Sebagai manusia yang normal deria penglihatan, kita hidup dalam dunia yang berwarna-warni, dan boleh mengenalpasti warna berbeza. Namun, bagi haiwan, warna dunia yang mereka lihat tidaklah sama seperti kita manusia.

Tidak seperti aspek lain objek seperti saiz atau jisim, warna bukanlah sifat yang wujud pada objek tetapi hasil daripada sistem deria yang melihat. Dengan kata lain, warna adalah binaan minda.

Retina mata mengandungi sel khusus yang dipanggil fotoreseptor, yang menukar cahaya yang melantun objek menjadi isyarat bagi otak memproses menjadi imej visual. Dua jenis fotoreseptor ialah rod dan kon.

Pada manusia, terdapat tiga jenis sel kon yang bertanggungjawab untuk peringkat awal penglihatan warna. Setiap jenis sel kon adalah penyerap maksimum dalam bahagian spektrum yang berbeza iaitu panjang gelombang cahaya pendek, sederhana dan panjang.

Ini biasanya dinamakan kon biru, hijau dan merah, untuk menerangkan cara manusia melihat cahaya pada daya serapan puncak setiap kon. Jadi, bagaimana pula halnya dengan cara haiwan melihat warna?

Kebanyakan mamalia adalah dikromat iaitu hanya mempunyai dua jenis kon (sensitif biru dan hijau). Manusia pula secara lazimnya, mempunyai tiga jenis kon seperti yang dinyatakan di atas, dipanggil trikromat.

Namun, bagi kebanyakan jenis burung, reptilia dan beberapa jenis ikan, kumpulan haiwan ini mempunyai sel kon keempat dalam mata mereka, yang mana keadaan ini dipanggil sebagai tetrakromat.

Tetrakromat ini merujuk kepada keupayaan melihat warna melalui empat kon, yang terletak di belakang bola mata. Ini membolehkan mereka melihat warna yang tidak diketahui oleh manusia, yang hanya ada tiga kon (trikromat).

Tahap penglihatan yang melangkaui warna biasa ini membolehkan haiwan-haiwan ini melihat lebih banyak warna cahaya dalam spektrum penuh atau cahaya siang terestrial, apabila mereka terdedah kepada UV-A.

Manusia yang trikromat dianggarkan hanya boleh melihat sekitar 1 juta jenis warna, namun, bagi haiwan tetrakromat, jumlah warna yang mereka mampu lihat adalah sekitar 100 juta warna!

Jadi, kenapa fungsi tetrakromat ini penting bagi haiwan-haiwan ini?

Kuasa Tuhan Maha Besar telah menunjukkan bahawa dengan adanya fungsi tetrakromat ini, ia membolehkan spesies burung melihat dunia secara semula jadi. Malah, ia membantu mengurangkan tekanan serta membolehkan mereka mencari dan memilih makanan dengan lebih baik.

Paling utama, fungsi tetrakromat ini membenarkan burung untuk memilih pasangan mereka yang paling sesuai. Kebiasaannya, kita manusia tidak dapat membezakan mana satu burung jantan dan betina.

Namun, uniknya bagi burung, kerana mereka dengan mudah dapat menentukan jantina burung lain yang mengelilingi mereka, hasil daripada fungsi tetrakromat ini. Keupayaan visual tetrakromat ini bukan sahaja untuk melihat, tapi satu teras komunikasi burung dan reptilia untuk mereka terus berkembang biak.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.