Aku teringat lagi semasa aku masih belajar di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, aku terlihat kawan aku gelak besar sebab tengok kucing dalam dorm. Dipendekkan cerita, mungkin waktu itu sudah masuk musim mengawan dan kelihatan z4kar kucing tersebut tertonjol keluar. Namun, yang membuatkan aku pelik ialah bukan saiznya, tapi tulang yang berada di sekelilingnya. Z4karnya berduri.
Benda ni buat aku terfikir, kenapa z4kar kucing berduri? Kenapa manusia punya tak berduri? Mamalia lain pun z4kar berduri jugak ke apa?
Untuk menjawab persoalan itu, mari kita tengok dulu kenapa z4kar kucing tu berduri. Sebenarnya, tulang yang mengelilingi z4kar mereka tu bukannya tulang macam dalam badan tu. Ia adalah lebih kepada lapisan protein keratin yang mengeras seperti tulang berduri. Kulit kita, kuku dan tanduk badak sumbu tu semua diperbuat daripada keratin.
Berbalik kepada z4kar, korang rasa apa fungsi z4kar? Sudah tentulah untuk reproduksi, bukan? Jadi, pada tahun 1968, saintis ada buat kajian tentang ovulasi tikus terhadap stimulus yang berbeza. Caranya ialah dengan merangsang tikus betina dengan stimulus seperti tikus jantan, batang kaca dan stimulasi elektirk pada faraj.
Hasil kajian mendapati hanya tikus jantan dan batang kaca je yang berjaya merangsang tikus betina untuk hasilkan ovum. Ini juga memberi klu bahawa faraj tikus ni ada saraf tertentu yang akan merangsang benda ni. Dalam kata lain, faraj tikus ni ada suis suis di tempat tertentu, bila ditekan akan merangsang kesuburan. Tikus jantan ni pun z4karnya berduri. Jadi, saintis berpendapat bahawa z4kar berduri ni bukan saja saja. Ia adalah seperti jari jari yang akan menekan punat kesuburan dalam faraj binatang. Banyak juga haiwan yang ada z4kar berduri seperti koala, kelawar dan cimpanzi.
Sebentar, kalau cimpanzi pun z4kar berduri, kenapa manusia punya tak berduri? Bukan ke manusia dengan cimpanzi ni DNA mereka 99% sama? Jawapannya terletak pada evolusi.
Walaupun saintis masih tak tahu kenapa kita berevolusi sampai hilang duri pada z4kar, saintis tahu bahawa kita hilang sekitar 510 DNA pada satu titik masa yang membawa kepada perkara ini. DNA yang hilang ni juga sebenarnya DNA yang mempunyai fungsi mengatur fungsi fungsi DNA di sekitarnya. Jadi, impaknya adalah besar. Seumpama cabut skru dalam enjin. Dia boleh berfungsi lagi, tapi mungkin jadi lain. Macam tu lah badan manusia lepas DNA ni kena buang dari sistem. Hasilnya, otak kita tumbuh menjadi besar dan kompleks. Ini sekaligus menyebabkan kita menjadi makhluk terpintar.
Bila aku baca kertas kajian saintis saintis ni, aku juga terfikir mungkin kehilangan duri pada z4kar manusia membawa kepada kelahiran keluarga kekal. Hal ini kerana kehilangan duri menyebabkan sensitivity semasa bersenggama menjadi kurang dan lebih lama. Perkara ini membawa kepada perhubungan emosi antara lelaki dan perempuan dan seterusnya keluarga.
RUJUKAN:
Aronson, L. R.; Cooper, M. L. (1967). “Penile Spines of the Domestic Cat: Their Endocrine-behavior Relations” (PDF). Anat. Rec. 157 (1): 71–78. doi:10.1002/ar.1091570111. PMID 6030760. Archived from the original (PDF) on 2017-06-20.
McLean, C. Y., Reno, P. L., Pollen, A. A., Bassan, A. I., Capellini, T. D., Guenther, C., … & Wenger, A. M. (2011). Human-specific loss of regulatory DNA and the evolution of human-specific traits. Nature, 471(7337), 216.
Serge Larivière, Steven H. Ferguson, Evolution of Induced Ovulation in North American Carnivores, Journal of Mammalogy, Volume 84, Issue 3, 29 August 2003, Pages 937–947, https://doi.org/10.1644/BME-003
Zarrow, M. X., & Clark, J. H. (1968). Ovulation Following Vaginal Stimulation In A Spontaneous Ovulator And Its Implications, Journal of Endocrinology, 40(3), 343-NP. Retrieved Oct 17, 2019, from https://joe.bioscientifica.com/view/journals/joe/40/3/joe_40_3_009.xml
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih