Penduduk Indonesia sekarang dah cecah 277 juta, menjadikannya antara negara paling banyak penduduk di dunia. Kalau kita buang pulau pulau Indonesia yang lain macam Sumatra dan Kalimantan, penduduk pulau Jawa masih ramai lagi sebab 151 juta orang Indonesia tu sahaja ada pada pulau Jawa. Benda ni mendatangkan persoalan. Kenapa ramai sangat orang dekat pulau Jawa?
Benda ni ada kaitan dengan geografi pulau Jawa tu sendiri. Malaysia ni terletak pada kawasan yang sangat strategik di dunia. Kita duduk pada titik laluan kapal paling sibuk di dunia, dan kita juga terlindung daripada bencana alam seperti taufan dan banjir gergasi.
Walau bagaimanapun, Tuhan ni maha Adil. Kita duduk dekat kawasan yang sangat selamat, tapi sebab takde bencana alam teruk ni, maka tanah kita tak sesubur tanah negara jiran kita. Pulau Jawa tu sentiasa diancam dengan gunung berapi dan gempa bumi, tapi sebab benda yang sama jugalah tanah diorang jadi sangat subur. Tanah gunung berapi ni tanah yang sangat berzat dan subur, campaklah apa pun pasti akan tumbuh jadi besar.
Disebabkan benda ni, orang orang di Pulau Jawa mampu hasilkan banyak sumber makanan, sekaligus membenarkan penempatan yang ramai dan hasilnya, 151 juta orang tinggal di pulau Jawa. Benda ni bukan je berlaku pada Indonesia. Kalau perasan, semua negara yang rakyat ramai semuanya negara yang terdedah pada bencana alam macam China (banjir besar), Mesir (banjir Nil) dan Jepun (gunung berapi).
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih