Autobiografi ini ditulis sepenuhnya dengan Hangeul, dan sehingga ke hari ini, autobiografi ini masih wujud, menjadi bahan kajian, malah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa.
Memoir of Lady Hyegyeong adalah karya Puteri Mahkota Hyegyeong, iaitu isteri kepada Putera Mahkota Sado, putera kepada Raja Yoengjo yang dikurung dan mati di dalam peti beras gara-gara penyakit mentalnya.
Manuskrip ini menjadi simbolik serta tanda Hyegyeong sepanjang baginda menjadi isteri kepada Putera Sado, meskipun tidak sempat menjadi permaisuri. Malah, memoir ini turut memperincikan kehidupannya sebagai Puteri Mahkota yang malang, sebab suaminya mengalami kegilaan yang akhirnya dihukum mati.
Meskipun ia dianggap kontroversi, namun manuskrip inilah yang banyak memberi maklumat mengenai hal sebenar Putera Sado dan kenapa ia berkelakuan sebegitu.
Siapa sebenarnya Lady Hyegyeong ini?
Baginda dilahirkan dalam keluarga Hong, dan bapanya adalah seorang sarjana daripada keturunan Hong di Pungsan. Perkenalannya dengan Sado adalah ketika zaman kanak-kanak sewaktu mereka berusia 9 tahun.
Raja Yeongjo sendiri memilihnya sebagai Puteri Mahkota kerana melihatnya sebagai gadis yang bijak dan menawan. Mereka akhirnya dikahwinkan ketika usia kanak-kanak.
Namun, seawal usia perkahwinan lagi, Hyegyeong telah dapat melihat tingkahlaku Sado yang agak berbeza berbanding orang lain. Malah, ketika anak mereka telah lahir, Sado pernah naik berang setelah bergaduh dengan ayahandanya, dan membuatkan kediaman terbakar.
Hyegyeong terpaksa merempuh api untuk menyelamatkan putera mereka ketika itu. Segala peristiwa ini ada dicatatkan olehnya dalam autobiografi tersebut.
Salah satu sebab utama Hyegyeong berusaha untuk menulis memoir ini adalah kerana kekecewaannya terhadap pihak istana yang gagal dalam memulihkan Putera Sado, dan memilih untuk menghukum suaminya yang sakit mental ketika itu.
Di akhir memoir itu, Hyegyeong telah mencatatkan,
“Terdapat dua versi kejadian pada tahun itu. Kedua-duanya sama sempit, berat sebelah dan tidak benar. Salah satunya ialah keputusan Raja Yeongjo (ayah Putera Sado) adalah mulia dan adil. Versi lain ialah, walaupun putera malang itu mempunyai penyakit, Baginda mendengar fitnah dan melakukan perbuatan keterlaluan yang dahsyat itu. Kedua-dua versi adalah memfitnah tiga generasi, dan kedua-duanya tidak betul secara fakta dalam apa cara sekalipun.”
Hyegyeong pastinya ingin suaranya didengari oleh seluruh dunia ketika dia menulis memoir ini. Kerana itulah satu-satunya serpihan memorinya bersama suaminya yang telah dihukum secara tidak adil.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih