Agama Kristian terbentuk mengikut tatacara yang sangat kompleks. Kalau tanya orang bukan Kristian, tentu sekali mereka berpendapat “gereja” hanyalah sebuah bangunan.

Sebenarnya, tidak. Gereja adalah sebuah organisasi yang lengkap dengan panduan akidah, tindakan adab dan hierarki pendarjatan. Islam misalnya tiada hierarki, kerana agama ini menghubungkan Tuhan dan penganut melalui seorang wakil (Nabi Muhammad SAW).

Sokong perjuangan kami beri ilmu percuma dengan beli buku kami di http://bit.ly/PraTempah

Dengan erti kata lain, sesama penganut tiada darjat… dibezakan hanya dengan amal sendiri. Kristian pula sedikit berhierarki, dan salah satu jawatan dalam hierarki ini adalah rahib (nun).

Seorang wanita perlu fikir panjang jika ingin menjadi rahib. Kerana setelah mengangkat sumpah, wanita tersebut tidak boleh menjalinkan hubungan syahwat dengan sesiapa pun supaya selamanya mengabdikan diri di jalan Tuhan.

Jika tidak boleh menjalinkan hubungan, masakan boleh mereka hamil. Tetapi pada tahun 1742, seorang rahib Jerman bernama Josephine Rosenthal didapati hamil.

Josephine mengabdikan diri dalam sebuah kumpulan monastik dibawah panji Gereja Katolik. Jadi sebaik sahaja disahkan hamil, Josephine dibenci komunitinya kerana melanggar adat.

Contoh perkarangan monastik. Mereka saja boleh ada di situ.

Tetapi ada satu masalah yang besar dalam kes kehamilan ini. Mereka tidak dapat menemui siapa yang bertanggungjawab. Pertama sekali, kumpulan monastik ini terasing daripada orang ramai.

Tiada siapa nampak lelaki bersama Josephine sepanjang keberadaannya di situ.

Kedua pula, selaput dara Josephine terbukti masih ada. Tanpa lelaki dan masih dara, Josephine mendapat dua jenis reaksi daripada khalayak ramai: 1) seorang rahib yang melanggar adat dan 2) seorang rahib yang mendapat anugerah imakulasi (hamil tanpa bapa).

Semua orang tahu siapa dalam dunia ini yang lahir tanpa bapa. Penciptaan Nabi Isa al-Masih (as) adalah rahmat kepada semua.

Rahmat ini turut dipercaya umat Kristian, cuma dengan nama Jesus Christ (pbuh). Individu sama dengan tafsiran tersendiri. Apabila Josephine disahkan hamil secara imakulasi, timbul ura-ura katanya Nabi Isa (as) akan keluar daripada rahimnya.

Kisah ini menyapai telinga pengurusan, yang memindah Josephine ke sebuah tempat lebih sesuai. Selama enam bulan Josephine mengusung kandungannya ke sana sini… dijaga seorang paderi bernama Aaric yang berpendapat perisiwa ini adalah petanda baik.

Paderi Ubah Pendirian

Selepas Josephine melahirkan anak, pihak biarawan membuat sambutan yang agak meriah juga. Mana tidaknya – seorang gadis yang dirahibkan dan hidup dalam pancaindera suci tanpa menyentuh mahupun disentuh mana-mana lelaki.

Perbualan Josephine dengan lelaki pun hanyalah seorang abbot (biarawan). Tidak pasti jika biarawan ini bertanggungjawab. Tetapi sambutan ini bertukar kelam, selepas anak Josephine didapati seorang perempuan.

Josephine meninggal dunia kerana kehilangan banyak darah. Anak ini diambil para rahib dengan nama Maria Rosenthal yang dibenci puak biarawan. Mana mungkin seorang gadis dilahirkan secara imakulasi.

Sokong perjuangan kami beri ilmu percuma dengan beli buku kami di http://bit.ly/PraTempah

Semua sangka Josephine menjadi “pembawa” janin Sang Suci. Tetapi takkan mungkin Sang Suci itu adalah gadis. Jadi Aaric ingin tutup cerita, memberitahu semua yang Maria meninggal dunia.

Tetapi para rahib menentang titah Aaric. Mereka membesarkan Maria dan menyampaikan kisah seorang “anak gadis kelahiran imakulasi”. Orang ramai cukup sayang pada Maria. Bertambahlah benci pihak biarawan terhadapnya, yang menuduh “barangsiapa ikut Maria adalah sesat!” Dan Maria senang cakap membawa suara feminisme dalam landasan agama.

Usianya tidak lama. Sebelum menyambut hari lahir ke-33, Maria jatuh sakit. Lagilah para rahib tersentuh, kerana itulah usia pemergian Nabi Isa (as). Bagi biarawan, Maria mati. Bagi rahib, Maria wafat.

Rumusan ini memberi gambaran jelas, kerana ramai kemudian mula mengagung-agungkan jasad Maria sampai ke tahap menyembah pun. Tempurung kepalanya disimpan sekali muka dalam sebuah peti.

Darahnya diambil untuk simpanan. Rambutnya pun sama, dipintal sebagai azimat.

Gambar hakcipta Alex CF 2014.

Dan ada sesuatu yang menarik tentang Maria Rosenthal. Darah ini diketahui mempunyai ciri-ciri genetik yang sangat menarik. Dan genetik itu menjelaskan bagaimana Maria boleh lahir.

Ibundanya Josephine adalah seorang khunsa yang berkebolehan untuk hamil secara sendiri. Sifat khunsa ini diwarisi Maria yang dikenal pasti ketika hamil. Kedua-duanya – Josephine dan Maria – meninggal dunia selepas hamil, bermakna prosesnya itu sendiri sangat membunuh.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply