Bukan selalu kita boleh nampak kedua-dua negara ni bersatu. Contohnya ketika Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan.

 

Korea Selatan dan Korea Utara berarak bersama di bawah satu bendera semasa upacara perasmian.

 

Sempena temasya ini, kedua-dua negara juga bersetuju untuk bertanding dalam hoki ais sebagai satu pasukan demi keamanan.

 

Namun, hakikatnya kedua-dua negara ini telah terpisah selama lebih daripada 70 tahun akibat Perang Dingin antara Amerika Syarikat dan Rusia.

 

Semenanjung Korea dahulunya bersatu dan diperintah oleh kerajaan dinasti selama berabad-abad. Namun, segalanya berubah apabila Jepun menjajah semenanjung tersebut selepas memenangi Perang Rusia-Jepun pada tahun 1905 dan secara rasmi pada tahun 1910.

 

Penjajahan Jepun berterusan sehingga tamatnya Perang Dunia Kedua (WWII). Menurut Profesor Emeritus Michael Robinson dari Universiti Indiana, tempoh penjajahan Jepun inilah yang menjadi benih permulaan kepada pemisahan dua negara Korea.

 

Pada Ogos 1945, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet membahagikan kawalan ke atas Semenanjung Korea. Untuk tiga tahun berikutnya (1945-1948), kedua-dua negara menubuhkan kerajaan masing-masing.

 

Di utara, Soviet mewujudkan rejim komunis sementara di selatan, sebuah kerajaan tentera yang disokong Amerika dibentuk. Sokongan terhadap kedua-dua rejim ini berbeza-beza.

 

Di utara, rejim komunis mendapat sokongan golongan pekerja dan petani, manakala di selatan, golongan kelas pertengahan yang menolak komunis berhijrah dan menjadi anti-komunis.

 

Pada mulanya, tujuan pembahagian ini adalah untuk membantu kedua-dua negara membentuk kerajaan sendiri sebelum Amerika Syarikat dan Rusia meninggalkan Semenanjung Korea, membiarkan rakyatnya menentukan masa depan mereka.

 

Menurut Robinson, ini tidak berlaku kerana Perang Dingin telah bermula dan percubaan untuk menyatukan kedua-dua negara gagal akibat campur tangan Kremlin dan Uncle Sam yang mempunyai kepentingan berbeza di Semenanjung Korea.

 

Pada tahun 1948, Amerika mahu mengadakan referendum PBB di Semenanjung Korea bagi memberi peluang kepada rakyatnya menentukan masa depan mereka.

 

Selepas Pyongyang enggan mengambil bahagian, Seoul membentuk kerajaannya sendiri yang dipimpin oleh Syngman Rhee, seorang pemimpin anti-komunis. Pyongyang bertindak balas dengan menubuhkan Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) dan melantik Kim Il-Sung sebagai presiden pertama.

 

Perang Korea (1950-1953) juga gagal menyelesaikan pertikaian ini, tetapi menyebabkan Amerika Syarikat dianggap sebagai musuh oleh Korea Utara kerana serangan mereka terhadap kampung-kampung dan bandar-bandar di utara semenanjung tersebut.

 

Konflik yang berakhir dengan gencatan senjata pada tahun 1953 ini menyaksikan kedua-dua negara semakin terpisah dengan zon bebas tentera di sepanjang 38th Parallel.

 

Tidak seperti Jerman, pergerakan antara kedua-dua negara Korea sangat terhad sejak tahun 1953.

 

Korea Selatan yang mempunyai hubungan kuat dengan negara-negara Barat, terutama Amerika Syarikat muncul sebagai negara maju di Asia Timur, sementara Korea Utara kekal terpencil dengan ekonominya yang tidak berkembang selepas kejatuhan Soviet pada tahun 1990-an.

 

Penyatuan dua Korea mempunyai turun naiknya. Beberapa pemimpin seperti Kim Dae-jung dan Moon Jae-in cuba mengamalkan dasar berbaik-baik.

 

Namun, perbezaan besar antara kedua-dua negara terus menjadi penghalang. Ketika Korea Selatan menyambut Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018, Pyongyang menganjurkan perarakan tentera dengan mempamerkan peluru berpandu Hwasong-15.

 

Dalam perarakan tersebut, Jong-un berucap tentang ancaman imperialisasi terhadap Korea Utara. Ironinya, tahun 1948 menyaksikan kedua-dua negara terpisah dan perpisahan itu masih berlanjutan hingga kini.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Minat nak mendalami sejarah panjang dan budaya orang Korea yang unik? Cuba anda dapatkan KITAB TAMADUN KOREA di Shopee kami. Gerenti puas hati.

https://s.shopee.com.my/4KyUZwahyu


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply