Harga minyak mentah jatuh merudum. Selepas jatuh sebanyak 10% ke $41 setong (penanda aras WTI) pada Jumaat lepas, pagi ni jatuh lagi 31% ke $28 setong. Balik ke harga tahun 2015-2016.

Punca kejatuhan ialah kegagalan perundingan antara OPEC (diketuai oleh Saudi) dan Rusia pada Jumaat lepas. Dalam berita ada lapor, tapi kebanyakan berita just copy and paste ayat Reuters tak ada ulasan detail, orang baca pun rasa blur.

OPEC ialah kumpulan negara-negara pengeluar minyak terbesar di dunia dengan market share dalam 30%. Dalam OPEC ada Saudi, UAE, Iraq, Iran, Kuwait, Venezuela dan beberapa negara Afrika lagi. Rusia pula merupakan pengeluar minyak ke-3 besar dunia selepas US (tak sangka kan) dan Saudi dengan market share dalam 12-14%.

OPEC dan Rusia mula bekerjasama sejak 2016 untuk menstabilkan harga minyak. Ikut hukum supply and demand, harga minyak akan naik apabila demand naik atau supply jatuh, harga akan turun kalau demand jatuh atau supply naik. Demand tak boleh control, tapi supply boleh. Dengan market share yang OPEC-Rusia ada, kalau mereka nak harga minyak naik, mereka just potong keluaran minyak.

Penularan COVID-19 menyebabkan demand minyak jatuh. Aktiviti ekonomi kat China (pengimport minyak terbesar dunia) slow down, orang pun kurang travel naik kapal terbang (yang perlu isi minyak). Jadi pada Khamis lepas, OPEC mencadang kepada Rusia untuk memotong supply minyak untuk naikkan harga ke $60. Semasa OPEC dan Rusia bermesyuarat, harga minyak berada pada $45-46 setong.

Tapi Rusia tak setuju. Rusia anggap harga minyak sekarang dah OK sebab bajet Rusia bersandarkan unjuran $42 setong. Gila zuhud, untung $18 pun tak nak. Saudi merajuk, maka Saudi release dia punya supply untuk turunkan harga minyak, nak tengok Rusia masih nak berlagak tak potong ke tak.

Apesal Rusia tak nak setuju in the first place? Rusia tak nak untung ke? Ke ada konflik antara Rusia dan Saudi?

Sebenarnya, “Xiang Zhuang wu jian, yi zai Pei Gong” (Google je kalau nak tau apa maksud). Rusia sebenarnya nak ambil peluang ini untuk cucuk US.

Pada 18 Februari yang lepas, US telah mengenakan sekatan ke atas syarikat minyak nasional Rusia iaitu Rosneft atas hubungan perdagangannya dengan Venezuela. US sokong ketua pembangkang kat Venezuela, Guaido untuk jatuhkan kerajaan Maduro di Venezuela, jadi Trump cuba tekan Rosneft supaya Rusia tarik sokongannya kepada Maduro, dan juga untuk tekan Maduro sampai jatuh.

So business minyak Rusia memang terjejas sebelum gelombang baru COVID lagi. Sekarang Saudi nak naikkan harga minyak, Rusia tak untung mana, sebaliknya US untung sebab US adalah pengeluar minyak terbesar dunia sekarang dengan shale oil dia. Dah lah US sekat minyak orang, sekarang tak potong supply minyak pun boleh enjoy harga yang lebih tinggi, macam mana Rusia nak setuju dengan deal macam tu.

Putin dah boleh agak Saudi akan emo kalau Rusia menolak cadangan Saudi, dan seterusnya merajuk dan push down harga minyak, kononnya nak “mati sama-sama”. Tapi kejatuhan harga minyak ini akan memberi kesan kepada US juga, walaupun kesannya tak seteruk Saudi (40% daripada GDP bergantung kepada minyak) atau Rusia (30% daripada GDP) sebab hanya 8% daripada GDP US datang daripada sektor minyak.

Tahun ni tahun election. Kejatuhan harga minyak akan menjejaskan keuntungan syarikat-syarikat shale oil yang concentrate dekat negeri-negeri Texas, West Virginia, Pennsylvania, Montana, North Dakota, Wyoming, semua negeri-negeri yang undi Trump masa tahun 2016. Syarikat minyak besar-besar macam ExxonMobil dan Chevron pun penyokong Trump dan Republican. Mau kalah Trump nanti kalau syarikat-syarikat ni merajuk.

Jadi apa yang Saudi buat sekarang memang kena dengan plan Putin. Trump tak akan biarkan harga minyak jatuh dan akan intervene supaya harga minyak kembali ke paras yang munasabah ($60 ke atas). Tapi knowing Trump, dia tak akan terus tunjuk lemah dan akan main tarik tali dulu dengan Rusia. So sementara itu tak hairan kalau harga jatuh ke bawah $20.

“Eh takkan semua benda ko nak geopolitik-kan?” Sorry, harga minyak memang sentiasa berkaitan dengan geopolitik. Kejatuhan minyak tahun 2014-2016 juga disebabkan oleh pengeluaran shale oil oleh US yang membuat supply minyak melambak dalam pasaran. Tujuannya adalah untuk menghukum Rusia yang buat hal kat Ukraine. Penarikan sekatan US ke atas Iran pada 2015 lagi membuat harga free fall ke $27 setong. Akibatnya, Saudi kena bekerjasama dengan Rusia untuk menstabilkan harga minyak (boleh baca Bab 38. “Masa Depan Petropolitics” dalam Dunia Tanpa Tembok II, saja promote).

Ini adalah good reminder kepada sesiapa yang masih menaruh harapan kepada sektor minyak. Harga minyak bukan saja tak stabil malah fluctuate ikut geopolitik. Lagi-lagi dengan adanya shale oil, rasanya minyak nak kembali ke $100 setong pun dah hampir mustahil. Negara yang bijak akan move away dari pergantungan kepada minyak sebagai sumber hasil negara.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.