“Train To Busan” adalah antara filem zombie buatan Korea Selatan yang tidak kurang hebatnya dan pernah meletup pada tahun 2016. Dengan latar belakangnya hanya keretapi saja bersama beribu-ribu zombie mengejar sesiapa saja, memang menaikkan bulu roma!
Tapi, trivia ini bukan mengulas tentang filem zombie macam ni. Yang saya tekankan ialah kenapa filem ini memilih kota Busan? Kan bagus pilih kota Seoul, boleh mereka promosikan ibu negara mereka sendiri, kan? Apa menariknya kota Busan sampai filem sanggup dibikin di sana?
Sebenarnya, para pembikin filem lebih memilih kota Busan yang terletak di selatan Korea Selatan kerana kota itu adalah ‘kota filem’, macam ‘Hollywood’ Asia gitu. Menurut mendiang Hong Young-chul iaitu pengkaji sejarah filem Korea, kota Busan ternyata tempat kelahiran industri perfileman Korea.
Pada tahun 1895, panggung wayang bernama Haengjwa telah dibina di kota Busan, menjadikan kota ini adalah kota pertama memiliki panggung wayang di Semenanjung Korea. Semasa pendudukan Jepun, terdapat 23 buah panggung wayang, mejadikan kota Busan sebagai pengasas budaya perfileman sehingga tahun 1945.
Kota Busan banyak melahirkan syarikat dan tokoh penting dalam industri perfileman, antaranya syarikat produksi pertama bernama Chosun Kinema Co. dan pengarah wanita Korea pertama bernama Park Nam-ok yang membikin filem “The Widow” pada tahun 1955.
Kemudian, studio bernama Busan Cinema Studios dibina untuk para pengarah filem dan drama membuat penggambaran pada tahun 2002, dan sebanyak 180 buah filem diterbitkan dari studio tersebut, termasuklah lima filem meletup dengan jualan lebih 10 juta tiket, antaranya filem TaeGukGi: Brotherhood of War” (2004), “Tidal Wave” (2009), “Ode to My Father” (2014), “Train to Busan” (2016), dan “A Taxi Driver” (2017).
Malah pengarah Ryan Coogler sendiri pernah datang ke kota Busan pada tahun 2016 semata-mata membikin babak-babak latarbelakang Korea dalam filem Marvel bertajuk “Black Panther” (2018). Dia siap puji lagi kota Busan begitu cantik dengan gabungan binaan moden dan tradisional! Fuh, bukan biasa-biasa pengarah Marvel ni puji!
Sejak tahun 1996, kota Busan mengadakan perayaan secara tahunan iaitu Busan International Film Festival (BIFF) setiap bulan Oktober untuk menarik para peminat filem dan drama Korea seluruh dunia datang ke Busan Cinema Center. Tahun ini adalah tahun perayaan BIFF yang ke-28. Jadi, sempat lagi peminat filem Korea seperti korang terbang ke sana dan ‘beraya’ di Busan!
______
Banyak lagi kisah-kisah menarik selain industri perfileman Korea yang power ini! Mari dapatkan KITAB TAMADUN KOREA yaqng isi kandungan buku ini mengandungi sejarah Korea yang menarik. Boleh beli di Shopee kami sempena kami buat jualan PASCA PBAKL:
https://bit.ly/tamadunkorea
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih