Memandangkan sekarang sudah memasuki fasa monsun, pernah tak anda terfikir kenapa hujan baunya seperti tanah? Mungkin anda ada terfikir, iyalah, kalau dah hujan tu menitik atas tanah mesti la debu tanah tu terapung terbang dan kita dapat bau benda tu. Walau bagaimanapun, benda ni hanya separuh betul sahaja. Ya, benar memang bau itu berpunca daripada hujan yang menitik atas tanah, tapi bukan debu itu punca baunya.

Dalam hutan, kita mempunyai haiwan haiwan yang saling melengkapi sesama sendiri demi menstabilkan ekosistem. Kita ada rumput yang menghasilkan makanan, lembu yang memakan rumput yang kemudiannya dimakan oleh harimau.

Apabila haiwan mati, mereka akan direputkan oleh haiwan pembangkai dan kulat di mana zat zat tersebut akan mengalir ke dalam tanah sebagai zat untuk pokok dan kitaran ini akan kekal berterusan selagi mana ia stabil. Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa tanah juga bersifat sebegini?

Kita memanggil perihal ini sebagai ekosistem tanah. Untuk membekalkan pokok dan tumbuh tumbuhan dengan tanah yang subur, ekosistem tanah juga perlu menjadi stabil. Namun, ekosistem tanah ni tak banyak melibatkan haiwan besar. Selalunya hanya serangga halus dan juga mikrob.

Dalam kebanyakan kes, mereka ni ialah makhluk pereput. Sebagai contoh, cacing tanah bertindak mereputkan dedaun yang jatuh dan juga mewujudkan liang liang tanah untuk akar tanah bernafas. Makhluk terpenting dalam tanah ini ialah sejenis bakteria bernama actinomycetes. Kalau tiada mereka, pokok mungkin senang mati.

Actinomycetes ni selalunya kerjanya mereputkan benda mati. Pada masa yang sama, mereka juga bertindak sebagai pembaja semula jadi bagi pokok. Zat nitrogen ni payah pokok nak dapat melainkan melalui baja. Tapi itulah, dekat hutan mana ada baja. Jadi, mereka akan bergantung pada bakteria macam actinomycetes.

Sebagaimana bakteria yang selalunya berbau, actinomycetes juga mempunyai bau tersendiri dan mereka dikenali sebagai petrikor. Bahan kimia yang dihasilkan tu bernama geosmin. Jadi, kalau ada sesetengah kian atau ubi yang ada bau tanah yang kuat, tu maknanya dia ada banyak geosmin. Semasa air hujan menitik ke atas tanah, spora spora bakteria ini akan berterbangan di udara bersama sama dengan geosmin dan inilah bau tanah yang selama ini kita hidu.

Namun, itu bukan sahaja punca bau tanah. Perasan tak kalau dekat hutan, bau tanah dia lagi wangi dan ada juga yang makin pekat? Perkara ini berpunca daripada pokok. Selalunya pokok ni mempunyai lapisan minyak di dedaun mereka dan hujan menyebabkan minyak minyak ini terampai di udara. Bergantung pada jenis pokok dan tumbuh tumbuhan, bau mereka adalah berlainan. Kalau di hutan, mungkin bau daun lebih kuat tapi di kebun, mungkin baunya lebih manis kerana banyak bunga.

Juga, kita ada satu lagi bahan terakhir dalam resepi bau hujan ini. Perasan tak kalau nak hujan kita akan bau sesuatu yang manis dan mencucuk? Itu sebenarnya bau ozon. Ozon ini bahan kimia yang berasal daripada gabungan oksigen di langit dan bertindak sebagai penapis sinaran merbahaya daripada matahari dan angkasa.

Yang pasal pemanasan global tu sebab penipisan lapisan ozon inilah. Disebabkan dia ada di langit, ozon ni boleh bercampur dengan hujan dan turun sekali sebagai penambah bau hujan yang menenangkan.

RUJUKAN:

Bear, Isabel Joy; Thomas, Richard G. (September 1965). “Petrichor and plant growth”. Nature. 207 (5005): 1415–1416. Bibcode:1965Natur.207.1415B. doi:10.1038/2071415a0.

Cooper-White, Macrina (15 January 2015). “Here’s Why Rain Has That Distinctive Smell”. The Huffington Post. Retrieved 17 January 2015.

Palermo, Elizabeth (21 June 2013). “Why Does Rain Smell Good?”. LiveScience.com. Retrieved 17 January 2015.

Yuhas, Daisy (July 18, 2012). “Storm Scents: It’s True, You Can Smell Oncoming Summer Rain: Researchers have teased out the aromas associated with a rainstorm and deciphered the olfactory messages they convey”. Scientific American. Retrieved July 20, 2012.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.