Siapa ingat lagi? Peminat K-Drama mesti tahu pasal cerita ni.
Joseon Exorcist baru je ditayang 2 episod. 80% daripada drama ni dah siap dah. $28.3 juta hangus macam tu je sebab diorang henti tayang drama ni.
Kenapa? Apa sebenarnya yang berlaku sampai drama fiksyen sejarah ni kena kecam teruk dengan orang-orang Korea sendiri?
Drama ni berlatar masa sekitar awal Dinasti Joseon. Tapi yang anehnya drama ni banyak tunjuk budaya-budaya Cina. Macam mana la orang-orang Korea boleh duduk diam kalau macam ni?
Contohnya, dalam Istana Joseon sendiri ditunjukkan makanan yang dihidangkan ialah makanan Cina seperti ladu Cina, kuih bulan dan telur abad yang jarang dilihat di Korea masa zaman tu.
Tak lama sebelum drama ni keluar, Menteri Luar Negeri China pernah claim Kimchi berasal dari makanan China bernama Pao Chai.
Itu satu isu. Satu lagi isu, dukun dalam drama ni berbusana Cina dan tak berpakaian “munyeo” seperti yang sepatutnya pada zaman itu.
Malah, pedang Raja Joseon sendiri dalam drama ni diambil dari pedang budaya Cina. Orang Korea memang tak terima la drama ni. Ini yang dikatakan pembelokan sejarah.
Kenapa orang Korea marah sangat, ini kan drama je?
Misalnya drama ni ditayangkan diluar negara atau ditonton anak-anak kecil dari Korea sendiri, pastinya diorang anggap “orang Korea dulu macam ni eh?”
Kalau yang tak tau Korea langsung, pasti ada yang anggap “orang Korea dengan Cina sama je rupanya.” Padahal budaya Korea dengan Cina tu memang jelas berbeza sama sekali.
Terus diboikot drama ni, sponsor-sponsor drama ni pun di boikot sekali. Memang gila dia punya impak.
“Drama je pun, bukannya dokumentari, kan ada kebebasan kreativiti.”
Itu tak tertakluk untuk Korea, diorang sangat takut kalau orang-orang seluruh dunia ni salah faham dengan budaya Korea sendiri.
Produksi drama ni kena celaan yang amat dahsyat dari rakyat Korea Selatan sebab tak membuat kajian dan rujukan yang sewajarnya.
Lebih-lebih lagi kerana drama berunsur sejarah ni terima duit geran dari kerajaan korea.
Krew produksi drama ni dituduh membazirkan wang rakyat bila perkara ini berlaku.
Sampai ke tahap ahli-ahli krew produksi terpaksa tutup dan padam media sosial mereka buat seketika kerana kecaman rakyat.
Jangan sebut salah prop ni benda ringan. Yang ada tu sikap ambil ringan. Isu asalnya bukan ringan.
Oleh: Azizul Farhan
___
Minat nak mendalami sejarah dan budaya Korea seperti Perang Korea? Dapatkan KITAB TAMADUN KOREA segera!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply