Aku baru jer habis binge Itaewon Class dalam sehari dua ni. Dan betapa aku merasakan kisahnya sangat dekat dengan aku sebab kisah pengasas pub dalam cerita ni menghampiri kisah kami kat The Patriots
Watak utama dia Park Saeroyi seorang yang memiliki passion untuk bangunkan pub dia. Dia berhasrat untuk naikkan pub dia jadi pub nombor 1 Korea dan francaiskan brand dia. Tapi masalahnya si Saeyori ni dia seorang yang terlalu idealis dan tak ada pengetahuan dalam industri pub Korea. Yang dia ada hanyalah passion.
Perkara ni mengingatkan aku pada aku dan abang Jamalee masa 2015 dulu. Aku dengan abang Jamalee ada passion, kami ada matlamat nak jadikan Patriots Publishing yang pada waktu tu merupakan TP Press menjadi syarikat penerbitan buku yang disegani.
Kami bermula dengan menjual Kitab Tamadun Melayu. Tapi sales kami tak memberangsangkan, banyak duit keluar dari masuk. Nak buat bisnes macam mana kalau asyik rugi? Semuanya sebab kami takde pengetahuan dalam industri buku negara.
Seperti Saeyori dalam drama Korea ni, awal dia bangunkan pub dia penuh dengan kerugian semata-mata. Hanya apabila masuk seorang watak heroin cerita ni, iaitu Yiseo, yang ada kepakaran dalam industri pub Korea, barulah pub tu mula bangkit sebab ilmu yang Yiseo ada.
Situasi kami macam tu jugak. TP Press terpaksa ditidurkan untuk 2 tahun sebab tak mendatangkan untung kepada kami. Hanya apabila kemasukan Syazrul Aqram yang pernah membangunkan syarikat buku dia sendiri iaitu Terfaktab, baru semuanya berubah.
Seperti mana Yiseo telah mengubah branding pub Saeyori, begitu jugak Aqram. Dia kritik gaya persembahan buku kami, dia kritik cover buku kami, dia kritik yang kami takde housestyle kami sendiri. Aqram telah memberi nafas baru dan jugak imej housestyle PP yang kau kenal hari ni.
Kebetulan dalam drama ini, Yiseo ni seorang social media influencer yang telah promosikan pub Saeyori sehinggakan mula dikenali. Kami ada TP yang kami dah bangunkan sejak 2013 sebagai senjata marketing terhebat. Masa tu dah capai 100k pengikit. Tapi tak cukup kalau buku pertama kami datang dari penulis yang orang tak kenal. Kena ada influencer terbitkan buku dengan kami bagi orang kenal kami. Sebab semuanya risiko.
Masa tu aku rapat dengan Ayman Rashdan Wong, dan Ayman tengah naik kat FB. Ayman jugak dah dapat banyak lamaran daripada pelbagai penerbit hebat masa tu. Terus terang kami cakap, masa tu takde satu sen pun dalam poket seluar kami. Duit yang ada untuk bayar untuk operasi opis TP kat Ampang tu yang saiznya separuh dari store opis baru kami hari ni kat Wangsa Maju.
Jadi, kami memang perlukan Ayman. Sebab nak print buku, kau kena ada at least RM5000 dalam tangan, tak termasuk kos bayaran editor, designer, layout designer dan staff-staff yang lain. Kami perlukan duit asap. Ayman, selaku seorang sahabat, sanggup mempertaruhkan manuskripnya untuk kami terbitkan. Padahal dia boleh jer hantar kat syarikat penerbitan buku yang lain, tapi dia memilih kami yang setahun jagung ni.
Kami percaya Ayman jer ada nama yang cukup besar untuk pastikan yang buku yang kami jual licin dalam waktu yang sangat singkat untuk pastikan kami ada sebuah duit yang diperlukan. Jadi, apa yang kami buat untuk pastikan buku kami berjaya dicetak dan dijual tanpa kami guna satu sen pun modal?
Pertaruhan pertama kami ialah pra-tempah buku. Setahu aku waktu tu, kami orang pertama di Malaysia yang buat pra-tempah buku. Sasaran waktu nak dapatkan RM 2500 untuk bayar duit deposit printing baru buku kami dah siap cetak. Matlamat kami ialah bila pra-tempah tamat yang kami bukak 2 minggu, buku sampai ke tangan kami dan boleh kami sebarkan.
Alhamdulilah, seminggu bukak tempahan, buku habis dijual dek pengaruh social media influencer macam Ayman Rashdan Wong. Sama macam drama Korea Itaewon Class ni, Yiseo punya pengaruh di sosial media membuatkan pub tadi mencanak naik jualannya. Duit bayar printing, gaji pekerja, semua dapat dalam seminggu. Malah ada baki untuk cetak semula DTT dan print next buku kami.
Sales kami naik mencanak sebab pengaruh Ayman membolehkan kami bayar gaji designer macam Rasydan yang sanggup mempertaruhkan masa depannya bekerja dengan kami yang takde apa pun.
Ye, cover-cover cun kami, logo power kami, semuanya hasil tangan Rasydan. Rasydan ni pun masa tu baru habis belajar kat UiTM. Satu pertaruhan jugaklah sebab dia takde pengalaman dalam bidang penerbitan. Tapi pertaruhan kami berjaya sebab Rasydan ni permata sebenarnya. Hari ni dia jadi Art Director untuk Patriots Publishing.
Kami juga mampu hire beberapa orang kru untuk handle penghantaran dan customer services. Salah seorang daripadanya aku panggil Gulam. Masa tu dia ada masalah dengan teksi yang terganggu dek kemunculan Grab.
Jadi, memang macam orang mengantuk disorong bantal bila tawaran untuk dia bersama kami. Dan kerajinan dia dan dedikasinya untuk syarikat sangat hebat. Dengan motor cabuk dia tu, dia angkut lebih 1000 buku nak dihantar ke pejabat pos.
Masa tu yang jadi editor buku ni aku. Ini pengalaman aku jadi editor buku. Nak hire editor duit tak cukup. Tapi aku memang dah tulis banyak buku, jadi adalah sikit pengalaman. Alhamdulilah, suntingan buku pertama aku ni takde masalah sangat. Selebihnya ialah sejarah.
Patriots Publishing yang dulu bermula sebagai sebuah enterprise dah jadi Sendirian Berhad. PP pula ialah anak syarikat milik Patriots Holding yang lebih besar yang memayungi anak syarikat kami yang lain.
Hari ni dah ada 20 orang staff yang bekerja dengan kami. Opis kami 3-4 kali ganda lagi besar dari opis kami yang pertama macam dalam gambar. Kami ada warehouse kami sendiri yang simpan semua judul-judul buku baru kami. Kami dah ada lebih 20 judul diterbitkan. Kami dah masuk pasaran Korea Selatan dan Thailand. Buku kami ada di lebih 50 kedai buku diseluruh Malaysia.
Dalam Itaewon Class, pub tu dah membesar jadi sebuah syarikat makanan nombor satu Korea. 5 member paling asas masa penubuhan pub, yang dulu kerja diaorang jadi pelayan, cheff dan cashier dah jadi director syarikat yang membesar.
Kami tak sampai macam tu lagi. Tapi kami berimpian ke arah situ. Staff-staff dan penulis yang setia bersama kami akan memiliki saham dalam syarikat kami. Setiap orang akan mendapat ganjaran.
Tapi yang penting, tanpa pertaruhan awal kami ini, Patriots Publishing tak akan jadi sebesar hari ini. Dan betapa ianya bermula dengan kepercayaan antara satu sama lain.
Helmi Effendy,
Pengasas bersama The Patriots dan Patriots Publishing.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih