1. Ramai sekali rakyat India secara terang-terangan menjilat rakan Israel mereka, menyatakan sokongan kepada negara tersebut, malah menyokong pencerobohan rejim Zionis ke atas Palestin, juga semua ancaman dan konflik bersenjata melibatkan Israel. Kenapa eh? Dia cenggini;

2. Semasa Gandhi memimpin India, walaupun beliau faham isu pelarian Yahudi selepas P.era.ng Dunia Kedua, beliau pada November 1938 pernah berkata “Palestin milik Arab, sama seperti England milik Inggeris dan Perancis milik orang Perancis”.

3. Ini bermakna, walaupun Gandhi faham isu pelarian Yahudi selepas Pe.ran.g Dunia Kedua, India pimpinannya tetap undi untuk menolak Partition of British Mandate Palestine, 1947 yang membahagi-bahagikan wilayah asal Palestin menjadi penempatan Yahudi.

4. India bahkan turut mengundi untuk menolak kemasukan Israel kedalam PBB pada 1949. Ini bermakna, India ketika itu memang tidak menerima penubuhan sebuah negara Israel.

5. India mula mengiktiktiraf Israel secara tak rasmi pada 1950. Mereka memiliki pejabat konsulat hanya di Bombay pada 1953, dan bukan di New Delhi. Kerajaan kongress India pimpinan Nehru ketika itu lebih menghormati hubungan mereka dengan sekutu Arab mereka.

6. Namun kecenderungan ini telah mula berubah, mungkin seawal lepas bermulanya Pemisahan India 1947, dan dimarakkan lagi dengan Pe.ran.g India-Pakistan sejak 1971 dan konflik Siachen merebutkan wilayah Kashmir sejak 1984 hingga 2003.

7. Ia berlaku pada garis masa yang sama sejak Per.an.g Palestin-Israel pada 1947 dan Nakba 1948, P.era.ng Yom Kippur antara Arab dan Israel pada 1973.

Pendek kata, kedua-dua pentas konflik; Israel-Arab dan India-Pakistan muncul ketika kebangkitan gerakan Islam sekitar 70an.

8. Rakyat India mula melihat bahawa konflik mereka dengan Pakistan seakan sama dengan pembantaian Israel ke atas Palestin dan seluruh rantau Arab sejak itu. Israel seolah-olah ‘beacon of hope’, harapan bahawa mereka boleh menang mengatasi

Pakistan, sebuah negara Islam.

9. Israel-India sejak itu menjadi sekutu dalam ekonomi dan pertahanan. Ia tambah mekar bila BJP yang dipimpin Narendra Modi membentuk kerajaan. Narendra Modi menjadi Perdana Menteri sejak 2014 dengan reputasi seorang totok nasionalis Hindu, menunggang India atas dasar ‘Hindutva’.

10. Kerajaan Narendra Modi sejak itu didakwa mengagungkan konsep ‘Keulungan Hindu’ (Hindu Supremacy), ditambah dengan polisi mesra Modi dengan rakannya Donald Trump yang popular dengan slogan “Make America Great Again” nya.

11. Kemenangan Trump dalam pilihanraya presiden Amerika pada 2016 bermakna lembaran baru hubungan India-Amerika. Narendra Modi dilihat mengagumi banyak polisi Amerika, terutamanya polisi luar dan hubungannya dengan negara-negara Arab dan Islam.

12. Narendra Modi kemudian menjemput Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada 2017. Ia adalah lawatan pertama seorang PM Israel ke India, mengukuhkan mesej Modi kepada penyokongnya bahawa India cenderung untuk lebih mesra dengan Israel, sekutu rapat Amerika.

13. Donald Trump dijemput ke India selepas Modi memenangi pilihanraya 2019, dilihat mengukuhkan lagi polisi kabinet Modi. Protes ke atas Trump yang ketika itu menyekat kemasukan ramai warga dari negara-negara Islam ke Amerika membayangi lawatan singkatnya ke New Delhi pada 2020.

14. Beberapa siri keganasan antara agama, makin kerap berlaku ketika Modi mentadbir. Ia lebih buruk apabila rusuhan di Delhi pada 2020 memang diketahui didalangi oleh pimpinan BJP dan orang kanan Modi sendiri.

15. Ia didakwa s.erang.an terancang ke atas umat Islam India yang telah turun berdemonstrasi menentang CAA Pendaftar Kewarganegaraan Kebangsaan (NRC). Di bawah NRC, penduduk Islam yang gagal membuktikan ibu bapa atau datuk nenek mereka menetap di India bakal berdepan pengusiran.

16. Mahkamah kerajaan Modi juga memutuskan tapak asal Masjid Babri yang pernah diruntuhkan ekstremis Hindu di Ayodhya pada 1992 akan dibina semula kuil Hindu di atasnya.

Pada Ogos 2020, Narendra Modi sendiri merasmikan pembinaan Kuil Ram di situ. Macam bakal nasib Al Aqsa kan?

17. 2017 merupakan turning point nasionalisme dan ekstrim Hindu di India untuk tambah menyegar. Konflik India dengan Pakistan dilihat sama seperti pembantaian Israel ke atas Palestin.

Ia tampak menyuburkan keyakinan penyokong Modi untuk terus bersetia dan menyokong BJP.

18. Pakistan terus menjadi sasaran kempen pendukung nasionalisme Hindu dalam BJP. Perebutan wilayah Kashmir dirujuk sebagai pergelutan India untuk membebaskan sebuah wilayah dari pendudukan kuasa, sama macam Israel merampas tanah Palestin.

19. Selaku seteru utama, bagi India, Pakistan juga beragama Islam, dianggap sebagai sarang pengganas dan berkongsi sempadan.

Samalah macam Israel konon menghadapi ancaman dari Palestin; ada ramai orang Islam, tempat munculnya pejuang Hamas dan berkongsi sempadan yang sama.

20. Agak lucu juga kerana naratif mereka dipaksa sekalipun dari aspek budaya dan agama, mereka tidak ada persamaan langsung. Ye lah, agama Yahudi, macam Islam adalah Abrahimic yang mengamalkan monotheistic manakala Hindu pula politheistic.

21. Pemaksaan naratif sebegini tidak asing kerana mahu kekal relevan sebagai sekutu politik dan mahu tampak dijadikan mangsa keadaan. Kerana itu ramai sahaja rakyat India dilihat menyokong pembantaian Israel ke atas Palestin.

Pasal mereka boleh relate dengan diri sendiri.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.