Masalah dengan filem Daulat ni simple je: jalan cerita dia tak serupa realpolitik yang cuba digambarkan.

Dalam post credit scene ada monolog ala Frank Underwood dalam House of Cards di mana watak Suri berceritakan prinsip-prinsip realpolitik:

“Hanya sang kejam yang akan mendapat takhta”

“Pemimpin yang baik akan dipijak dan dihina”

“Pemimpin kena jadi effective (berkesan)”

“Kind leaders need to learn from the ruthless”

Betul. Semua betul. Ni lah yang Machiavelli ajar. Machiavelli pun sebenarnya orang baik yang disakiti. Dia pada asalnya seorang pentadbir di Republik Florence, tapi disebabkan pemimpin Florence (Piero Soderini) terlalu lemah dan lembut, akhirnya kerajaan tumbang, Machiavelli pun kena buang dan dipenjarakan. Jadi selepas keluar penjara Machiavelli mula mengajar pasal “realpolitik” dalam mahakaryanya “The Prince” dan “Discourses on Livy”.

Tapi prinsip-prinsip ni tak ditunjukkan dalam jalan cerita Daulat pun.


Sang kejam yang akan dapat takhta. So siapa yang kejam? Hassan? Tapi Hassan last-last hilang takhta kepada Suri. Suri kejam? Tak juga. So apa yang Suri sembang tu boleh pakai ke tak.


Pemimpin yang baik akan dipijak dan dihina. So pemimpin baik mana yang kena pijak dan hina? Tun Malik? Ali? Saiful? Melissa? In fact sifat dan character watak-watak ahli politik ni sangat kabur dalam cerita. Lebih banyak masa filem fokus pada watak bukan ahli politik (Jasmine, Idrus, Nadiya) sampai dah tak nampak macam cerita politik.

Malah penceritaan tentang strategi politik pun sangat shallow. Pragmatis menang PRU dengan menggabungkan Islamis (Saiful) dan liberal (Melissa). Kalau macam tu boleh menang PRU, dah 10 tahun lebih Malaysia tukar kerajaan ooi.

Kind leaders need to learn from the ruthless. Again, siapa yang kind, siapa yang ruthless? Hassan tak ruthless, tak kejam, more kepada tipikal CEO dalam cerita drama pukul 7 yang poyo suka marah-marah orang. Benda basic macam “divide and conquer” pun kena Suri yang ajar ada hati nak jadi PM.


Kalau tonton Game of Thrones sangat jelas. Lannister yang ruthless, Stark yang kind. Ahli keluarga Stark macam Sansa perlu belajar untuk jadi ruthless supaya mengubah nasib keluarga mereka. Tapi punyalah power penulis cerita asal (G.R.R. Martin) dan penulis skrip, jahat-jahat macam Lannister pun kita boleh bersimpati dengan Lannister semasa Battle of the Blackwater. Sebab dalam dunia realpolitik, tak ada hero dan villain, tak ada hitam dan putih.

Of course tak adil nak expect Daulat boleh capai standard House of Cards atau Game of Thrones. Lagi pun filem tak boleh dibandingkan dengan TV series. Tapi sekurang-kurangnya berikan fokus kepada design watak.

Contoh macam Suri. Apa background dia? Kenapa dia nak game Hassan? Adakah dia rancang dari awal? Apa plan dia untuk kekal berkuasa selepas dapat jawatan PM? Benda-benda semua tu tak dijelaskan.

Sebaliknya jalan cerita terlalu try hard nak impress penonton dengan buat analogi senario politik Malaysia. Tun Malik tu TDM, Ali tu DSAI, MUNA tu UMNO, MUNA + HM = MN. Nak buat analogi tapi pelakon sendiri tak menjiwai roh tokoh yang cuba digambarkan, malah nampaknya penulis skrip pun tak faham “realpolitik” antara tokoh-tokoh dan parti ni. Akhirnya artistic freedom pun kena compromised sekali.


Tak perlu try hard, just tell a good story with a good character. Nak sentuh pun boleh, tapi kena ada fokus. Macam cerita “Vice” yang dibintangi oleh Christian Bale sebagai Dick Cheney, bekas naib presiden US pada zaman George W. Bush. Watak Bush, Rumsfeld, Powell semua ada. Tapi dia fokus kepada Cheney: macam mana datangnya nafsu kuasa Cheney, macam mana dia step by step grab power, semua dijelaskan tak macam Suri yang ceritanya tergantung.

Dalam Vice pun ada monolog break the fourth wall di penghujung, tapi lagi real dan powerful. Tak caya tonton sendiri. Time-time PKP ni aku syorkan korang cari filem tu.

But Daulat? 3/10.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.