Jepun mempunyai nilai kesedaran tinggi tentang keselamatan awam. Berabad kerajaan Jepun merakam kejadian gempa bumi dan tsunami. Sampai tahun 684 mereka catat, semata-mata untuk menjaga keselamatan agar setiap generasi ingat. Zaman dulu memang mustahil untuk faham pasal gempa bumi.

Kemajuan teknologi akhirnya mendidik rakyat Jepun bahawa gempa bumi berlaku atas sebab-sebab tertentu. Bukan semata-mata kerana mυrkα Tuhan misalnya. Memahami pemboleh ubah yang menyebabkan gempa bumi bantu kerajaan Jepun bersedia menangani sebelum krisis berlaku.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Minggu lalu, Jepun digegarkan gempa bumi yang membυηυh empat orang (Associated Press, 2022). Angka kemαtian sedikit menampakkan macam gempa kecil. Gempa yang berlaku sebenarnya bermagnitud 7.4 skala Richter, sangat besar sampai dua juta rumah bergelap kerana bekalan elektrik terpυtυs.

Tidak wajar untuk mengkritik kerajaan Jepun, kerana gempa 7.4 SR memang teruk. Lagi 0.6+, memang akan diisytihar “Great Earthquake”. Untuk kategori 7.4 SR, semua orang yang berada dalam lingkungan 250 kilometer daripada titik punca akan rasa gegarannya.

Memahami Punca Di Sebalik Lumrah Alam

Bercakap pasal Jepun, mesti terkenang balik pasal kejadian yang berlaku di Tohoku pada tahun 2011. Siapa sangka krisis nuklear sedahsyat Chernobyl yang terletak di Pripyat, Ukraine, boleh berlaku semula – pada sebuah kuasa ekonomi yang mewarnai Group of Seven. Kos untuk mengurus krisis angkara Fukushima Daiichi mencecah AS$202.5 bilion (Hornyak, 2018).

Tujuh gempa mencecah 7.0 SR berlaku selepas kejadian ini. Bermakna Jepun sentiasa mengalami gempa bumi, disebabkan kedudukan negara yang terletak di sebuah zon dipanggil Ring of Fire atau Girdle of Fire. Dalam bahasa saintifik, bunyinya lebih rasmi (dan tepat) iaitu Circum-Pacific Belt.

Kawasan ini sangat besar sebenarnya, lebih kurang 40,000 kilometer panjang dan 500 kilometer lebar.

Gambaran Lingkaran Ring of Fire yang mempengaruhi imbangan geologi.

Sarjana geologi masih berbelah bahagi tentang kemasukan Semenanjung Antarktika dan Indonesia Barat dalam Ring of Fire. Tetapi yang pasti, Jepun memang ada betul-betul di atas lingkaran ini.

Ia dinamakan sempena aktiviti gunung berapi yang sangat aktif menghamburkan kesannya dalam bentuk gegaran. Setiap kali gunung berapi berpesta, plat tektonik akan bergerak. Apabila plat ini bergerak, maka berlakulah gempa bumi. Penjelasan ini dibiar ringkas untuk pemahaman marhaen.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Apa Kena Mengena Dengan Tsunami Pula

Kita kena faham satu bahagian pada lingkaran geologi ini. Bahagian ini terletak di bawah dasar laut Lautan Pasifik. Sini ada plat tektonik Pasifik dan plat tektonik Laut Filipina. Dua plat ini akan bertembungan antara satu sama lain. Tebing plat-plat ini ibaratkan bergigi antara satu sama lain (Chow, 2016).

Memandangkan Bumi sangat besar, semua pakat lari bertempiaran mencari tempat selamat apabila “gigi plat” bergesel. Bukan setakat mengilu. Memang betul-betul lari.

Anak panah memberi gambaran apa yang berlaku.

Gempa Bumi Tohoku 2011 demikian hari bermagnitud 9.0 SR, yang menyebabkan tsunami 40.5 meter tinggi. Puncanya adalah kerana batu di bawah dasar laut tiba-tiba bergerak secara mengejut.

Ini kalau 10 meter tau.

Pergerakan ini berlaku di bahagian laut yang dalam (seperti lima kilometer misalnya). Air yang sangat banyak ibaratkan berkocak sampai menjadi ombak membυηυh.

Atas sebab inilah Jepun senantiasa berwaspada pada “amarah laut”. Rakyat tidak pernah lupa pasal gempa bumi dan tsunami. Ada yang keluar negara kerana tidak tahan dengan masalah gempa bumi dan tsunami (Nana & Iori, 2019).

RUJUKAN:

Associated Press. (2022, Mac 17). Powerful Japan earthquake (ditapiskan) off coast of Fukushima, (ditapiskan) four. The Guardian.

Chow, D. (2016, April 16). Why Do So Many Earthquakes (ditapiskan) Japan? Live Science.

Hornyak, T. (2018, Mac 9). Clearing the Radioactive Rubble Heap That Was Fukushima Daiichi 7 Years On. Scientific American.

Nana, O., & Iori, H. (2019). Silent Exits: (ditapiskan) and Post-3.11 Skilled Migration from Japan to Australia. Social Science Japan Journal. 22 (1): 109-125.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply