Walau bagaimanapun timbul persoalan, kenapa industri hiburan kurang menyumbang kepada KDNK negara.

Kita ambil contoh mudah, industri hiburan di India dan Korea telah menyumbang berpuluh billion dolar kepada ekonomi negara mereka.

Bayangkan, BTS sahaja mampu menyumbang 0.3 peratus untuk keluaran dalam negara kasar (KDNK) Korea Selatan. Tiadakah, mana-mana artis di Malaysia ini mampu sampai seperti mana tahap BTS?

Apa-apapun, usah meradang dahulu kerana menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), industri hiburan di Malaysia telah menyumbang 2 peratus kepada KDNK negara dan memberi sekitar 1 juta peluang pekerjaan.

Namun, industri ini adalah industri yang menyumbang paling sedikit kepada KDNK negara.

Angka 2 peratus adalah sangat kecil kerana jika kita lihat pada 2015, industri hiburan dunia telah memberikan hasil sebanyak US$509 bilion bersamaan RM2.11 trilion pada 2015 berbanding US$208 billion ketika 2002.

China, India dan Korea adalah antara negara yang menikmati pendapatan daripada industri hiburan dengan banyak.
 

Bagaimana pula dengan Malaysia, kita masih lagi menikmati keuntungan tetapi dalam skala yang sangat kecil.

Mungkin terdapat beberapa faktor yang membuatkan industri hiburan terutamanya filem dan muzik kurang berdaya saing lantas kurang mampu menyumbang kepada KDNK.

Sebelum itu, mari kita lihat demografi masyarakat Malaysia terlebih dahulu. Anggaran penduduk di Malaysia pada tahun 2019 adalah sekitar 32.6 juta orang.

Daripada 32.6 juta orang itu, 69.1 peratus mewakili bumiputera, 23 peratus mewakili kaum Cina, 6.9 peratus mewakili kaum India dan 1 peratus lain-lain.

Semua tahu seni hiburan kita berteraskan bahasa kebangsaan dan ianya hanya mampu menarik golongan bumiputera untuk menikmatinya.

Bermakna jurang perkauman dalam industri ini masih lagi tidak mampu dibuang. Jadi kita telah kehilangan 30 peratus daripada populasi Malaysia untuk menjana keuntungan melalui industri hiburan.

Seterusnya, syarikat-syarikat rakaman juga kurang mempromosikan artis tempatan untuk pasaran luar negara.

Hal ini turut diakui sendiri oleh Hassan iaitu pemain gitar utama kumpulan Babylon. Beliau berkata suatu ketika dahulu kumpulannya pernah diundang untuk bermain di festival metal antarabangsa di sebuah negara Eropoh.

Namun, ianya kurang disokong oleh syarikat rakaman hingga membuatkan peluang tersebut pergi begitu sahaja.

Walau bagaimanapun, tidak boleh dinafikan terdapat juga beberapa artis yang berjaya memasarkan dirinya ke pasaran luar negara.

Salah satunya adalah Yuna dimana beliau telah berkelana ke Amerika Syarikat untuk mengembangkan kariernya, Harinya, Yuna sedang menikmati kerjayanya apabila karya seni beliau dihargai di Amerika Syarikat.

Bukan itu sahaja, penggiat-penggiat di dalam industri hiburan juga kurang berani untuk mencabar diri pergi ke pasaran antarabangsa.

Mungkin anda semua pernah mendengar istilah legenda yang sering diberikan kepada penggiat seni otai tetapi gelaran tersebut tidak bernilai jika hanya dikenali di dalam negara sahaja.

Tidak dinafikan terdapat juga beberapa penggiat seni yang sangat dikenali terutamanya di negara-negara serantau seperti Singapura dan Indonesia.

Segala kekusutan itu akhirnya mendapat perhatian kerajaan apabila telah menubuhkan MyCreative Venture pada September 2012 untuk memacu industri hiburan Malaysia.

Tindakan ini kelihatan sama sebagaimana Korea Selatan yang memberikan banyak bantuan kepada industri hiburan negara itu sehingga terjadinya gelombang Hallyu. Hari ini kita semua tahu Kpop dan Kdrama sedang menjajah industri hiburan dunia.

Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan RM200 juta melalui Belanjawan 2012 untuk membantu meningkatkan tahap industri hiburan negara.

Ternyata bantuan itu menunjukkan hasil yang agak positif apabila begitu banyak filem berkualiti dapat dihasilkan dan mendapat sambutan daripada masyarakat.

Langkah kanan itu menjadi agak terencat sedikit dengan serangan Covid-19 yang tiada penamatnya. Boleh dikatakan pemain-pemain industri hiburan mengalami kesan paling buruk kerana ramai daripada mereka bekerja secara freelance.

Jadi kerajaan melalui Belanjawan 2021 telah memberikan bajet sebanyak RM15 juta kepada Cultural Economy Development Agency (Cendana) untuk membangunkan kembali industri hiburan negara.

Nilai itu ternyata tidak memberi kelegaan kepada pemain industri hiburan apabila mereka berangapan ianya tidak mencukupi.

Persoalannya bilakah industri hiburan akan memberikan sumbangan yang signifikan kepada KDNK Malaysia?

Mungkin kita perlu tunggu untuk jadi seperti Indonesia di mana rakyat mereka memberikan sepenuhnya sokongan kepada artis tempatan. Selepas itu barulah kita fikir untuk memasarkan filem dan muzik Malaysia ke arena antarabangsa.

Boleh baca di portal kewangan dan ekonomi, The Outlook Asia. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.