Sains merupakan bidang yang ilmunya boleh diteliti untuk tujuan persetujuan atau perdebatan. Jika dapatannya konsisten, maka sarjana mencapai persetujuan.

Namun kerap kali sarjana yang berbeza pandangan akan berdebat. Perdebatan ini pula adalah untuk mengenal pasti kebenaran di sebalik dua (atau banyak) fakta.

Dan ia tidak semestinya tertakluk pada sains perubatan semata-mata. Sekarang ini ada perdebatan hangat berkaitan sains arkeologi melibatkan sebuah rangka mumia.

Pihak Universiti Warsaw pada tahun 2015 menubuhkan sebuah kumpulan pakar arkeologi.

Projek Mumia Warsaw pada April tahun lalu mengumumkan penemuan rangka mumia yang didapati hamil.

Rangka ini diberi nama The Mysterious Lady, yang dikebumikan sekitar 200 S.M. hingga 100 S.M. dalam sebuah keranda sebelum ini disangka milik paderi Mesir Purba (Saplakoglu, 2021).

The Mysterious Lady (bawah) dengan kerandanya (di atas).

Walau bagaimanapun, bukan semua pihak dalam bidang ini bersetuju dengan dapatan Projek Mumia Warsaw.

Kerana dapatan bahawa rangka mumia “menjerukkan” janin dalam rahim bagaikan telur dalam tempoh beberapa abad sebenarnya masih belum berlandaskan fakta saintifik.

Dan Projek Mumia Warsaw pula tidak berdiam diri sementara ada pihak menyergah dapatan mereka. Katanya rahim ibu ini menjadi berasid kerana proses mumiafikasi.

Dapatan Satu Pihak

Janin dalam rahim the Mysterious Lady dipercayai berusia 28 minggu dalam kandungan. Bermakna ada sesuatu yang menyebabkan kematian ibu tersebut.

The Mysterious Lady diimbas untuk tujuan penyelidikan.

Atas tujuan tertentu, the Mysterious Lady dimumiakan sebelum majlis pengebumian. Dan bahan digunakan menyebabkan janin menjadi “mineral” dalam bentuk tisu (gumpalan sel).

Hipotesis pihak Projek Mumia Warsaw sebenarnya berlandaskan fakta “asidifikasi” dalam proses pereputan mayat. Tanpa oksigen, rangka menjadi medan tindak balas kimia yang menghasilkan sebatian asid.

Tambah pula rangka the Mysterious Lady direndam (atau disapu begitu banyak)  dalam campuran natron. Sekadar pengetahuan, Tamadun Mesir Purba menggunakan natron sebagai garam yang melancarkan proses mumiafikasi.

Apabila natron digunakan, bahagian rahim the Mysterious Lady menjadi seolah-olah macam kulit telur. Tulang lembut janin tersebut kemudian terhakis akibat faktor asid. Maka tinggallah tisu-tisu lembut sahaja.

Titik Perseteruan Pendapat

Kehilangan tulang merupakan penjelasan pada Sahar Saleem, seorang profesor yang pakar dalam bidang mumia. Beliau bersuara tentang faktor ketiadaan tulang sebagai bahan bukti bahawa the Mysterious Lady hamil.

Dan dengan penjelasan “telur” ini sekalipun, Saleem masih berskeptikal atas hujah sama. Bagi Saleem, faktor asid sepatutnya akan merosakkan tulang rangka the Mysterious Lady, yang takkan mungkin terawet dengan baik (Baker, 2022).

Bagi Saleem, objek dalam rahim the Mysterious Lady adalah barangan digunakan untuk mengawet mumia. Selalunya rangka mumia akan dilubangkan. Dan bahan pengawet mesti disimpan bagaikan bekalan untuk alam seterusnya.

Ada yang cakap janin; ada yang cakap bahan pengawet.

Tetapi pihak Projek Mumia Warsaw berpendapat pemikiran Saleem terlalu ketat dengan keperluan tulang… tanpa membuka fikiran pada penemuan terbaru yang tidak semestinya mengikut piawaian dan pengetahuan sedia ada.

Buat masa sekarang, kedua-dua pihak mengaku diri benar. Jadi saintis perlu bekerja lebih keras dan mencari mumia-mumia lain.

Jika ada yang hamil, tentu sekali dapatan mereka akan konsisten dengan teori Projek Mumia Warsaw mengenai the Mysterious Lady. Sebarang konsistensi dari segi dapatan boleh membetulkan keadaan dan tunjuk pihak mana yang benar.

Namun buat masa sekarang, kedua-dua pendapat menunjukkan asas ilmu yang sangat baik bagi memahami kebudayaan Mesir Purba.

RUJUKAN:

Baker, H. (2022, January 27). Fetus inside Egyptian mummy was ‘pickled like an egg’, researchers say.

Saplakoglu, Y. (2021, Mei 1). First-known pregnant mummy discovered. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply