Apabila bercakap tentang Korea pastinya kpop dan kdrama akan terlintas di benak fikiran. Tetapi kali ini kita bukan nak cerita tentang Korea Selatan tetapi jiran misteri mereka iaitu Korea Utara. Korea Utara ini boleh dikategori sebagai negara paling tertutup di dunia kerana mereka tidak gemar berkongsi data dan suasana di sana. Malah mereka juga miliki begitu ramai musuh terutamanya Amerika Syarikat dan Korea Selatan.
Walaupun begitu, Korea Utara miliki hubungan yang sangat baik dengan Malaysia. Semuanya bermula pada tahun 1973 apabila Korea Utara telah memulakan hubungan diplomatik dengan negara-negara membangun antaranya adalah Malaysia. Namun menjelang tahun 2004 barulah hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara bermula dengan pembukaan pejabat kedutaan di kedua-dua buah negara.
Hasil daripada hubungan diplomatik tersebut, Malaysia menjadi negara pertama yang dibenarkan melawat Korea Utara tanpa visa selama sebulan. Rakyat Malaysia juga boleh pergi terus ke Korea Utara tanpa transit di negara lain apabila Air Koryo menawarkan penerbangan dua hala dari Kuala Lumpur ke Pyongyang.
Selain itu, Malaysia dan Korea Utara turut menandatangani MOU pertukaran budaya di antara kedua-dua buah negara. Bermaksud Malaysia dan Korea Utara akan berkongsi hasil seni, warisan budaya serta buku.
Hubungan yang mesra ini juga membuatkan perdagangan antarabangsa yang berlaku antara kedua-dua negara berjalan dengan baik. Malaysia banyak membekalkan minyak, kelapa sawit dan getah kepada Korea Utara. Manakala negara itu memberikan produk besi dan keluli kepada Malaysia. Bukan itu sahaja, Malaysia telah menjadi tempat tinggal 1000 rakyat Korea Utara dan hidup bersama lebih 20,000 rakyat Korea Selatan di Ampang serta Mont Kiara.
Namun hubungan baik terjalin selama puluhan tahun itu musnah angkara satu insiden pembunuhan yang membabitkan rakyat Korea Utara berprofil tinggi di Malaysia. Kim Jong Nam yang merupakan abang kepada supreme leader Kim Jong Un telah dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Hubungan kedua-dua mula retak apabila Korea Utara meminta Malaysia memulangkan mayat Kim Jong Nam dengan kadar segera. Malaysia pula berkeras untuk menyiasat kematian tersebut dan mendapati agen saraf VX adalah punca.
Korea Utara menentang keputusan itu lantas menghalang menahan 9 orang rakyat Malaysia di sana. Malaysia bertindak balas dengan melarang rakyat Korea Utara daripada masuk ataupun keluar ke negara ini. Walau bagaimanapun rakyat Korea Utara dan Malaysia dibenarkan pulang ke negara masing-masing setelah penghantaran mayat Kim Jong Nam selesai.
Selepas peristiwa itu, hubungan antara Malaysia dan Korea Utara tampak seakan-akan mahu memulih dengan Malaysia akan kembali membuka kedutaannya di Pyongyang. Korea Utara pula masih miliki pejabat kedutaannya di Kuala Lumpur tetapi hanya dioperasikan oleh kakitangan sahaja.
Tapi semuanya berubah dengan penahanan ahli perniagaan Korea Utara iaitu Mun Chol Myong atas dakwaan pengubahan wang haram dan eksport senjata terlarang ke negaranya. Korea Utara terus respon dengan penahanan tersebut lantas meminta Malaysia memulangkan kembali rakyat. Malaysia pula telah menyerahkan dia kepada Amerika Syarikat untuk siasatan lanjut. Mun Chol Myong cuba menentang keputusan itu di mahkamah tetapi gagal.
Hal itu telah membuatkan Korea Utara berang dan beranggapan tindakan Malaysia adalah atas dasar mahu menekan program nuklear negara tersebut. Malah Korea Utara turut menyatakan Malaysia ini jahat serupa setan kerana bersekongkol dengan Amerika Syarikat. Sebagai tindak balas terakhir, Korea Utara telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Serentak dengan itu, Malaysia terus mengusir kakitangan kedutaan Korea Utara keluar daripada negara ini.
Bermula sejak itu Korea Utara menjadi sangat benci kepada Malaysia. Negara itu juga memberi amaran bahawa Malaysia akan menanggung akibat yang dahsyat atas dua peristiwa yang terjadi sebelum ini.
RUJUKAN:
Adam Leong Kok Wey. (2021, Mac 25). Why did North Korea sever diplomatic ties with Malaysia? The Diplomat. Dipetik daripada https://thediplomat.com/2021/03/why-did-north-korea-sever-diplomatic-ties-with-malaysia/
Al-Jazeera. (2021, Mac 19). N Korea to cut ties with Malaysia over US extradition ruling. Dipetik daripada https://www.aljazeera.com/news/2021/3/19/n-korea-to-cut-ties-with-malaysia-over-us-extradition-ruling
Chin, J. (2021, Mac 22). North Korea and Malaysia’s predictable diplomatic divorce.The Interpreter. Dipetik daripada https://www.lowyinstitute.org/the-interpreter/north-korea-and-malaysia-s-predictable-diplomatic-divorce
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih