Hubungan antara United Kingdom dan Ireland hari ini jauh lebih mesra berbanding zaman dulu. Sekarang nampak jelas keakraban antara London dan Dublin, seolah-olah dua negara ini tidak pernah bersengketa satu masa dahulu.

Perdamaian ini adalah kerana kedudukan rasmi British yang sudah bukan lagi agresif seperti dulu. United Kingdom sekadar membawa diri sekarang, tanpa pengaruh imperialisme yang melonjakkan prestij sambil mencemari sejarah.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Terlalu banyak benda berlaku dulu sampai sejarah Ireland tercemar buat selamanya. Pucuk pada segala persengketaan adalah kerana agama sendiri.

Dominasi Katolik mula berdepan dengan Pembaharuan Protestanisme bermula tahun 1517. Gerakan fahaman bercambah menjadi konflik antarabangsa. Dalam pentas ini, Ireland mengimarahkan kegerejaan Katolik.

Manakala England berpegang teguh pada Gereja England. Apabila England menguasai Ireland selepas berperαng selama 74 tahun, amalan Katolik diharamkan (McGoldrick, 2012).

Elizabeth pernah diisytihar seorang sesat di sisi Katolik.

Kemenangan ini tidak membuatkan Ireland sebagai rakan kongsi dalam pengaruh England.

Status anjing bawahan menaikkan berang rakyat tempatan, yang terpaksa berdendam kerana dasar pemilikan tanah dan tetapan undang-undang tidak adil.

Dendam ini terbuku sampai British mula bersengketa dengan kuasa-kuasa Eropah lain.

Dalam setiap persengketaan, terdapat gerakan-gerakan Ireland yang mesti berpihak pada musuh. Usaha ini gagal kerana kerajaan British menubuhkan negara baru iaitu United Kingdom of Great Britain and Ireland.

Walaupun bunyinya bersatu (United Kingdom), kerajaan ini berpihak pada Protestanisme sambil menganak tirikan Katolik.

Kebuluran Ireland yang menyebabkan British dibenci.

Mereka meneruskan dasar anti-Katolik. Jadi orang tempatan di Ireland mula mendesak Catholic Emancipation, yang dipersetujui Parlimen United Kingdom.

Namun persetujuan ini tidak membawa sebarang nilai, kerana campurtangan Raja George III. Tanpa Emancipation, diskriminasi anti-Katolik diteruskan… dan segala sokongan penyatuan antara Great Britain dan Ireland ranap dalam kalangan masyarakat Ireland (Koyama, 2019).

Penyatuan Yang Menghala Perpecahan

Apabila suara Ireland mula kuat dalam parlimen, ramai dalam kalangan nasionalis tempatan bising meminta autonomi. Mereka sudi dinaungi Great Britain… asalkan kerajaan dibentuk secara sendiri.

Sistem autonomi ini tidak bertahan lama dan berakhir kerana sebuah krisis politik yang melibatkan angkatan ketenteraan. Persengketaan ini tidak menjadi sebuah peperαngan terbuka… kerana Dunia Eropah tiba-tiba terbelah selepas pembμnuhan Franz Ferdinand.

Perαng Dunia Pertama menguatkan iltizam Ireland untuk merdeka daripada cengkaman British. Rakyat Ireland tidak faham tujuan pergi berperαng demi panji United Kingdom.

Mereka mula tunjuk perasaan bermula April 1916, dan British pun terlebih bijak pergi lumatkan dengan 16,000 anggota tentera.

Seramai 260 rakyat tidak bersalah terbμnuh dalam pertembungan seminggu ini. Suara kemerdekaan mula bergema di seluruh Ireland, yang bersatu menyokong parti Sinn Fein dipimpin Eamon de Valera (Coleman, 2013).

Eamon de Valera

Sinn Fein memenangi majoriti besar dalam pilihan raya 1918. Manifesto mereka adalah untuk menubuhkan sebuah kerajaan merdeka daripada United Kingdom.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Dan menang saja, mereka mengisytihar penubuhan sebuah republik yang tidak diiktiraf British. Apabila British tidak bersetuju, memang perαnglah jawabnya.

Peperαngan ini tamat dengan kemenangan matlamat bagi pihak Ireland, yang dipimpin de Valera dan Michael Collins.

Michael Collins

Dua pemimpin ini bersengketa sebaik sahaja Ireland menewaskan British. Dan sebuah perαng saudara berlaku antara kem de Valera dan Collins.

Ireland masuk dalam fasa transitional selama 15 tahun, sepanjang masa kekal dalam naungan British sebelum merdeka sepenuhnya pada tahun 1937.

RUJUKAN:

Coleman, M. (2013). The Irish Revolution, 1916-1923. Routledge. Halaman 33.

Koyama, M. (2019, April 6). Catholic Emancipation as a Constitutional Revolution

McGoldrick, J. (2012). Presbyterian and Reformed Churches: A Global History. Reformαtion Heritage Books.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply