi. Dipetik daripada https://mainichi.jp/english/articles/20220111/p2a/00m/0li/028000c
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih