Masa kecil dulu bila balik kampung sahaja, pasti dentuman meriam buluh akan menghiasi dada langit terutamanya dalam beberapa hari menjelang raya.

Dentuman meriam buluh ibarat pesta kerana kesemua kampung saling berlawanan membalas tembakan.

Tapi hari ini dentuman meriam buluh ekoran pelaksanaan Akta Bahan Letupan 1958 (Akta 207) yang mengharam mercun.

Ingin baca bagaimana Jepun cuba menjajah China dan Korea pada waktu silam? Beli buku terbaru The Patriots Kitab Tamadun Jepun di: http://bit.ly/KitabTamadunJepun

Persoalannya sekarang, kenapa kita main meriam buluh masa raya?

Sebenarnya meriam berbentuk buluh telah wujud di Kepulauan Melayu sebagai antara senjata yang akan diletakkan di kota-kota pertahanan kerajaan silam.

Keberadaan meriam di Kepulauan Melayu dipengaruhi oleh Islamisasi yang menyaksikan orang Arab telah memperkenalkan ilmu bedil kepada orang Melayu.

Bermula dari situ meriam buluh terus berevolusi menjadi meriam besi dan memainkan peranan penting dalam setiap peperangan di Kepulauan Melayu.

Dalam abad ke-19, meriam telah bertukar fungsinya daripada senjata ampuh kepada alat komunikasi paling efisien. Hal ini demikian kerana beduk yang biasanya digunakan untuk menandakan masuknya waktu solat tidak mampu mencapai jarak agak jauh.

Meriam di perkarangan masjid

Ketika itu meriam telah digunakan untuk memberi isyarat masuknya bulan Ramadan, waktu berbuka puasa dan menjelang hari raya. Dikatakan dentuman meriam tersebut boleh didengar sejauh 4 kilometer dan sangat sesuai untuk dijadikan alat komunikasi.

Jadi kalau dengar sahaja bunyi dentuman meriam, semua tahu ada dua sebab sahaja iaitu berbuka puasa dan hari raya.

Ini bukanlah omong kosong kerana apabila Sultan Abdul Rahman II Muadzam Syah sampai di Singkep Kepulauan Riau, baginda telah menitahkan kepada penduduk untuk lancaran tembakan meriam sebagai isyarat bulan Ramadan telah tiba.

Tembakan meriam itu diteruskan untuk menandakan masuknya hari-hari kebesaran umat Islam yang lain seperti Awal Muharam dan Maulidur Rasul.

Oleh sebab itu, jangan pelik andai kata anda ternampak beberapa pucuk meriam lama di masjid-masjid tua. Berkemungkinan besar, meriam tersebut telah digunakan untuk menentukan waktu berbuka dan hari raya.

Lama kelamaan, tembakan meriam semakin kurang digunakan ekoran teknologi seperti radio semakin berkembang. Jika masyarakat mahukan kepastian tentang masuknya waktu berbuka dan menjelang hari raya, mereka cuma mendengar di radio sahaja.

Ditambah pula teknologi penyiaran mula memasuki negara lantas menjadikan tembakan meriam semakin tidak relevan.

Maka dentuman meriam telah hilang sedikit demi sedikit.

Walau bagaimanapun di satu sudut yang lain, bermula dari tembakan meriam itulah orang kampung telah membikin meriam mereka sendiri untuk dijadikan alat permainan.

Meriam versi orang kampung kebanyakannya diperbuat daripada buluh dan minyak tanah sebelum bertukar kepada karbaid ekoran kekurangan akses untuk menghasilkan meriam asli.

Dengan meriam buluh inilah, penduduk kampung telah menjadikan beberapa hari menjelang raya dan malam raya sebagai medan untuk berbalas tembakan.

Namun begitu, tradisi ini tidak kekal lama kerana generasi muda tidak lagi mahu bermain meriam buluh. Tambahan pula, bermain mercun ataupun meriam buluh boleh mengakibat kecederaan serius.

Jangan risau kerana ada satu tempat dekat Malaysia yang masih mengamalkan perang meriam ketika menjelang hari raya iaitu Kampung Talang, Kuala Kangsar.

Meriam Kampung Talang

Bezanya mereka sudah tidak gunakan meriam buluh kerana sudah bertukar kepada meriam besi bagi menghasilkan bunyi lebih kurang dan jimatkan kos.

Bagi tempat lain pula, meriam buluh masih ada tetapi semakin berkurangan dan mungkin telah digantikan dengan mercun yang lebih mudah didapati.

Ingin baca mengenai sejarah Islam di India? Beli buku terbaru The Patriots, Mughal: Mutiara Islam Di India di: http://bit.ly/PraTempahMughal

Apa-apapun, keberadaan meriam buluh sebenarnya menunjukkan leluhur kita sudah terbiasa dengan meriam sejak awal kemasukan Islam lagi. Mungkin meriam buluh ini menjadi saksi bisu bahawa kita bukanlah orang yang bergantung kepada senjata pertempuran jarak dekat semata-mata.

RUJUKAN:

Hasanuddin Yusof & Zuliskandar Ramli. (2021). Budaya mewakaf pada institusi masjid dalam masyarakat Melayu sebelum abad ke-20. Jurnal Melayu, 20(2), 282-297.

Masril Mat Rodi. (2020, Mei 27). Meriam Kampung Talang: Pesta dentuman meriam besi yang direstui penduduk. Sos Cili.

Mohd Haidi Mohd Kasran, Rozeha Harun & Mohd Hairul Izwan Mohd Kasran. (2020). Meriam di Kota Melawati, Kuala Selangor. International Journal of the Malay World and Civilisation, 8(2), 19-24.

Swis Tantoro & Mohamad Imam Handoko. (2014). Perubahan tradisi permainan meriam karbit di Desa Tanjung Harapan, Kecamatan Singkep, Kabupaten Lingga, Provinsi Kepulauan Riau. Jurnal Online Mahasiswa Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, 1(1). 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply