Segenting Kra yang juga dikenali sebagai ‘Isthmus of Kra’ terletak di wilayah Ranong, Thailand. Wilayah ini dikatakan bakal menjadi tapak perlaksanaan projek terusan yang akan menghubungkan kawasan perairan Teluk Thailand merentasi wilayah Nakhon Si Thammarat pada belah timur dan laut Andaman melalui wilayah Krabi di belah barat.

Menurut laporan, projek terusan Kra atau lebih dikenali sebagai Terusan Thailand melibatkan jarak sepanjang 135 kilometer dengan kos keseluruhan projek bernilai RM210 bilion. Projek ‘Mega Canal’ tersebut dikatakan mampu menjadi laluan alternatif kepada Selat Melaka yang merupakan antara laluan dagangan paling sibuk di dunia.

Kita boleh buat pembandingan antara projek terusan Thailand dengan dua buah terusan lain di dunia, iaitu Terusan Suez di Mesir dan Terusan Panama di Panama & Carribean. Terusan Thailand dikatakan mampu mengurangkan jarak perdagangan sehingga 1200 kilometer, setelah kapal dagang tidak lagi perlu merentasi Singapura dan Selat Melaka untuk ke Lautan Hindi.

Manakala, Terusan Suez memendekkan jarak sebanyak 10 000 kilometer dengan menghubungkan laut Mediterranean dan laut Merah tanpa perlu lagi merentasi beberapa buah lautan yang memakan masa berbulan lamanya. Terusan Panama pula mengurangkan jarak sehingga 7000 kilometer dengan menghubungkan Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik.

Jika kita meneliti kembali beberapa rekod sejarah, projek terusan ini telah mula direncana oleh kerajaan Ayutthaya sejak dari tahun 1677 lagi iaitu pada zaman pemerintahan Raja Narai dari dinasti Prasat Thong. Walaubagaimanapun, kerajaan Ayutthaya telah digulingkan dan digantikan dengan kerajaan Siam pada tahun 1688.

Kemudiannya, idea tentang projek terusan ini kembali muncul pada tahun 1793 pada era Raja Rama I dari dinasti Chakri kerajaan Siam. Lebih dari seabad kemudian, kerajaan Siam dan Empayar British telah bersepakat untuk tidak meneruskan projek tersebut pada tahun 1897 bagi melindungi kepentingan British di Singapura melalui perjanjian.

Beberapa tahun kebelakangan ini, projek terusan Thailand kembali mendapat perhatian oleh masyarakat global khususnya Asia dan ASEAN. China dilaporkan ‘amat’ berminat dengan projek terusan Thailand. Rata-ratanya berpendapat bahawa China bakal mendapat keuntungan besar apabila laluan perdagangan dapat dipendekkan.

China juga semestinya ingin memiliki pegangan penting di dalam projek Terusan Thailand, bila mana 80% sumber minyak China bergerak melalui laluan perdagangan Selat Melaka pada setiap tahun. Dengan keadaan tegang di Laut China Selatan, sudah pasti China mahukan alternatif yang lebih selamat.

Berdasarkan perkembangan terkini, Thailand dikatakan sudah memulakan proses kajian terhadap projek jambatan darat yang merentasi kawasan sepanjang 100 kilometer. Projek ini dijangka dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan wilayah Selatan Thailand, dengan ‘option’ tambahan seperti pembinaan jajaran jalan raya, landasan kereta api, sistem saluran paip petroleum dan gas, serta kawasan pembangunan khas industri berat dan ringan.

Menurut penganalisis politik, projek tersebut bakal memberikan impak negatif kepada ekonomi Malaysia dan Singapura. Hal ini demikian kerana, pelabuhan-pelabuhan besar seperti Pelabuhan Melaka, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Singapura akan terjejas teruk jika selat Melaka tidak lagi menjadi laluan utama perdagangan yang menghubungkan Asia dengan Barat.

Selain dari impak ke atas prestasi ekonomi, terdapat juga kebarangkalian di dalam kerosakan hubungan diplomatik sesama komuniti ASEAN. Diharapkan agar Malaysia dapat bersedia dengan sebarang kemungkinan, khususnya bersedia untuk menyerap impak ekonomi yang bakal melanda.

Artikel dinaikkan selepas mendapat keizinan penulis artikel yang asal, Baca Fakta.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sekadar penulis amatur.

Comments are closed.