Siapa saja tak kenal dengan perangai penjajah Inggeris. Helah dan tipu daya mereka sering bawa bala kepada orang tempatan. Malah jika hasrat dan kepentingan mereka tidak dipenuhi, mereka tak teragak-agak untuk guna jalan kekerasan!
Itulah yang pernah dialami oleh negeri Terengganu pada abad ke-19 lalu ketika di bawah pemerintahan Sultan Umar atau Baginda Umar (1839 – 1876). Kuala Terengganu dibedil oleh kapal Inggeris, hanya semata-mata tak penuhi tuntutan mereka!
Kisah ini berlaku semasa Perang Saudara Pahang (1857-1863). Ketika itu, bekas Sultan Lingga yakni Sultan Mahmud IV Muzaffar datang dan berlindung di Terengganu di bawah jagaan Baginda Umar. Keberadaan Sultan Mahmud IV di Terengganu itu buatkan Inggeris risau.
Inggeris risau jika Sultan Mahmud IV yang akrab dengan Siam itu diangkat menjadi Sultan Pahang. Bagi Inggeris, jika terjadi perkara ini, Pahang sudah tentu akan jadi wilayah naungan Siam dan jelas akan merugikan Inggeris.
Inggeris yang tak senang duduk, lantas berusaha nak keluarkan Sultan Mahmud IV dari Terengganu. Maka Inggeris pun berhubung dengan Baginda Umar untuk selesaikan hal ini. Inggeris berkali-kali hantar surat kepada Baginda Umar untuk keluarkan Sultan Mahmud IV dari Terengganu. Tetapi Baginda Umar tolak mentah-mentah permintaan Inggeris itu.
Oleh itu, pada 6 November 1862, Inggeris hantar kolonel Macpherson untuk cari dan keluarkan Sultan Mahmud IV keluar dari Terengganu. Macpherson jumpa Baginda, lalu mohon kepada baginda untuk serahkan Sultan Mahmud IV kepada Inggeris.
Baginda Umar berdalih untuk serahkan Sultan Mahmud IV. Macpherson yang geram dengan sikap Baginda Umar itu terus ugut untuk bedil Kuala Terengganu. Macpherson bagi tempoh 24 jam kepada Baginda Umar untuk tunaikan permintaan dia.
Pada tanggal 8 dan 9 November 1862, Kapal perang Inggeris iaitu H.M.S. Scout dan H.M.S. Coquette siap berlabuh di hadapan Kuala Terengganu. Dua kapal perang ini kini dalam posisi sedia untuk laksanakan kepungan dan membedil Kuala Terengganu.
Walaupun diancam, Baginda Umar kekal tak tunduk dengan Inggeris. Maka pada 11 November 1862, kapal Inggeris mula membedil Kuala Terengganu sebanyak tiga kali. Kota di puncak Bukit Puteri menjadi sasaran utama. Kapal Inggeris menghentikan serangan seketika bagi melihat reaksi Baginda Umar, mana tahu baginda akhirnya menyerah dan sedia tunaikan permintaan Inggeris.
Namun apa yang diharapkan oleh Macpherson tak jadi kenyataan. Maka Kuala Terengganu pun dibedil lagi. Adapun, setelah dua hari dibedil, Baginda Umar akhirnya hantar surat dan nyatakan bahawa baginda kesal dengan tindakan baginda yang tidak bagi kerjasama dari awal. Baginda yang awal menyokong Sultan Mahmud IV, kini ambil sikap berkecuali.
Baginda maklumkan kepada Macpherson yang baginda tidak tahu lokasi keberadaan Sultan Mahmud IV. Barangkali Sultan Mahmud IV telah lari ke Besut. Insiden bedilan Inggeris ke atas Kuala Terengganu ini menyebabkan 20 nyawa melayang.
Setelah serangan itu, kapal-kapal Inggeris meneruskan kepungan ke atas Kuala Terengganu buat beberapa minggu sebelum beredar.
Oleh: Fakhry Harraz

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Leave A Reply