Zaman dulu aktiviti lanun memang lasak sampai pihak kerajaan Eropah sakit kepala kerana aktiviti perdagangan terjejas. Kalangan lanun dengan berani merampas kapal perang berteknologi yang digunakan untuk meneruskan aktiviti lanun.

Akan tetapi, sedar tidak, ramai lanun mengenakan penutup mata (eyepatch) seolah-olah mereka terkena penyakit buta sebelah mata. Namun nampaknya ada penjelasan saintifik yang mewajarkan budaya lanun ini.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Teknologi perkapalan terdahulu bergantung pada angin dan kayu pendayung, kadangkala ombak. Berbeza dengan kelasi, para lanun hidup dan mati di laut. Jadi mereka meluangkan masa terlalu lama mengharungi pagi, petang dan malam dengan cahaya semulajadi.

Hari ini kapal sudah lengkap dengan elektrik yang menyalakan ruangan. Tetapi zaman dulu, lilin dan pelita perlu digunakan secara cermat kerana kesilapan kecil boleh membunuh.

Terlalu lama hidup dalam gelap boleh memberi kesan pada mata. Lanun pun mengambil giliran, iaitu bekerja waktu siang atau berjaga malam ikut kata nakhoda. Malam biasanya ada kapal yang lalu lalang.

Jadi tidak kira waktu, mesti ada orang menjadi mata anak kapal. Dan mata-mata kapal wajib ada mata yang berfungsi dengan baik.

Tiba saja masa, mereka perlu bertempur untuk rampas kapal. Tidak kira siang atau malam, cahaya adalah segalanya. Untuk memulakan usaha rampasan, lanun akan menghampiri kapal sasaran.

Selepas mematahkan sistem pertahanan berjarak (ranged defense), lanun akan naik menyerbu dan bermain pedang dengan anggota-anggota kapal sasaran.

Kalau serang waktu siang, serbuan memang senang. Nampak habis segalanya. Malam pun sama, mesti ada cahaya yang menerangi kegelapan. Tetapi pertempuran takkan habis di bahagian atas kapal (top deck).

Lanun mesti kena turun ke dalam kapal, yang dipadam segala lilin dan pelita sebagai strategi.

Anggota-anggota dalam kapal ini sudah biasa bergelap. Lanun pula tiba-tiba baru turun. Jadi mata mereka perlu menyesuai dengan keadaan baru (Mitchell, 2013).

Penutup Mata Mempercepat Penyesuaian

Lanun semasa menyerbu akan mengenakan penutup pada mata kiri (atau kanan). Jadi mata tersebut sudah biasa bergelap.

Apabila turun ke bahagian dalam kapal, mereka sekadar tukar tempat penutup mata. Kalau mata kiri asalnya ditutup, mereka tukar ke mata kanan pula. Kerana mata kiri sudah biasa bergelap.

Gambaran: bayangkan jika semua sumber cahaya dipadamkan.

Turun ke bahagian dalam kapal, mata kiri sudah sesuai dengan kegelapan (Caruso, 2007). Secara saintifik, mata kiri sudah visually adapted untuk lihat dalam gelap.

Namun, saya sebagai penulis wajib berlaku jujur pada pembaca. Penggunaan penutup mata terbukti secara saintifik membantu lanun.

Tetapi bukti ini tidak boleh diambil sebagai faktor mutlak tentang kenapa lanun mengenakan penutup mata.

Mungkin ada sebab lain, seperti pembudayaan bahawasanya seseorang itu bukan lanun jika tidak pakai penutup mata.

Teori ini bukan suatu hipotesis kosong. Ia berasas, cuma dengan kemajuan elektrik penggunaannya sudah tidak diperlukan. Anggota-anggota tentera moden pun sudah tidak perlu bergantung pada mata kasar untuk menyerang kapal musuh.

Sekarang sudah ada teknologi night vision goggles yang membolehkan anggota tengok dalam gelap dengan risiko jika tiba-tiba ada suar terang yang boleh membutakan mata.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Tambah pula zaman sekarang rampasan kapal dibuat secara terhad pada gerombolan tertentu sahaja. Jadi penggunaan penutup mata wajar dianggap sebagai teori berasas sahaja… bukan penentu mutlak yang menokhtahkan suatu kepastian.

RUJUKAN:

Caruso, R. (2007, Ogos 13). Why does it take so long for our vision to adjust to a darkened theater after we come in from bright sunlight? Scientific American.

Mitchell, H. (2013, April 8). Burning Question. The Wall Street Journal.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply