Selepas kekalahan teruk walaupun dengan bantuan Liga Arab, warga tempatan menubuhkan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sebagai usaha ke arah kemerdekaan. Apa yang berlaku pada tahun 1967 amat mengejutkan Liga Arab.

Apabila Jordan kehilangan Tebing Barat, pihak PLO terpaksa berteduh di Karameh yang terletak sejam daripada Amman. Dari segi undang-undang, Jordan tidak mampu menghalang.

Kerana sejak tahun 1950 lagi, Jordan telah mengurniakan hak kerakyatan untuk semua warga Arab dari Tebing Barat (Korany & Hilal Dessouki, 2019).

Hak kerakyatan turut membawa hak kesamarataan dalam akses ekonomi dan penyertaan politik kerana banyak kerusi parlimen ada di Tebing Barat (Butenschon, et al., 2000).

Raja Hussein pula bukan seperti datuknya, Raja Abdullah yang mengambil Tebing Barat semasa berper.ang dengan Israel pada tahun 1948. Ketika berusia 15 tahun, Hussein melihat datuknya ditem.bak seorang warga Palestin bernama Mustafa Shukri Ashu.

Raja Abdullah (kiri)

Abdullah mang.kat di situ juga, matanya kuyu melihat langit di atas Masjid al-Aqsa pada hari Jumaat itu. Dua tahun kemudian, Hussein dimasyhurkan sebagai Raja Jordan. Namun pihak PLO tidak menghormati kepimpinan Hussein, apatah lagi kedaulatan Jordan.

Mereka beroperasi sebagai “kerajaan negara” dalam negara Jordan, yang sepatutnya Palestin hanyalah “kerajaan negeri” di Tebing Barat sahaja.

Kehilangan Tebing Barat memang menya.kitkan, dari segi politik dan ekonomi. 40 peratus daripada pendapatan Jordan dijana daripada sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan Tebing Barat (Shlaim., 2009).

Perbandingan Sebelum Selepas.

Sudahlah hilang, Jordan terpaksa menerima 200,000 warga Palestin yang lari mendapatkan perlindungan. Dan PLO masih mengikut pemikiran lama: “kerajaan negara” dalam negara… cuma berpusat di Karameh, bukan lagi Tebing Barat.

Pengaruh Daripada Karameh

Pada 18 Mac 1968, Fatah telah mengeb.om sebuah bas sekolah di Be’er Ora. Tiga hari kemudian, Israel membalas dengan ser.angan di Karameh. Yang menanggung pula ialah Jordan, kehilangan sekitar 84 anggota ten.tera.

Dari segi taktikal, Israel menang di Karameh. Namun Israel gagal mencapai objektif utama, iaitu menangkap Yasser Arafat. Sudahlah gagal, Israel mengalami kerugian anggota dan aset yang agak besar (Hertsog, 2005).

Kerugian Israel dianggap sebuah kemenangan untuk Arab. Pengaruh PLO melonjak tinggi, mungkin kerana Hussein berdiam diri (jadi orang nampak Palestin sebagai pemenang, bukan Jordan).

Namun operasi Karameh mendidik PLO yang bandar itu terlalu dekat dengan sempadan Tebing Barat. Jadi mereka berpindah ke kawasan pergunungan pula. Angka anggota Palestin pun meningkat sejak kemenangan psikologi ini.

Lokasi Karameh

Jadi Israel meneruskan ser.angan terhadap PLO, yang turut memberi kesan pada warga Jordan. Negara-negara Arab yang lain mengenakan cukai lima peratus pada pekerja-pekerja Palestin (untuk menyumbang demi perjµ.angan pembebasan Palestin).

Dengan anggota dan dana, Fatah semakin kuat dalam PLO di Jordan dan kemudian Mesir (Shoup, 2007).

Arafat mula berdepan dengan masalah pernah dihadapi David Ben-Gurion (dengan Irgun) dulu. Seorang pemimpin takkan mungkin boleh menjaga semua kumpulan bersen.jata yang timbul daripada peper.angan. Pada November 1968, kumplan al-Nasr telah menyer.ang polis Jordan (Kamal, 1998).

Apabila Jordan membalas, warga Palestin mula berasa teran.cam walaupun mereka bukan penyokong al-Nasr. Raja Hussein cuba menenangkan keadaan dengan Palestin dengan Perjanjian Tujuh Perkara. Pihak PLO hanya diminta supaya:

  1. Jangan bersen.jata di kawasan bandar.
  2. Jangan sesekali memeriksa kenderaan awam (macam polis).
  3. Jangan bersaing dengan angkatan Jordan untuk rekrut.
  4. Sentiasa membawa kad pengenalan Jordan.
  5. Sentiasa memasang nombor pendaftaran Jordan pada kereta.
  6. Sentiasa patuh undang-undang Jordan.
  7. Selesaikan sebarang masalah melalui majlis rasmi.

Tujuh permintaan ini jelas menunjukkan yang Jordan sedia menerima warga Arab Palestin. Disiplin dalam kalangan PLO walau bagaimanapun menyebabkan masalah berlarutan. Dalam kalangan mereka sudah mula mengesyaki Hussein, hanya kerana bertemu dengan Richard Nixon di Amerika Syarikat.

Kepimpinan Arafat dalam PLO tidak dapat menangani kebangkitan arus komunisme daripada dua barisan pembebasan iaitu PFLP dan DFLP. Ketua dua unit ini – George Habash dan Nayef Hawatmeh – sudah mula bersuara yang Raja Hussein mesti digulingkan (Ensalaco, 2012).

PFLP Hari Ini
DFLP.

Selain daripada PFLP dan DFLP, as-Saika dan ALF siap menuduh Hussein macam-macam: “boneka Barat” dan “alat Zionis”. Tidak lama kemudian, ahli-ahli PLO percaya: “jalan ke Tel Aviv bermula dari Amman.”

Dilema Besar

Raja Hussein mesti berbuat sesuatu. Bukan mudah sebenarnya. Kalau halau PLO, baginda perlu menjauhi diri daripada Palestin (dan Dunia Arab). Kalau jaga PLO, baginda akan dibenci rakyat sendiri. Angkatan ten.tera baginda pun sudah mula bersuara.

Jadi baginda pun mengatur langkah: jumpa Gamal Abdel Nasser, seorang pemimpin Arab yang sangat popular di Timur Tengah.

Gamal Abdel Nasser

Setelah berbincang, Nasser bersetuju yang PLO mesti diajar. Dan Hussein kembali untuk menguatkuasakan Perintah Sepuluh Perkara (Tujuh Perkara yang ditambah tiga perkara).

Tetapi PLO enggan mendengar kata, masih dengan cara sendiri sampai hampir berlaku peper.angan dengan Israel (kerana PLO menyer.ang Beit Shean). Semasa musim panas 1970, PLO menabur provo.kasi terhadap Jordan.

Seorang komander bernama Sharif Shaker hilang sabar dan sudah menger.ahkan Divisyen Berperisai Ketiga tanpa izin. Kalau bukan kerana pujukan Hussein, entah apa akan jadi hari itu. Pada 7 Jun, sebuah pertem.pµran antara Jordan dan PLO berlaku di Zarqa.

PLO turut menyer.ang pejabat perisikan Jordan. Apabila Hussein pergi melawat pejabat ini, sebuah unit sudah tunggu untuk membµnµh baginda.

Barisan penasihat kerajaan sekarang perlu pilih: 1) selesaikan PLO atau 2) bawa bertenang tetapi ramai akan ma.ti. Setakat ini dijangka 300 orang sudah ma.ti. Arafat pun cuba mengawal keadaan, tetapi gagal kerana PFLP takkan patuh pada Hussein.

PFLP menyer.bµ dua buah hotel di Amman dengan beberapa tuntutan. Hussein masih melayan tuntutan mereka, iaitu menukar ketua-ketua jeneral Jordan dan meletakkan enam menteri Palestin dalam kerajaannya.

Raja Penyabar Menjadi Singa

Yasser Arafat tidak bersetuju dengan tindakan unit-unit PLO. PFLP dan DFLP berkali-kali diminta jaga batasan. Kerana Raja Jordan mampu buat apa saja dengan kuasa yang ada. Tetapi mereka tidak endah langsung: Hussein akhirnya diser.ang pada 1 September 1970. Kerajaan Jordan bertem.pµr habis di Amman hingga 6 September, apabila PFLP mula meram.pas tiga pesawat penumpang.

Kegiatan melampau ini buat selamanya mengikat gelaran “pengga.nas” terhadap PLO, dan PFLP mewajarkan tindakan mereka dengan hujah “baru dunia nampak masalah kami.” Betapa marah Arafat sepanjang minggu itu.

Beliau berpendapat PFLP telah mengeruhkan imej Palestin di mata dunia tetapi tidak dapat mengecam tindakan mereka untuk menjaga persepsi Arab (Kamal, 1998).

Dalam sebuah sidang tergem.par, Hussein mengumpulkan semua pembesar dalam kalangan angkatan ten.teranya. Sebulat suara mereka bercadang untuk menghalau PLO daripada bandar-bandar utama.

Lalu Hussein membubarkan kerajaan untuk melantik seorang warga Palestin bernama Muhammad Daoud sebagai ketua kerajaan dar.urat. Seorang pembesar ten.tera (yang pro-Palestin) bertanya, “apa keputusan yang paling berat untuk tuanku?” Dan Hussein membalas, “keputusan untuk mengambil balik ibu negara beta.” (Shlaim, 2009).

Antara 17-27 September, Jordan dan PLO berper.ang bagai gila dengan kereta kebal dan arti.leri daripada kedua-dua pihak. Negara-negara Arab bising minta Hussein berhenti.

Syria menghantar sebuah angkatan ke Irbid yang PLO kata untuk membebaskan kota Jordan ini. Iraq masih menyimpan 17,000 anggota dalam Jordan, yang Hussein risau jika mereka berpihak kepada Palestin.

Sangat risau, Hussein menghubungi Richard Nixon pada jam 3 pagi (CNN, 2007). Dan Nixon meletakkan sebuah angkatan besar di tebing Israel, bersedia untuk membantu.

Hussein mengisytiharkan per.ang terhadap Syria pada 22 September. Tetapi peper.angan ini tidak berpanjangan, kerana ramp.asan kuasa dilaksanakan Hafez al-Assad.

Manakala Iraq pula enggan masuk campur, kerana khuatir dengan aktiviti Parti Ba’ath (senang kata, puak Saddam Hussein) di dalam. Selepas berjaya menghalau saki-baki angkatan Syria, pihaK Jordan menumpukan perhatian pada PLO di seluruh negara

Media Arab mula memfitnah yang Hussein sedang menyem.belih warga Palestin. Mungkin Liga Arab tidak suka melihat bantuan Barat yang bantu mengukuhkan Jordan. Ataupun mereka ada muslihat lain jika PLO menang. Apa-apa pun, Hussein mengalami masalah besar pada bulan September itu. Ketua kerajaan (Daoud) sendiri lari ke Libya atas tek.anan daripada Muammar Gaddafi. Sekelip mata, Hussein menjadi raja yang dibenci di seluruh Arab. Dalam sebuah persidangan di Mesir, teruk Hussein kena ekoran ucapan Arafat.

Tetapi Arafat menandatangani sebuah persetujuan bersama Hussein atas usaha Gamal Abdel Nasser yang meninggal dunia akibat ser.angan jantung esoknya.

Jumlah hadirin yang mengiringi jen.azah Nasser.

Hussein melantik seorang warga Palestin untuk menjadi Perdana Menteri supaya dapat merawat lµ.ka.

RUJUKAN:

Butenschon, N.A., et al. (2000). Citizenship and the State in the Middle East: Approaches and Applications. Syracuse University Press.

CNN. (2007, November 28). Jordan asked Nixon to (ditapiskan) Syria, declassified papers show.

Ensalaco, M. (2012). Middle Eastern (ditapiskan): From Black September to September 11. University of Pennsylvania Press. Halaman 14.

Hertsog, C. (2005). The Arab-Israeli (ditapiskan). Halaman 205.

Kamal, S. (1998). The Modern History of Jordan. Tauris. Halaman 230-236.

Korany, B., & Hilal Dessouki, A.E. (2019). The Foreign Policies of Arab States: The Challenge of Change. Routledge. Bab 7.

Shlaim, A. (2009). Lion of Jordan: The Life of King Hussein in (ditapiskan) and Peace. Vintage Books. Halaman 243-255, 325.

Shoup, J.A. (2007). Culture and Customs of Jordan. Greenwood Publishing. Halaman 24.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.