Apabila tertegaknya dinasti baharu, sudah pastilah banyak perubahan yang dilakukan oleh pemerintah yang baharu. Begitu jugalah yang berlaku kepada Joseon. Raja Taejo sebagai pemerintah pertama ada alasannya sendiri kenapa baginda pilih Hanyang sebagai ibu kota yang baharu.

 

Raja Taejo memilih Hanyang (sekarang Seoul) sebagai ibu kota Joseon bukanlah semata-mta kerana kedudukan geografinya. Tapi baginda mengambil kira banyak perkara. Terutamanya kerana prinsip fengshui.

 

Dari sudut fengshui, Hanyang terletak betul-betul di tengah Semenanjung Korea, yang memudahkannya diakses melalui Sungai Hangang, yang menaglir terus ke bahagian tengah. Kawasan Sungai Hangang menjadi tumpuan rakyat Joseon dan melakukan aktiviti ekonomi di sekitarnya.

 

Raja Taejo telah mengarahkan pembinaan  Istana Gyeongbokgung dan kuil Jongmyo, serta jalan raya dan pasar di Hanyang. Hanyang dibangunkan mengikut  tradisi Korea kuno, prinsip geomantik dan ideologi Confucian. Dengan perpindahan ibu kota diraja, perkarangan istana untuk raja telah dibina bersebelahan dengan tembok kota awal yang diperbuat daripada tanah mampat.

 

Pembinaan Istana Gyeongbokgung di kaki Gunung Baegaksan, Kuil Leluhur Diraja Jongmyo di timur, dan Altar Sajik di barat mengubah Hanyang menjadi ibu kota yang sebenar. Di hadapan Istana Gyeongbokgung terdapat bangunan untuk Enam Kementerian dan pejabat kerajaan utama yang lain.

 

Sijeon (Kedai Berlesen), didirikan di sepanjang jalan utama yang menghubungkan timur dan barat. Disebabkan inilah Hanyang menjadi sangat terkenal sebagai pusat negara pada tahun-tahun berikutnya.

 

Hanyang menyaksikan banyak fasa keindahan dan keruntuhannya yang tersendiri. Perang Imjin serta Pencerobohan Mancu telah memberi kesan yang bukan sedikit kepada ibu kota ini.

 

Infrastruktur awam di seluruh negara telah rosak dan keruntuhan sistem sosial dan ekonomi membawa kepada kerugian besar negara. Akibat pencerobohan Jepun selama tujuh tahun, infrastruktur bandar di ibu kota Hanyang termasuk istana, kuil, kebanyakan pejabat kerajaan, kedai berlesen dan rumah persendirian telah dirompak atau dibakar menjadi abu.

 

Selepas pencerobohan Jepun berakhir, percubaan telah dibuat untuk memulihkan ibu kota semasa pemerintahan Raja Seonjo dan Raja Gwanghaegun dengan membina semula kemudahan seperti kuil dan Istana Changdeokgung.

 

Selepas dua kali perang, banyak aspek Joseon berubah demi pemulihan selepas perang, termasuk sistem yang dikendalikan kerajaan merentasi politik, masyarakat dan ekonomi.

 

Pada akhir abad ketujuh belas, Hanyang mula berubah menjadi sebuah bandar komersial. Pada masa ini, ekonomi wang komoditi berkembang di Hanyang dengan penggubalan Daedongbeop (Undang-undang Cukai Tanah Seragam) dan edaran mata wang logam, dan sistem perdagangan yang kebanyakannya menggunakan mata wang. Orang yang tidak mempunyai kemahiran atau sumber tertentu membanjiri Hanyang kerana mereka dapat menjual tenaga kerja mereka.

 

Hanyang adalah simbol ibu kota yang menunjukkan kemegahan Dinasti Joseon. Meskipun diasak dengan insiden perang yang meruntuhkannya, namun usaha berterusan menjadikan Hanyang antara ibu kota popular dalam sejarah tamadun dunia.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply