Korang perasan tak, kebanyakkan masakan Jepun tidak menggunakan daging terutamanya lembu. Orang Jepun ni lagi suka guna hidupan laut seperti ikan untuk buat lauk.
Kenapa boleh jadi macam gitu?
Dulu orang Jepun ni tidak dibenarkan makan daging mamalia seperti lembu, rusa dan babi setelah agama Buddha memasuki negara itu.
Dari situlah Maharaja Tenmu keluarkan titah untuk mengharamkan orang Jepun makan daging bermula tahun 675 A.D.
Kalau berdegil juga, hukum berat akan menanti. Bagi masyarakat Jepun zaman tu, tak jadi masalah pun sebab deme lagi suka makanan laut seperti kerapu dan siakap. Ye lah kerapu dan siakap senang nak cari. Lembu pula kena ternak, bagi makan dan nak sembelih lagi memang susah.
Dah lah negara deme ni bergunung-ganang, bela lembu nanti menyusahkan orang je sebab akan berlanggar dengan kereta kuda vtec. Baik guna lembu untuk membajak sawah.
Walaupun daging diharamkan, golongan T20 dekat Jepun tu makan je tapi deme bagi alasan. Kononnya T20 ni makan daging atas faktor perubatan, padahal deme tak nak B40 bising.
Paling pelik sekali adalah orang Jepun anggap minum susu lembu ni macam kita minum darah lembu. Pedagang Portugis yang datang Jepun pun sampai naik pening kepala deme kena tegur macam gitu.
Jadi sampai bila orang Jepun tak boleh makan daging?
Lepas 1200 tahun, barulah Maharaja Meiji memansuhkan larangan memakan daging. Sejak itu orang Jepun mula menyerap masakan berasaskan daging dari Korea, China dan Eropah ke dalam masakan deme. Akhirnya dapat juga deme menikmati daging seperti bangsa lain.
Nak tahu lagi banyak tentang Jepun, ni buku yang sesuai untuk korang. KITAB TAMADUN JEPUN dah ada kat Shopee sekarang. Cepat beli sebab ada promosi sempena sales 11.11. Boleh beli di https://bit.ly/KTJepun
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih