Keris ialah senjata etnik Nusantara, yang juga dikenali sebagai Gugusan Kepulauan Melayu. Keris terawal yang dijumpai di Nusantara adalah dipercayai seawal tahun 875M. Umum kita tahu bilah keris berbengkang-bengkok.

 

Pernah tak soalan ni timbul dalam kepala korang?

 

Antara ciri paling ketara pada bilah keris adalah lok, lekuk bilah keris kelihatan macam ular berliku-liku.

 

Tapi, tak semua keris berlok. Bagaimanapun keris berlok sebenarnya ada fungsinya yang tersendiri.

 

Lok pada keris merupakan inovasi daripada bentuk asal keris yang berbentuk lurus.

 

Jika terkena tikaman keris, ia boleh menyebabkan kesan luka menjadi lebar dan tidak sekata, lalu menghasilkan kecederaan parah dan sukar sembuh.

 

Terdapat juga bilah keris yang mempunyai lurah atau longkang disepanjang bilahnya dan faktor ini juga dianggap sebagai inovasi untuk menambah bisa pada keris.

 

Bentuk begini berfungsi mengalirkan udara bersama tikaman yang menyebabkan darah tersembur keluar daripada luka tikaman itu.

 

Pengaliran darah yang tak terkawal ini akhirnya jadi punca kematian tikaman keris.

 

Tu dari segi teknikal, dari segi falsafahnya pun ada juga. Setiap lok pada keris membawa erti yang berlainan dan ada perlambangan tersendiri. Sebenarnya keris Lurus itu tetap berlok, ia dipanggil keris berlok 1.

 

Biasaannya, keris berlok melambangkan taraf si pemakai seperti Keris Lok 1 yang khas untuk tujuan khusus dan adat istiadat dan lambang Tauhid.

 

Keris lok 3 biasanya dipakai orang kebanyakan. Keris Lok 5 pula dipakai oleh Ulama’. Manakala, Keris Lok 7 dipakai oleh pembesar kanan di Istana (laksamana / panglima) dan Keris Lok 9 dipakai Raja dan pemerintah.

 

Bilangan lok yang terdapat pada keris selalunya ganjil dipadankan dengan ciri-ciri keislaman seperti 5 rukun Islam, 7 kali bilangan keliling tawaf wakaf, 13 rukun sembahyang dan 17 jumlah rakaat solat lima waktu.

 

Ada juga berpendapat yang bilangan lok keris yang ganjil menggambarkan ia tak sempurna, kerana yang sempurna itu hanyalah Allah sahaja.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Bercakap pasal keris ni, tahu tak korang yang pengkaji arkeologi Jepun pernah menjumpai sebuah keris milik Kerajaan Melayu Melaka di Okinawa! Eh siapa pulak yang pergi Okinawa ni? Selam lebih dalam bersama KITAB TAMADUN MELAYU untuk tahu jawapan pada persoalan ni!

https://bit.ly/40FLVup


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply