Bohonglah kalau menonton filem seram terutama berkenaan pontianak, kita akan merasa takut melihatnya menghisap darah mangsanya. Dalam kehidupan sebenar, yang serupa dengan hantu ini ialah kelawar pontianak kerana diet pemakanan darahnya. Dan saintis sudah tahu kenapa kelawar ini lebih suka darah daripada makanan-makanan lain.
Ini dicapai dengan membandingkan genom kelawar pontianak dengan 26 spesies kelawar lain. Perbandingan yang dibuat mendapati 13 gen yang hilang atau tidak berfungsi. Kesan gen yang hilang dapat dilihat pada badan kelawar pontianak, dari otak hinggalah perut dan ususnya.
Sesetengah pemadaman gen membantu mengurangkan pengeluaran insulin untuk kelawar. Ada pula bertanggungjawab mengurangkan jumlah saraf penerima kemanisan dan kepahitan sekaligus menjadikan kelawar lebih mudah menelan darah yang dihisap.
Satu contoh pemadaman gen dengan bentuk fizikal kelawar ialah bentuk perutnya persis belon air. Menurut ahli biologi kelawar Melissa Ingla, dengan perut sedemikian, ini membantu kelawar membuang seberapa banyak air daripada badan sebelum menghadam komponen selular darah yang dihisap.
Satu lagi gen hilang iaitu REP15 membantu kelawar mengekalkan zat besi dalam saluran darahnya dan tidak masuk ke dalam usus. Tanpa gen ini, zat besi akan masuk ke dalam sel sepanjang dinding usus. Tetapi ia sebenarnya sesuatu yang baik untuk kelawar kerana dapat mengeluarkan sel usus yang mempunyai jangka hayat yang pendek dan mudah digantikan dalam sistem penghadamannya menerusi tahi yang kaya dengan zat besi.
Sel otak kelawar juga beruntung kerana kehilangan gen yang dipanggil CYP39A1. Ia bertanggungjawab melupuskan hasil penghadaman kolesterol. Tanpa gen ini, kadar metabolit dalam otak kelawar boleh melonjak tinggi. Tetapi kadar metabolit tinggi menyumbang kepada peningkatan tahap memori, kemahiran sosial dan pembelajaran seperti ditunjukkan dalam eksperimen membabitkan tikus. Ini juga menjelaskan mengapa kelawar pontianak lebih cerdik daripada kelawar-kelawar lain.
Disebabkan hal ini, ia mendorong kelawar pontianak berkongsi darah yang dihisap sesamanya. Diet darah menyebabkan kelawar pontianak tidak mempunyai kapasiti tenaga yang tinggi. Jika kelawar ini tidak keluar menghisap darah dalam beberapa hari, ia boleh saja menjadi punca kematiannya.
Justeru, bagi kelawar pontianak yang keluar, ia akan berkongsi darah yang dihisap dengan memuntahkannya kepada mulut kelawar pontianak lain yang kelaparan. Kelawar yang diberi darah akan bertindak melakukan perkara sama kepada kelawar yang membantunya sekaligus membentuk hubungan persahabatan bersifat jangka panjang. Lantas, amat penting bagi kelawar pontianak mempunyai tahap memori yang tinggi.
RUJUKAN
Larson, C. (2022, 26 Mac). Scientists figure out how vampire bats got a taste for blood. Associated Press.
Tamisea, J. (2022, 25 Mac). Lost Genes Explain Vampire Bats’ Diet of Blood. Scientific American.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih