Semua mesti pernah bermimpi buruk. Mungkin dalam mimpi tersebut, elok jatuh hati pada seorang perempuan. Kemudian perempuan tersebut bertukar menjadi naga.

Dan kita pun lari tak cukup tanah. Sudahlah seharian penat bekerja. Waktu balik sangkut jem di jalan raya. Sampai 10 kilometer pun makan sejam sampai rumah. Tersengguk-sengguk kepala terlelap masa tunggu lampu isyarat.

Tunggu Isyak pun kelopak mata macam kena ikat sauh kapal. Selesai solat saja, terus terbungkang. Mimpi pula bukan-bukan. Benda besar kejar-mengejar. Tetapi kaki kita macam terikat.

Jiwa mahu lari; tetapi kaki enggan.

Ada sebab kenapa perkara ini berlaku. Situasi ini sudah dikaji dalam bidang psikologi, kerana ramai ingin tahu kenapa itu ini berlaku. Dan dari sisi sains, mimpi sebegini dipanggil “anxiety dream”.

Seluruh badan berasa terkaku. Kalau boleh lari pun, lutut serupa tiada tulang.

Lembik dan lemah. Ada masanya tubuh badan menjadi lµmpµh.

Seorang pakar psikologi daripada Universiti Bern di Switzerland telah menjalankan eksperimen terperinci. Daniel Erlacher menganalisiskan aktiviti otak dalam kalangan golongan “lucid dreamers”.

Untuk pengetahuan semua, “lucid dreamers” ialah golongan yang sedar sedang bermimpi.

Bermakna mereka boleh mengenal pasti emosi sepatutnya semasa bermimpi (Nunez, 2019). Malah orang yang bermimpi kadangkala boleh menukar persekitaran dan jalan cerita mimpi (Krans, 2013).

Jadi Erlacher mengumpulkan lebih kurang 200,000 “lucid dreamers” untuk mendapat tahu pengalaman mereka.

Bayangan lucid dreamer yang bebas ke mana-mana sahaja.

Hampir semua orang ingat secara jelas yang mimpi mereka sebenarnya “slow-motion” (Desta, 2015).

Hanya segelintir yang bermimpi dalam keadaan serba pantas (dan ramai juga bermimpi seperti biasa).

Seorang pakar psikologi bernama Ian Wallace menjalankan eksperimen sendiri, dan menerima dapatan sama. Ramai memberitahu, “mimpi kami slow-motion.”

Slow-Motion Sebagai Asas

Kajian Daniel Erlacher dan Ian Wallace menerangkan punca seorang manusia tidak mampu berlari dengan baik dalam mimpi.

Tetapi ia juga menceritakan sedikit sebanyak kenapa manusia tidak boleh berlawan semasa sedang bermimpi.

Slow-motion ialah asas penting untuk memudahkan pemahaman, kerana dunia mimpi sekalipun dalam keadaan lucid tidak sama dengan alam realiti.

Orang yang tidur mungkin tidak begitu mengenali fasa-fasa keadaan mereka tidur. Sebenarnya banyak perkara yang berlaku ketika tidur. Memang betul otak berehat. Tetapi dalam keadaan rehatnya, otak masih lagi aktif.

Imbasan ketika berjaga dan dalam tidur REM.

Sebuah kajian mendapati bahawa tidur bagaikan “membersih” otak dengan cara menyingkirkan toksin yang terkumpul ketika berjaga (Makin, 2019).

Terdapat beberapa struktur dalam otak yang berfungsi ketika tidur:

  • Hipotalamus yang mempengaruhi tidur dan keadaan berjaga.
  • Batang otak pula mengawal perubahan daripada tidur dan berjaga.
  • Kelejar pineal menerima isyarat untuk mengeluarkan hormone melatonin (supay akekal tidur).

Ada banyak bahagian lagi yang memainkan peranan, semuanya membahagikan tidur kepada empat fasa. Tiga fasa pertama (Stage 1, 2 dan 3) digelar “non-REM”. Manakala fasa keempat ialah “REM sleep”.

Dalam bahagian ini, “REM” ialah “rapid-eye movement” iaitu ketika mata kerap bergerak. Fasa REM bermula selalunya 90 minit selepas mula tidur.

Kebanyakan mimpi berlaku ketika fasa ini. Dan yang paling penting sekali, otot lengan dan kaki akan lµmpµh buat sementara waktu (Davis, 2017).

Inilah sebab utama. Tubuh badan sudah lµmpµh semasa mimpi REM, yang mempengaruhi keadaan dalam mimpi juga. Maka jika diser.ang dalam mimpi, tentu sekali badan tidak mampu berlawan.

Sebenarnya mimpi REM secara semulajadi melindungi badan secara tidak langsung. Cuba bayangkan otak tengah sedap bermimpi, tubuh badan yang sedang tidur pula membuat tindak balas (apa-apa perbuatan ketika tidur).

Cuma perlindungan semulajadi ini kadangkala menjejaskan kualiti tidur. Sudahlah mimpi dipµkµl, bangun tercungap-cungap. Tambah pula, dipµkµl oleh orang yang sangat dibenci. Jadi memanglah menyakitkan hati.

Cuma kalau tengok bagaimana “lucid dreamer” bermimpi, memang menakutkan juga. Cuba bayangkan, seorang “lucid dreamer” berkongsi yang dia pernah cuba terjun bangunan (dalam mimpi). Tujuan? Untuk tengok apa rasa ma.ti (Robson, 2014).

RUJUKAN:

Davis, J. (2017, Mei 24). Everything you need to know about sleep paralysis. Medical News Today.

Krans, B. (2013, September 10). Can Lucid Dreaming Help Ease Mental Woes? Healthline.

Makin, S. (2019, November 1). Deep Sleep Gives Your Brain a Deep Clean. Scientific American.

Nunez, K. (2019, Jun 17). Lucid Dreaming: Controlling the Storyline of Your Dreams. Healthline.

Robson, D. (2014, November 25). When we dream, does time pass at a different pace? David Robson investigates. BBC.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.