Hari Raya bakal menjelang tiba, dan pastinya banyak hidangan sinonim yang akan disajikan. Antaranya pastilah ketupat palas yang terkenal di Pantai Timur dan utara semenanjung. Tapi, tahukah anda yang ketupat palas ini semakin mahal harganya?
Menikmati ketupat palas bersama rendang di pagi Aidilfitri memang sesuatu yang mengujakan, namun perih untuk menghasilkan ketupat palas ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng.
Sesungguhnya, mahal harga ketupat palas itu, bukanlah terletak semata-mata kerana ketupat pulutnya yang lemak, tapi ia adalah kerana daun palas yang sangat sukar untuk diperoleh!
Ramai antara kita, khususnya golongan muda yang tidak tahu bagaimana rupa pokok palas, dan bagaimana cara daunnya diambil sebelum ia dijadikan sarung kepada ketupat. Mungkin ramai yang beranggapan ia semudah mengambil daun pisang atau daun kelapa!
Hakikatnya, pokok palas ini berada jauh di dalam hutan, yang biasanya tumbuh di sekitar kawasan berpaya. Daun palas sukar diambil kerana pokok ini mempunyai duri dan habuk yang boleh menjadikan kulit gatal.
Kebiasaannya, pencari daun palas akan masuk ke hutan melalui jalan darat atau air untuk mendapatkannya. Jika keadaan cuaca tidak mengizinkan seperti hujan lebat, maka ada kemungkinan ia tidak dapat dicari kerana keadaan jalan yang tidak baik.
Jadi, bagaimana rupa daun palas ini?
Pokok palas ini daripada keluarga Arecaceae (palm tree) yang terdapat di Malaysia secara semula jadi. Secara umumnya, terdapat 5 jenis pokok palas yang sering ditemui di Malaysia iaitu Palas Kipas (Licula grandis), Palas Duri (Licula sapinosa Roxb), Palas Bintulu (Licola bintuluensis), Palas Borneo (Licula cordata) dan juga Palas Sarawak (Licula orbicularis).
Palas kipas adalah jenis daun palas yang sering dijadikan sarung ketupat atau untuk membungkus dodol. Sebenarnya, bahagian yang diambil untuk membuat ketupat ini hanyalah bahagian pucuknya sahaja, manakala daunnya yang lebar boleh dijadikan kipas atau tempat berteduh ketika hujan.
Setiap satu pokok palas, hanya mempunyai satu pucuk sahaja. Oleh itu, kesukaran utamanya adalah untuk mendapatkan pucuk bagi setiap pokok ini dan mengumpulkannya dalam kuantiti yang banyak.
Ia akan disimpan dalam tempat yang terlindung untuk mengelakkan daun ini menjadi kering. Suatu ketika dahulu, harganya jualan untuk daun ini tidak mahal, namun kini, seiring dengan kudrat yang diperlukan untuk mencarinya, harganya menjadi sedikit tinggi.
Apa pun, inilah dia kearifan tempatan dunia Melayu yang menjadikan setiap tumbuhan di sekeliling berguna dalam pembuatan makanan. Meski sukar untuk mencarinya, namun ia masih mendatangkan rezeki bagi para pencari daun palas ini. Dan semestinya demi sebiji ketupat palas yang enak pada pagi hari raya!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih