Sebagai pemilik kucing, penulis kadang-kadang merasa geli hati melihat kerenah mereka dengan kotak. Kalau tak mengejutkan orang dengan melompat keluar dari kotak, itulah juga tempat tidur mereka bila sudah penat. Tapi kenapa ya kucing terlalu sukakan kotak?
Ia mungkin berkait dengan keupayaannya untuk bersembunyi sekaligus menurunkan tahap tekanan kucing. Ini berdasarkan satu kajian di Belanda pada 2019 yang diterbitkan dalam jurnal PLOS One. Apabila kucing kajian dinafikan tempat berlindung, ia akan menterbalikkan tempat ia membuang najis (litter box) sebelum bersembunyi di dalamnya.
Minat kucing kepada kotak bukan sekadar terpakai pada struktur tiga dimensi. Malah, berdasarkan kajian yang dijalankan Gabriella Smith dari Universiti Perubatan Veterinar, Vienna mendapati kucing juga tiada masalah menikmati kontur Kanizsa (kotak berbentuk dua dimensi tanpa dinding), nama lain untuk kotak palsu.
Jadi, apa punca tingkah laku ini? Smith berpandangan ia tercetus sebagai cara kucing mengelak daripada terjebak dengan situasi merbahaya. Dari segi evolusi, ia sesuatu yang boleh difahami. Perkara terakhir yang dimahukan si kucing ialah terjebak dalam situasi yang menyukarkannya melepaskan diri.
Satu lagi sebab tetapi tidak diuji secara saintifik ialah kucing merupakan pemangsa yang menyerang dari kedudukan tersembunyi. Bagi mana-mana pemilik kucing, kita semua tahu perilaku mereka. Kucing akan bersembunyi dari kedudukan tersorok termasuk kotak sebelum mendapatkan mainan atau mengejutkan tuan mereka.
Tetapi kucing bukan satu-satunya haiwan yang gilakan kotak. Spesies kucing besar seperti singa, harimau dan puma juga suka duduk dalam ‘kotak’ (kurungan mereka) dan bermain dengan kotak tanpa mengira saiz.
RUJUKAN
Arnst, J. (2022, 28 Februari). Why do cats love boxes so much?. Live Science.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih