Iblis pernah mempersoalkan Allah, kenapa dirinya dilaknat dah dihalau daripada syurga, sedangkan Adam diampunkan dan dijanjikan masuk syurga?
Jawabannya ada pada adab dan akidah.
Apabila melakukan kesalahan dan tersesat jalan, Iblis telah menyalahkan Allah.
Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (Surah Al-Hijr ayat 39)
Sedangkan bapa kita, Nabi Adam tidak pernah menyalahkan Allah di atas keterlanjuran dirinya sendiri.
Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; (Surah Al-Baqarah ayat 37)
Dari sudut keimanan, kita kena yakin bahawa qada’ dan qadar yang baik dan buruk, semuanya dari Allah. Tapi, kita tak boleh salahkan Allah jikalau berlaku takdir yang buruk. Kerana setiap makhluk mesti bertanggungjawab dengan apa yang dia lakukan.
Tak hairanlah Iblis kena laknat.
Sudahlah taknak bertaubat, siap salahkan Allah lagi dengan kata-katanya “Kerana Engkau telah jadikan aku sesat!”
Maulana Jalaluddin Rumi dalam kitab Mathnawi, bagitau yang Iblis ialah makhluk berakidah Jabbariah yang pertama dalam sejarah. Dia bertawakal dengan cara yang salah iaitu tidak bertanggungjawab atas perbuatan buruknya.
Kalau dah buat salah, kena minta maaf. Kalau tak, apa perbezaan manusia dengan Iblis? Dahlah buat hal, salahkan takdir pulak.
Jadi, kita nak ikut jejak Nabi Adam atau Iblis?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih