Setiap kali berlaku kemalangan akibat pemandu mbuk, memang akan ada seruan supaya kilang ar4k ditutup.
Permintaan tersebut dibuat dengan nada marah. Kerana yang mencari nafkah mati. Manakala yang tidak bertanggungjawab pula masih dikurniakan kesempatan untuk bernafas.
Tetapi permintaan sedemikian boleh menghamburkan kesan tedung (sebuah solusi yang mengeruhkan lagi keadaan).
Dalam ekonomi, suatu barangan hanya wujud di pasaran kerana adanya permintaan.
Jika rakyat lapar, makanan akan masuk dalam pasaran. Jika rakyat dahaga, air akan masuk dalam pasaran. Jika rakyat demam, ubat akan masuk dalam pasaran. Cuba kalau haramkan penjualan makanan, air dan ubat – tentu sekali rakyat boleh mendapatkannya melalui pasaran gelap.
Itulah masalah yang menyebabkan kerajaan iktiraf rokok dan ar4k. Dan sebenarnya saranan rakyat untuk mengharamkan sedang melebarkan senyuman gerombolan kongsi gelap.
Jika kilang-kilang ar4k ditutup, permintaan ar4k masih lagi berkekalan. Malaysia mempunyai 32.7 juta rakyat – 38.7% atau 12.65 juta daripadanya bukan Islam.
Sudahlah banyak, segelintir dalam golongan Islam pun meminum ar4k juga.
Menggunakan data 2014, sebanyak 11.6% juta rakyat Malaysia meminum arak [1]. 11.6% ialah 3.79 juta orang. 23.6% daripada 3.79 juta orang ini pula meminum secara berisiko tinggi.
Bermakna inilah permintaan dalam negara, yang akan menguntungkan kongsi gelap jika kilang ditutup.
Apabila ar4k tidak dipantau, kandungannya sudah pasti merbahaya. Pihak polis pernah merampas 600 botol ar4k tiruan di Komtar [2].
Dr Dzulkefly Ahmad pula mengumumkan bahawa 21 kematian berlaku pada September 2018 angkara keracunan ar4k [3].
Mereka meminum jenama Grand Royal Whisky, Mandalay Whisky dan King Fisher yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 (senang kata ar4k tidak diluluskan).
Berdasarkan kejadian-kejadian ini, pengharaman ar4k hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Lebih ramai akan m4buk kerana kandungan yang tidak diketahui.
Kerajaan dinafikan kutipan cukai untuk membendung masalah kesihatan kerana ar4k.
Tetapi kerajaan juga perlu mengeluarkan perbelanjaan bagi merawat golongan yang sakit kerana keracunan ar4k. Dan perbelanjaan itu datang daripada tidak lain dan tidak bukan percukaian dibayar rakyat.
RUJUKAN:
[1] https://academic.oup.com/alcalc/article/49/5/593/2888127
[2] http://www.astroawani.com/video-malaysia/ker4cunan-methanol-600-botol-ar4k-tiruan-dirampas-di-komtar-473876
[3] http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ker4cunan-ar4k-21-kematian-dua-dilapor-di-luar-fasiliti-kkm-186061
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih